- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Shaunacy Ferro. (24 Januari 2013). Why Do We Want To Squeeze Cute Things?
Popular Science.
https://www.popsci.com/science/article/2013-01/science-says-adorable-animals-turn-us-aggressive/
https://www.popsci.com/science/article/2013-01/science-says-adorable-animals-turn-us-aggressive/
Penterjemah:
A.D. Alexander
Mengkaji
bagaimana haiawan-haiwan yang comel boleh mengubah kita menjadi agresif.
Melihat sesuatu yang comel sebenarnya boleh
mengluarkan tingkah laku agresif dalam diri kita, menurut satu kertas kerja
yang dibentangkan di mesyuarat tahunan Society for Personality and Psychology
di New Orleans pada Jumaat lalu.
Para penyelidik telah menjalankan penyelidikan ke
atas 109 orang di mana mereka diminta untuk melihat gambar-gambar haiwan –
gambar anak-anak anjing yang comel dan lucu. Para responden kemudian menilai
bagaimana perasaan mereka terhadap gambar tersebut: sama ada mereka bersetuju
dengan kenyataan speerti “Saya tidak dapat menahan diri melihat kecomelan ini!”
(atau mungkin “Anak anjing ini sangat berbulu dan comel sehingga saya mahu naik
gila!”), atau sama ada mereka mahu meramas sesuatu, atau sama ada mereka
tiba-tiba merasakan suatu dorongan untuk berkata sesuatu seperti “grrr!”
Semakin comel gambar haiwan yang ditunjukkan, semakin agresif maklum balas yang
diterima.
Para penyelidik bagi kajian ini, yang diketuai oleh
Rebecca Dyer, seorang pelajar siswazah dalam jurusan psikologi di Universiti
Yale, menamakan fenomena tersebut sebagai “keagresifan kecomelan”.
“Kami sangka ianya tentang kesan positif yang
tinggi, satu orientasi pendekatan dan hampir hilang kawalan,” katanya. Ianya
begitu comel, (sehingga) ia menjadikan anda hilang kawalan.
Tetapi untuk mendapatkan hasil secara menyeluruh,
para penyelidik menjalankan uji kaji kedua untuk menguji sama ada keagresifan
itu hanya sekadar ucapan, atau mereka memang sebenarnya mahu bertindak
sedemikian sebagai tindak-balas kepada sesuatu yang comel – anak-anak kucing
bermata bulat dan bayi-bayi montel misalnya. Para sukarelaan diberikan plastic gelembung
dan dimaklumkan bahawa mereka boleh memicit plastic gelembung tersebut sebanyak
mana yang mereka mahu.
Apabila ditunjukkan dengan tayangan slaid
haiwan-haiwan comel, mereka telah memicit sebanyak 120 gelembung, manakala
mereka yang menonton slaid lucu dan santai pula memicit 80 dan 100 gelembung
masing-masing.
Dyer menyatakan bahawa satu sebab yang mendorong
kita bertindak agresif apabila melihat gambar-gambar comel adalah kerana
apabila kita melihat sesuatu yang seperti itu (gambar bayi misalnya), ia
mendorong kita untuk mengambil berat dan melindunginya. Tetapi, kita tidak
dapat mencapai dan memeluknya menerusi gambar sekaligus hal ini membuatkan kita
berasa kecewa dan kemudian bertindak agresif.
Kemungkinan lain pula adalah keadaan tersebut
mengandungi terlalu banyak perasaan baik – kadangkala kita menggambarkan emosi
yang positif dengan cara yang negatif, misalnya kita menangis apabila berasa
sangat gembira. Dyer membuat andaian bahawa dengan memberikan reaksi berbentuk negatif
kepada emosi yang positif mungkin dapat membantu kita mengawal tenaga yang
tinggi itu.
Jadi, kalau kelak ada seorang makcik mendekati anda
untuk mencubit pipi anda, anggap sahaja bahawa anda sangat comel.
- Get link
- X
- Other Apps
