- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Amfiteater merupakan salah sebuah seni bina yang paling ikonik yang disumbangkan oleh tamadun Rom purba. Contoh binaan amfiteater yang paling masyhur adalah Colosseum di Rome, iaitu tempat berlangsungnya pertarungan-pertarungan gladiator yang ganas. Amfiteater seperti ini dibina di seluruh Empayar Rom, dengan jumlah sekitar 230 buah amfiteater diketahui masih terselamat sehingga ke hari ini. Sebuah lagi contoh amfiteater yang paling mengagumkan dapat disaksikan di kota El Djem, Tunisia. Bumi ini dianggap sebagai lokasi bersejarah yang menempatkan sisa-sisa runtuhan Rom yang paling mengagumkan di seluruh Afrika. Ia juga meraih kemasyhuran kerana hadir dalam filem epik Hollwood, ‘Gladiator’.
Sebenarnya, terdapat dua buah amfiteater yang berada di El Djem. Binaan yang lebih kecil dianggap kurang masyhur jika dibandingkan dengan struktur yang lebih besar. Keadaannya juga kurang terpelihara. Dipercayai bahawa amfiteater ini menjalani tiga fasa pembinaan yang berbeza-beza. Ia pertama kali dibina dengan menggunakan tufa (sejenis batu kapur), kemudian dibina semula sebelum untuk buat kali ketiganya dibina lagi dengan saiznya diperbesarkan. Namun, tarikan utama bagi bandar El Djem terletak kira-kira 7.2 km arah utara dari amfiteater kecil ini dan ia dikenali sebagai Amfiteater El Djem.
Tambahan lagi, baris-baris kerusinya tersusun hingga ke ketinggian mencecah 36m. Dianggarkan bahawa amfiteater ini berupaya menampung sebanyak 35 000 orang penonton pada satu-satu masa. Berikutan besarnya saiz binaan ini, tidak hairanlah jika lahir anggapan bahawa amfiteater ini dibina semasa Empayar Rom mengecap tempoh kemewahan dan keamanan. Namun pada hakikatnya, keadaan di masa pembinaan amfiteater ini tidaklah seindah itu.
Salah seorang daripada mereka berbuat demikian di daerah Afrika dan mati dibunuh di El Djem sekaligus membawa kepada pengisytiharan Gordian I sebagai maharaja Rom. Pengisytiharan ini diperakui oleh Senat Rom beberapa hari kemudian memandangkan mereka sendiri juga tidak lagi mengasihi Maximinus.
Namun, pemerintahan Gordian I hanya berpanjangan selama tidak kurang dari sebulan memandangkan gabenor di wilayah jiran (Numidia) yang bernama Capellianus menghantar bala tentera untuk memerangi beliau. Di kala Capellianus memiliki barisan tentera yang begitu ampuh, Gordian I hanya berupaya menghimpunkan pasukan tentera rakyat yang terdiri dari kalangan penduduk Carthage yang merupakan tanah kediamannya pada masa itu.
Capellianus dikatakan pernah membuat tuntutan makhamah terhadap Gordian I pada suatu masa dahulu dan kelangsungan pertempuran ini diandaikan sebagai lanjutan daripada dendam beliau terhadap Gordian I. Tambahan lagi, Gordian I telah pun menghantar seseorang untuk menggantikan Capellianus sebagai gabenor memandangkan Capellianus adalah pendokong setia Maximinus. Pasukan tentera Gordian I yang dipimpin oleh Gordian II dengan mudah ditewaskan dan beliau dipercayai membunuh diri. Beberapa tempoh waktu kemudian pada tahun yang sama, Gordian III ditabalkan menjadi maharaja.
Satu lagi petanda yang mengisyaratkan bahawa amfiteater ini tidak dibina pada masa kemewahan Rom adalah binaannya yang dapat dilihat tidak siap sepenuhnya. Hal ini mungkin berpunca dari kekurangan dana dan kehuru-haraan politik dalaman empayar. Makanya, walaupun Gordian I berniat untuk mendirikan sebuah amfiteater yang agung di tanah kelahirannya, atau mungkin Gordian III memasang hasrat untuk mengenang jasa datuknya dengan berdirinya monumen ini, hajat tersebut tidak direalisasikan secara sempurna.
Walau bagaimanapun, sempurna atau tidaknya Amfiteater El Djem, ia masih merupakan tarikan pelancong utama pada hari ini. Signifikasinya terhadap nilai sejarah diperakui pada tahun 1979 apabila ia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Pada mulanya, Google menangkap kebanyakan imej bagi projek Street View tersebut dengan menggunakan kamera-kamera yang dipasang di atas kereta-kereta mereka. Namun, kaedah sedemikian tidak sesuai bagi amfiteater ini. Maka, Google pun menghantar para pengendali kamera lintas langsung (live) merakam imej 360 degree dengan pandangan-pejalan-kaki. Sebuah video yang memberikan sorotan bagi projek Google Street View di Amfiteater El Djem ini boleh dilihat di bawah.
Wu Mingren. (25 Jun 2018). The Amphitheatre of El Djem: Gladiatorial Arena of
Tunisia. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/amphitheatre-el-djem-gladiatorial-arena-tunisia-003321

Amfiteater El Djem
merupakan sebuah monumen tunggal dan dibina sepenuhnya daripada bongkah-bongkah
batu tanpa tapak asas. Dikatakan bahawa ia mengambil model dari binaan
Colosseum di kota Rome. Walaupun Colosseum memegang gelaran sebagai amfiteater
Rom yang paling besar, Amfiteater El Djem ini juga tidak jauh ketinggalan
saiznya. Paksi besar amfiteater ini berukuran 148m, sementara paksinya yang
lebih kecil berukuran 122m.
Tambahan lagi, baris-baris kerusinya tersusun hingga ke ketinggian mencecah 36m. Dianggarkan bahawa amfiteater ini berupaya menampung sebanyak 35 000 orang penonton pada satu-satu masa. Berikutan besarnya saiz binaan ini, tidak hairanlah jika lahir anggapan bahawa amfiteater ini dibina semasa Empayar Rom mengecap tempoh kemewahan dan keamanan. Namun pada hakikatnya, keadaan di masa pembinaan amfiteater ini tidaklah seindah itu.
Walaupun tarikh tepat
pembinaan amfiteater ini tidak dapat dipastikan, dianggarkan bahawa kerja-kerja
tersebut dimulakan pada tahun 238M – tahun yang dikenali sebagai ‘Tahun Enam
Maharaja’ memandangkan terdapat enam individu diperakui sebagai maharaja Rom
pada tahun tersebut. Amfiteater El Djem ini berkemungkinan ditaja oleh salah
seorang maharaja itu – Gordian I atau cucunya, Gordian III. Tahun 238M bukanlah
tahun yang aman buat Empayar Rom. Hakikatnya, pemberontakan yang berlaku di
jajahan Rom di Afrika itulah yang melonjakkan Gordian I yang pada masa itu berusia
80 tahun ke kerusi takhta Rom.
Pemberontakan ini
tercetus akibat ketidakpuasan hati terhadap Maximinus Thrax. Untuk membayar
belanja kempennya di sempadan Danubia, Maximus terpaksa menyedut lebih banyak
wang daripada golongan aristokrat dan pemilik tanah. Untuk mencapai kuota yang
dimahukan oleh maharaja, sebahagian pemungut dana secara tidak bertanggungjawab
membuat arahan palsu lalu mengenakan saman dan bahkan merampas harta-benda
mereka.
Salah seorang daripada mereka berbuat demikian di daerah Afrika dan mati dibunuh di El Djem sekaligus membawa kepada pengisytiharan Gordian I sebagai maharaja Rom. Pengisytiharan ini diperakui oleh Senat Rom beberapa hari kemudian memandangkan mereka sendiri juga tidak lagi mengasihi Maximinus.
Namun, pemerintahan Gordian I hanya berpanjangan selama tidak kurang dari sebulan memandangkan gabenor di wilayah jiran (Numidia) yang bernama Capellianus menghantar bala tentera untuk memerangi beliau. Di kala Capellianus memiliki barisan tentera yang begitu ampuh, Gordian I hanya berupaya menghimpunkan pasukan tentera rakyat yang terdiri dari kalangan penduduk Carthage yang merupakan tanah kediamannya pada masa itu.
Capellianus dikatakan pernah membuat tuntutan makhamah terhadap Gordian I pada suatu masa dahulu dan kelangsungan pertempuran ini diandaikan sebagai lanjutan daripada dendam beliau terhadap Gordian I. Tambahan lagi, Gordian I telah pun menghantar seseorang untuk menggantikan Capellianus sebagai gabenor memandangkan Capellianus adalah pendokong setia Maximinus. Pasukan tentera Gordian I yang dipimpin oleh Gordian II dengan mudah ditewaskan dan beliau dipercayai membunuh diri. Beberapa tempoh waktu kemudian pada tahun yang sama, Gordian III ditabalkan menjadi maharaja.
Satu lagi petanda yang mengisyaratkan bahawa amfiteater ini tidak dibina pada masa kemewahan Rom adalah binaannya yang dapat dilihat tidak siap sepenuhnya. Hal ini mungkin berpunca dari kekurangan dana dan kehuru-haraan politik dalaman empayar. Makanya, walaupun Gordian I berniat untuk mendirikan sebuah amfiteater yang agung di tanah kelahirannya, atau mungkin Gordian III memasang hasrat untuk mengenang jasa datuknya dengan berdirinya monumen ini, hajat tersebut tidak direalisasikan secara sempurna.
Walau bagaimanapun, sempurna atau tidaknya Amfiteater El Djem, ia masih merupakan tarikan pelancong utama pada hari ini. Signifikasinya terhadap nilai sejarah diperakui pada tahun 1979 apabila ia disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Menjelang bulan Julai
2017, dijangka lebih ramai dapat merasai sendiri pengalaman berjalan di dalam
amfiteater El Djem menerusi pelaksanaan projek Google Street View yang
membolehkan kita melakukan perjalanan virtual di mercu tanda dari zaman purba
itu.
Pada mulanya, Google menangkap kebanyakan imej bagi projek Street View tersebut dengan menggunakan kamera-kamera yang dipasang di atas kereta-kereta mereka. Namun, kaedah sedemikian tidak sesuai bagi amfiteater ini. Maka, Google pun menghantar para pengendali kamera lintas langsung (live) merakam imej 360 degree dengan pandangan-pejalan-kaki. Sebuah video yang memberikan sorotan bagi projek Google Street View di Amfiteater El Djem ini boleh dilihat di bawah.
SUMBER
- Bomgardner, D.L. 2000. The Story of the Roman Amphitheatre. London: Routledge.
- Dowson, T. 2015. Archaeology Travel Guide to Roman Amphitheatres.
- Herodian, Roman History. [Echols, E.C. (trans.) 1961.]
- PRODUCTION. 2015. The Famous and Infamous Rulers of Rome – Part 25.
- Romeartlover. 2015. Thysdrus (El Djem).
- Slim, H. 1976. Princeton Encyclopedia of Classical Sites: Thysdrus (El Djem) Tunisia.
- UNESCO. 2015. Amphitheatre of El Jem
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Tunisia Pun Ada Colosseum Tempat Gladiator Bertempur!’
- Get link
- X
- Other Apps