- Get link
- X
- Other Apps
‘GEREJA HAWARI’ DI ZAMAN KRISTIAN AWAL BERKEMUNGKINAN ADALAH ARTIFAK YANG DITEMUKAN BERHAMPIRAN LAUT GALILEE
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Tom Metcalfe. (1 Ogos 2019). Early Christian ‘Church of the Apostles’ Possibly
Unearthed Near Sea of Galilee. Live Science.
https://www.livescience.com/66074-church-of-apostles-found-sea-of-galilee.html
https://www.livescience.com/66074-church-of-apostles-found-sea-of-galilee.html
Penterjemah:
Alam Bahasa
Gereja Kristian berusia
1400 tahun yang ditemui berhampiran Laut Galilee di utara Israel berkemungkinan
besar adalah ‘Gereja Hawari’, gereja legenda yang dibina di atas rumah Peter dan
Andrew, iaitu dua orang pengikut awal Jesus, menurut para arkeologis.
Penemuan ini dilakukan
selepas sepasukan arkeologis dari Amerika Syarikat dan Israel meluangkan masa
lebih empat tahun menjalankan kerja-kerja penggalian tapak berkenaan yang
terletak tidak jauh dari pantai Laut Galilee, yang sebenarnya adalah sebuah
tasik air tawar di sepanjang Sungai Jordan.
Ahli geografi-sejarah
yang bernama Steven Notley dari Kolej Nyack di New York berkata bahawa pasukan
arkeologis tersebut percaya bahawa kerja-kerja yang mereka jalankan itu adalah
melibatkan penggalian tapak memancing kuno masyarakat Yahudi di Bethsaida, yang
kemudiannya menjadi Julias, sebuah kota Rom.
Penemuan ini dianggap
sebagai suatu yang kontroversi memandangkan para arkeologis telah menaikkan
sebuah tapak lain yang didakwa sebagai kampung Bethsaida sejak penghujung tahun
1980an di et-Tell yang terletak sekitar satu batu ke arah pedalaman dari tapak
baharu di tepi tasik Beit Habek, yang juga dikenali sebagai El Araj.
![]() |
| Tapak arkeologi di sebelah Laut Galilee ini diperkirakan melibatkan kampung nelayan Yahudi kecil di Bethsaida, yang disebutkan di dalam Perjanjian Baru |
Tetapi, Notley berkata
bahawa pasukannya itu kini yakin bahawa mereka telah menemukan kedudukan tepat
bagi kota kuno Bethsaida – dan bahawa gereja era-Byzantine yang ada di sana
merupakan gereja yang dirincikan oleh seorang jemaah Kristian kurun ke-8M
sebagai binaan yang didirikan di atas rumah Hawari Jesus, iaitu dua beradik
yang bernama Peter dan Andrew.
“Kami berupaya membuat
dakwaan sebegitu hanya setelah tiga atau empat tahun penyelidikan,” Notley
memaklumkan kepada Live Science. “Kami mempunyai banyak bukti untuk menyokong
dakwaan bahawa tapak ini adalah Bethsaida.”
GEREJA HAWARI
Bethsaida pernah
disebutkan beberapa kali di dalam Perjanjian Baru: Jesus dikatakan pernah
menyembuhkan seorang lelaki buta di sana, dan di kawasan berhampiran pula
baginda pernah memberi makan lima buku roti dan dua ekor ikan kepada 5000 orang.
Baginda juga dikatakan pernah berjalan di atas permukaan Laut Galilee.
Kampung nelayan kecil
tersebut dicatatkan pernah menjadi tempat kediaman kepada sekurang-kurangnya
tiga orang pengikut awal Jesus – iaitu Peter, Andrew dan Philip. Selepas Jesus
disalib, Peter dikatakan menjadi ketua atau pope pertama bagi gereja di zaman
awal Kristian.
Tradisi Gereja Hawari
ini boleh dijejak sehingga tahun 725 Masehi, iaitu masa di mana seorang paderi
Bavaria yang bernama Willibald melawat Bethsaida dan menulis catatan
berkenaannya, menurut Notley.
Pasukan arkeologi ini
telah pun mengetahui buat kesekian lamanya bahawa sebuah gereja bakal ditemukan
di tapak berkenaan berikutan penemuan batu marmar dan kepingan hancur dinding
mozek. “Kami pernah mempunyai bukti tentangnya, dan hanya menunggu masa
sehingga kami benar-benar menemukannya,” kata Notley.
Lantai mozek dan
pelbagai barangan arkeologi lain dari gereja tersebut akhirnya ditemui semasa
kerja-kerja eksakvasi terkini yang dijalankan pada musim panas lalu.
Pasukan arkeologis
tersebut kini cuba menaikkan tinggalan-tinggalan dari seluruh gereja itu
sebelum mengambil keputusan sama ada untuk menggali lebih dalam ataupun tidak,
jauh ke dalam sehingga mencapai binaan keagamaan yang lebih awal ataupun bahkan
rumah tradisional si hawari itu sendiri.
“Sebahagian dari kami
memikirkan bahawa kalau gereja ini dibina di atas sebuah sinagog Yahudi – iaitu
tempat suci yang telah dipelihara buat sekian lama – maka kejadian
lapisan-lapisan sebegini boleh mungkin berlaku,” kata Notley.
TAPAK-TAPAK YANG
DIPERDEBATKAN
Ahli-ahli arkeologi
dari Kolej Nyack dan Kolej Kinneret di Laut Galilee telah pun menjalankan
kerja-kerja penggalian di tapak Bet Habek sejak tahun 2016. Setahun kemudian
(2017), mereka mengumumkan bahawa mereka berjaya menemui sisa runtuhan sebuah
kota Rom di tapak berkenaan, berusia di antara abad pertama Sebelum Masehi dan
abad ke-3M sebagaimana yang dilaporkan oleh The Jerusalem Post.
Notley berkata bahawa
kampung nelayan kecil Yahudi di Bethsaida telah mengalami pembesaran lalu
menjadi sebuah kota Rom yang dikenali sebagai Julias, seperti mana yang
dinyatakan oleh sejarahwan Yahudi yang bernama Josephus pada abad pertama.
Kota Rom tersebut
kemudiannya hilang daripada catatan-catatan kontemporari selama sekitar 200
tahun selepas abad ke-3M – mungkin akibat dibanjiri Sungai Jordan yang terletak
berhampiran, ujar Notley.
![]() |
| Penemuan-penemuan dari gereja era-Byzantine di Beit Habek ini melibatkan salib Kristian yang diukir pada batu ini. |
Tetapi, kerja-kerja
penggalian ini menunjukkan bahawa tapak berkenaan sekali lagi dihuni pada zaman
Byzantine, dari abad ke-6. Tapak itu kelak menjadi petempatan Kristian –
termasuklah di dalamnya itu Gereja Hawari – iaitu tapak yangd isebutkan oleh
Willilbald pada abad ke-8.
Penempatan Byzantine
itu kemudiannya ditinggalkan pada zaman Islam dan setelah itu sebahagian
kawasannya diduduki oleh tentera-tentera Salib pada abad ke-12 dan 13 Masehi.
Menurut Notley, tapak alternative
yang dikaji di Bethsaida, berhampiran et-Tell itu terletak begitu jauh dari
tasik sekaligus tidak memungkinkannya sebagai sebuah kampung nelayan dan ia
diyakini telah mengalami masa-masa keruduman semasa Josephus menulis bahawa
Bethsaida dibina untuk kelak menjadi kota Julius.
“Saya rasa tapak ini
merupakan sebuah tapak yang cantik, lebih-lebih lagi tinggalan-tinggalan Zaman
Logam yang ada di sana… Saya cuma tidak rasa yang tapak ini sesuai dengan
perkara-perkara yang kami jangka untuk ditemukan,” kata Notley,
- Get link
- X
- Other Apps




