- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (13 Julai 2018). Naqsh-e Rustam: Ancient Tombs of Powerful Persian
Kings. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/naqsh-e-rustam-ancient-tombs-powerful-persian-kings-003231
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/naqsh-e-rustam-ancient-tombs-powerful-persian-kings-003231
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Naqsh-e Rustam
merupakan salah satu tapak purba dari Empayar Achaemenid yang paling
mengujakan, terdiri daripada makam-makam besar para raja Parsi yang menjangkau
usia masa dari milenium pertama Sebelum Masehi. Naqsh-e Rustam berdiri kukuh
sebagai tanda kenang-kenangan dari sebuah empayar yang pernah berkuasa dan
memerintah wilayah yang luas pada zaman dahulu.
Naqsh-e Rustam
(bermaksud ‘Takhta Rustam’) terletak kira-kira 5 km (3 batu) arah barat daya
dari Persepolis, ibu kota Empayar Achaemenid di Iran moden. Tapak yang berbentuk
banjaran gunung suci dari zaman Elamite yang mengandungi ukiran-ukiran ini
merupakan permakaman batu bagi para pemerintah dan kerabat diraja Achaemenid,
berusia dari abad ke-4 dan abad ke-5SM. Tapak ini juga mengandungi relif-relif
kepercayaan dari masyarakat Sassanid yang hidup pada abad ke-3M. Selain
berfungsi sebagai permakaman (necropolis) diraja, Naqsh-e Rustam juga merupakan
pusat upacara utama bagi masyarakat Sassanid sehingga abad ke-7M.
![]() |
| Naqsh-e Rustam pada waktu subuh |
Tapak ini telah pun
menjalankan kefungsiannya sejak sebelum tibanya Achaemenid, sebagaimana yang
dibuktikan menerusi sebuah relif pra-Achaemenid (mungkin zaman Elamite) dan
sejumlah kubur lama di tapak berkenaan. Walaupun relif ini telah pun ditindih
dengan ukiran relif dari zaman Sassanid, masih terdapat ukiran seorang lelaki
yang memakai topi berbucu ke haapan dan jubah panjang (gaya pakaian yang tidak
lazim bagi kaum Achaemenid dan Sassanid) pada bahagian kanan relif berkenaan.
Menurut beberapa buah
sumber, figura inilah yang dikaitkan oleh penduduk tempatan dengan seorang wira
mitos yang muncul dalam tulisan-tulisan Shahnameh di dalam ‘buku para raja’,
iaitu Rustam sekaligus tapak tersebut dinamakan bersempena wira itu.
![]() |
| Naqsh-e Rustam dinamakan bersempena seorang figura legenda bernama Rustam, yang pada rajah ini digambarkan sedang membuuh Esfandyar |
Walau bagaimanapun,
kebanyakan relif di tapak ini berusia dari zaman permulaan Sassanid. Pada abad
ke-3M, Sassanid yang ketika itu merupakan kuasa bahawan bagi Empayar Parthian
berjaya menggulingkan kuasa tuannya itu, sekaligus menjadi kuasa baru di Timur.
Untuk meraih keabsahan pada status pemerintahannya, kaum Sassanid cuba
mengaitkan diri mereka dengan Empayar Achaemenid dan menganggap diri sebagai
pewaris langsung empayar berkenaan. Salah satu perkara yang mereka lakukan bagi
mencapai tujuan ini adalah dengan mengukir relif pada Naqsh-e Rustam.
Walaupun tapak ini
sendiri belum meraih status sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, ukiran-ukiran
relif Sassanid menerima perlindungan sebagai sebahagian daripada “Sassanid
Archaeological Landscape of Fars Region”, diiktirah oleh UNESCO kerana ia
menggambarkan perkembangan politik, sejarah, kebudayaan dan kesenian Empayar
Sassanid. Tapak ini terdiri dari lapan buah tapak arkeologi di tiga bahagian
geografi berbeza, iaitu Firuzabad, Bishapur dan Sarvestan.
![]() |
| Relif Sassanid di Naqsh-e Rustam menggambarkan kemenangan Shapur I ke atas Maharaja Ron Valerian dan Philip si Arab |
Dua nama tempatan lain
bagi Naqsh-e Rustam adalah Salib, perkataan Arab yang bermaksud ‘palang’, dan
Palang-Palang Parsi. Hal ini kerana bentuk ukiran pada makam-makam ini mirip
dengan bentuk palang. Makam-makam milik zaman Achaemenid inilah yang menarik
perhatian Sassanid kepada tapak Naqsh-e Rustam.
Makam-makam ini terdiri
daripada ruangan pengebumian yang diukir pada bukit berbatu, dan setiap satunya
mengandungi sebuah sarcophagus. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada jasad
raja-raja tersebut diletakkan secara langsung ke dalam sarcophagus itu, ataupun
tulang-belulangnya dikebumikan di dalam itu setelah dibiarkan terdedah di ‘menara
sepi’ itu. Tambahan lagi, dipercayai bahawa kesemua makam ini pernah dijarah
berikutan serangan Alexander Agung pada abad ke-4SM.
Walaupun
terdapat empat makam di tapak ini, hanya sebuah sahaja yang identitinya dapat
dikenal pasti secara jelas memandangkan ia disertakan dengan inskripsi
tribahasa. Makam yang dimaksudkan ini adalah milik Darius I, pemerintah ke-3
bagi Empayar Achaemenid. Di atas palang ukiran pada makam Darius I ini terdapat
sebuah panel yang disertakan dengan ukiran relif.
Relif
ini menggambarkan Darius, yang tangannya diangkat seolah-olah sedang memuja,
sedang berdiri di atas tapak yang memiliki tiga anak tangga yang terletak di
hadapan sebuah altar. Ketaatan si raja ini selari dengan perlindungan dewata
yang diraihnya, memandangkan terdapat cakera bersayap Ahuramazda (dewa
kepercayaan Zoroastrian) digambarkan terapung di atas kepalanya. Relif ini juga
menggambarkan kekuatan yang dimiliki oleh Empayar Achaemenid, memandangkan
seluruh latar ini disokong oleh pemikul-pemikul takhta yang mewakili 28 buah
negara yang berada di bawah kuasa empayar berkenaan.
![]() |
| Makam Darius I di Naqsh-e Rustam |
Tiga makam lain yang
terletak di Naqsh-e Rustam diandaikan sebagai milik para pengganti Darius,
iaitu Xerxes I, Artaxerxes I dan Darius II. Hal ini didasarkan daripada reka
letak makam-makam tersebut yang mirip dengan makam Darius.
Tanpa sebarang
inskripsi atau bukti tambahan, identiti pemilik-pemilik makam tersebut mungkin
akan terus kekal sebagai satu bahan perdebatan.
Makam-makam diraja lain yang
memiliki bentuk yang sama seperti makam di Naqsh-e Rustam boleh ditemui di
Persepolis. Makam-makam tersebut yang dipotong menjadi batu-batuan berukiran
wajah di Kuh-I Rahmat, diperkirakan milik pemerintah-pemerintah terkemudian
dari Achaemenid, dan ia jelas menggambarkan pengaruh daripada makam-makam di
Naqsh-e Rustam.
![]() |
| Gunung Kuh-e Rahmat di mana monumen kaum Achaemen dari Qadamgah masih berdiri pada hari ini |
Setelah tumbangnya
Empayar Achaemenid, tiada makam baru yang dibina di Naqsh-e Rustam. Sepertimana
yang disebutkan sebelum ini, kaum Sassanian cuba mengaitkan diri mereka dengan
Achaemenid dengan mengukir relif pada dinding batu Naqsh-e Rustam.
Subjek bagi relif-relif
berkenaan adalah pelbagai dan ianya diukir pada abad ke-3 dan abad ke-4M oleh
ramai pemerintah Sassanid. Salah satu relif yang paling masyhur adalah ukiran
yang menggambarkan kemenangan Shapur I ke atas beberapa orang maharaja Rom,
seperti Gordian II, Valerian dan Philip si Arab. Ukiran ini turut melibatkan
istiadat pengurniaan pangkat bagi Ardashir I dan relif Hormizd II yang
menunggang kuda.
![]() |
| Istiadat pengurniaan pangkat bagi Ardashir I |
Pada masa ini, masih
berlangsung perancangan untuk memasukkan seluruh tapak Naqsh-e Rustam ini ke
dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO sekaligus meletakkannya sebaris dengan
Persepolis yang sudah pun meraih status tersebut. Sebahagian daripada rancangan
ini melibatkan kelangsungan beberapa buah projek pembaikpulihan, termasuklah
ujian imbasan laser bagi membantu melancarkan projek berkenaan.
SUMBER
- Asian Historical Architecture, 2015. Naqsh-e Rustam Tombs, Persepolis, Iran.
- Eduljee, K. E., 2014. Naqsh-e Rustam.
- Lendering, J., 2009. Naqš-i Rustam.
- Lendering, J., 2015. Sasanians.
- Seidl, U., 2015. Naqsh-e Rustam.
- The Oriental Institute of The University of Chicago, 2014. Persepolis and Ancient Iran: The Royal Tombs and Other Monuments.
- Gill, N. S., 2015. The Tomb of Darius the Great at Naqsh-i Rustam.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Makam Purba Raja-Raja Parsi’
- Get link
- X
- Other Apps






