- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Riley Winters. (18 Julai 2019). The Fall of a Civilization: The Mysterious
Collapse of the Mycenaean Bronze Age. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/fall-civilization-mysterious-collapse-mycenaean-bronze-age-009367
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/fall-civilization-mysterious-collapse-mycenaean-bronze-age-009367
Penterjemah:
Khairul Asraf Shah Nizamuddin
“Dalam
banyak keadaan, keruntuhan berlaku ekoran daripada pelbagai faktor penekan yang
bertindih – seperti politik-ekonomi, demografik, dan sosiobudaya di samping
persekitaran… Aspek sampingan pula mengenengahkan faktor seperti kelemahan structural,
kewujudan pertentangan sosial, dan kedinamikan politik yang menjadikan
masyarakat mudah terjejas kepada kejadian alam sekitar yang ekstrim. Justeru
itu, naik turun atau perubahan iklim juga menjadi pemangkin berbanding hanya
sekadar pencetus unik yang membawa kepada kemusnahan (sesebuah ketamadunan)….” – Knapp
dan Manning (2016)
Zaman Gangsa Aegean lebih dikenali sebagai zaman di mana bangsa
Mycenaean yang gagah berperang telah menguasai bangsa Minos, iaitu bangsa
pedagang sekaligus Mycenean meningkat naik sebagai salah satu kuasa perdagangan
terhebat di Mediterranean Timur.
Walaupun bangsa Minos dianggap sebagai bangsa
yang aman damai ekoran penemuan arkeologi (atau boleh juga dikatakan ekoran
kurangnya penemuan barang ketenteraan), hal yang sama tidak berlaku kepada
bangsa Mycenaean. Hasil seni, lubang kubur, dan batu bersurat Linear B mereka
yang terselamat menggambarkan kebudayaan pahlawan yang sangat gagah – kebudayaan
yang tidak terlihat pada kebudayaan Minos Aegean sebelum ini.
![]() |
| Contoh Patung Kecil “Phi” (kerana ia kelihatan seperti salah satu abjad Yunani) dari Mycenae (abad ke-13SM) |
Oleh kerana itu, bencana yang sering dianggap sebagai faktor yang
meruntuhkan kebudayaan Mycenaean sehingga tersungkur ke bumi adalah berkait
rapat dengan kecenderungan mereka untuk menumpahkan darah sendiri – misalnya
mungkin ekoran peperangan yang mereka hadapi memandangkan bangsa Mycenaean
dilihat sebagai satu ancaman oleh empayar-empayar jiran.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor lain yang berkemungkinan boleh
menjatuhkan status quo kebudayaan pahlawan gagah ini. Antaranya seperti faktor
gabungan di antara kemusnahan sosial, ekonomi, politik, dan persekitaran.
Artikel ini akan cuba menyelami secara ringkas faktor-faktor tersebut dan
peranan setiap satunya dalam menyumbang kepada kejatuhan bangsa Mycenaean.
![]() |
| Lukisan tentera-tentera yang sedang mara, oleh tamadun Mycenae Zaman Gangsa Lewat (abad ke-12SM) |
KESATUAN AGAMA, POLITIK DAN EKONOMI BANGSA MYCENAEAN
Kebudayaan bangsa Mycenaean berpusat mengeliling kompleks-kompleks agam
besar, di mana agama, politik dan ekonomi saling berselirat secara rumit.
Kemusanahan pada salah satunya akan memusnahkan yang lain. Malah, pemusatan
seperti ini juga mengisyaratkan bahawa sebarang perpecahan yang berlaku di
antara pemuka negara boleh menghancurkan kestabilan bangsa Mycenaean.
Contohnya, perubahan dalam kekuasaan kerajaan, peperangan dalaman, atau
kurangnya penumpuan kepada hal-hal keagamaan mungkin akan merosakkan pasaran
antarabangsa Mycenaean dan menghasilkan kesan yang menaik-turunkannya (pasaran
tersebut).
Tembaga sebagai contoh, merupakan bahan yang tersangat berharga yang
digunakan sebagai elemen pelindung di dalam upacara keagamaan. Untuk
mendapatkan tembaga, seseorang itu perlu mempunyai perhubungan dengan dagangan
timah milik bangsa Hittie di Anatolia.
Pada asasnya, disebabkan oleh kebudayaan Mycenaean yang begitu erat
berselirat seputar tamadun itu sendiri – yang bergantung kepada hubungan baik
dengan pemuka-pemuka di wilayah jiran, maka sebarang ketidakstabilan dalaman
boleh menggugat sumber kewangan primer bangsa Mycenaean. Kemusnahan kewangan di
samping kebangkitan angkatan senjata dari dalam, serangan-serangan dari luar,
atau bencana-bencana alam akan menyebabkan proses pemulihan itu menjadi
mustahil.
BENCANA ALAM
Dalam pada pencerobohan-pencerobohan dari luar itu merupakan suatu yang
mudah untuk dikesan, teori-teori berkaitan impak bencana alam ke atas jatuhnya kebudayaan
Mycenaean turut boleh dipertimbangkan: kejadian yang sama yang turut berlaku
kepada kebudayaan Mediterranean yang lebih muda menambahkan lagi kebarangkalian
bahawa kejadian seperti ini berlaku.
Tambahan lagi, Anatolia (Turki moden di mana kota Troy wujud), Mesir,
dan Levant (Iraq moden) ditimpa kerosakan ekoran gempa bumi dan letusan gunung
berapi secara berturutan, yang mana ia juga turut melanda Aegean.
Bagaimanapun, pada tahun 2018, sepasukan pengkaji Jerman telah
menerbitkan sebuah kajian yang membantah pandangan ini dan menyatakan:
“Walaupun
sesetengah pemerhatian daripada dua kubu kota yang telah disiasat (di Tiryns
dan Midea) boleh dijelaskan menerusi (kejadian) pemuatan seismik (gempa bumi),
namun punca lain yang bukan-seismik juga berupaya menerangkan kebanyakan (kejadian)
kemusnahan. Dalam beberapa kes, kerosakan (pada) struktur tenyata secara jelas
bukan disebabkan oleh gempa bumi. Dapatan kami menunjukkan bahawa hipotesis kononnya
gempa bumi pemusnah di Tiryns dan Midea yang mungkin boleh menyumbang kepada
pengakhiran zaman Mycenaean LBA, sama sekali tidak cenderung berlaku.”
Pengkaji-pengkaji itu mempercayai bahawa sebuah pemberontakan atau
pencerobohan (serangan luar) adalah sebab besar yang merintis kepada kejatuhan
Mycenaean. Namun jika kita menelusuri aktiviti seismik dengan teliti, ia
sememangnya kelihatan sebagai penyebab kepada (berlakunya) kebakaran sebagai
satu kesan domino ekoran pemusatan setiap komuniti dan gempa bumi yang tekal yang
melanda Mediterranean telah berupaya dengan mudah menerbalikkan nyalaan api
menjulang tersebut (pelita minyak biasa digunakan di Mycenaean-Minos Yunani,
Anatolia dll) lalu memulakan kebakaran ke atas istana-istana yang disebutkan
sebelum ini.
Apabila sesebuah tamadun itu mempunyai jenis komuniti yang memusatkan
politik, ekonomi dan keagamaan yang semuanya bertumpu di sekeliling tapak-tapak
mufrad itu, maka sangat mudah untuk kebakaran tersebut membumihanguskan kawasan
itu.
![]() |
| Tapak arkeologi Mycenae terletak dekat perkampungan Mykines, Peloponnese, Yunani |
Salah satu kejadian paling penting di mana kebakaran tersebut
dipercayai telah menyebabkan kemusnahan sedemikian adalah situasi yang berlaku
di Knossos, Crete. Batu bersurat Linear B yang merupakan catatan-catatan dari
Mycenaean serta batu-batu bersurat Linear A Minos yang tidak mampu ditafsirkan
berkemungkinan dihasilkan sekitar masa keruntuhan tersebut, sekaligus
menghindarkannya dari sebarang proses penafsiran lanjut. Pakar arkeologi
bernama Arthur Evans yang telah ‘menemui’ (tinggalan) Mono situ menganggap
bahawa kebakaran tersebut telah diakibatkan oleh satu kejadian gempa bumi yang
telah menerbalikkan jamung-jamung berhampiran.
Sama ada kebakaran itulah yang menjadi penyebab kepada pengakhiran kompleks
besar di Crete itu ataupun tidak, ia masih menjadi persoalan. Namun, kebakaran
tersebut adalah bukti bahawa marak api sebegitu merupakan ancaman yang sangat
bahaya kepada komuniti yang mengamalkan sistem sebegitu – tersusun begitu
rapat.
![]() |
| Batu bersurat tanah liat yang terpahat skrip Linear B bertarikh 1450-1375SM di Knossos |
RANTAIAN KEJADIAN YANG BERBAHAYA
Sesiapa pun jua haruslah ingat bahawa kemusnahan bagi seluruh masyarakat
tidak berlaku semalaman: berkemungkinan bahawa jika kejatuhan Mycenaean ini
berkait rapat dengan bencana alam, maka bencana ini merupakan titik mula kepada
sebuah rantaian kejadian berbahaya (yang menimpa tamadun berkenaan).
Perpindahan pribumi Mycenaean (yang berlaku) menjadi satu lagi indikasi penting
dalam perdebatan tentang (punca) kejatuhan mereka.
Walaupun bahan bukti yang dijumpai di tapak kompleks besar agam mengisyaratkan
bahawa pernah berlakunya kejadian kebakaran secara meluas di pelbagai pusat
bandar, dan juga kemusnahan yang diakibatk atau diparahkan oleh berlakunya
aktiviti seismik sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat juga bukti
bahawa kebanyakan tapak berkenaan ditinggalkan (penduduknya berpindah).
Robert Drews (1993) mendapati bahawa kekurangan tinggalan temulang di
kebanyakan tapak mungkin mengisyaratkan bahawa pribumi di situ sempat melarikan
diri daripada bandar mereka sebelum ianya mengalami kemusnahan total. Dalam
erti kata lain, mereka mungkin telah menjangka bahawa akan berlakunya
kemusnahan lanjut lalu berhasil melarikan diri sebelum mereka sendiri ditimpa
bahaya.
Keadaan persekitaran yang terjejas boleh membawa kepada keterjejasan
ekonomi dan seterusnya pergolakan politik. Melarikan diri mungkin adalah jalan
penyelesaian terbaik lebih-lebih lagi jika terdapat sebarang pihak luar yang
mengancam mahu menyerang tamadun yang sedang mengalami keruntuhan itu. Sama ada
mereka (pernah memasang) keinginan untuk pulang ke kampung halaman mereka itu (setelah
berlalu suatu tempoh masa) ataupun tidak, ia masih lagi diperdebatkan.
![]() |
| Patung kecil Mycenaean berasal dari Agios Konstatinos, Methana (abad 14-13SM) Muzium Arkeologi Piraeus, Yunani |
Sebab-sebab khusus lagi tepat di sebalik keruntuhan Zaman Gangsa Aegean
mungkin mustahil untuk diketahui. Terlalu banyak faktor yang terjalin antara
satu sama lain yang kesemuanya boleh memberikan begitu banyak impak negatif
terhadap pusat perdagangan antarabangsa Mediterranean yang mengamalkan sistem
berpusat itu.
CAHAYA DI PENGHUJUNG TEROWONG
Bagaimanapun, kejatuhan tamadun Mycenaean mungkin mempunyai cahaya di penghujung
terowong. Peminjaman secara pesat mereka lakukan daripada hasil seni, struktur
kompleks agam dan bahasa daripada Minos mengisyaratkan bahawa asimilasi berlaku
dua arah di mana Mycenaean tidak membiarkan Minos dari terus pupus. Oleh kerana
itu, sekiranya skrip Linear A Minos berjaya ditafsirkan sepertimana apa yang
terpahat pada Linear B Mycenaean, maka rekod mengenai pengakhiran Zaman Gangsa
Aegean boleh ditemukan.
![]() |
| Batu bersurat Linear A dijumpai di istana Zakros, Muzium Arkeologi Sitia |
Memandangkan pengakhiran tamadun Mycenaean telah membawa kepada
berlangsungnya Zaman Gelap Yunani, maka sebarang maklumat mengenai beberapa
abad terakhir Zaman Gangsa Mycenaean yang terselamat akan berupaya memberikan
kefahaman yang lebih lengkap tentang faktor kejatuhannya. Zaman gelap ini hanya
berakhir pada masa-masa di mana tulisan Homer iaitu Illiad dan Odyssey muncul.
SUMBER
- Drews, Robert. 1993. The End of the Bronze Age: Changes in Warfare and the Catastrophe ca.1200 B.C. Princeton University Press.
- Gutenberg, B. and C.F. Ricter. 1954. Seismicity of the Earth and Associated Phenomena. Princeton University Press.
- Knapp, Bernard and Sturt W. Manning. 2016. “Crisis in Context: The End of the Late Bronze Age in the Eastern Mediterranean.” American Journal of Archaeology. 120.1. pp 99-149.
- Laffineur, R. and Emanuele Greco, eds. 2005. Emporia: Aegeans in the Central and Eastern Mediterranean: Proceedings of the 10th International Aegean Conference Volume I. Universite de Liege.
- Laffineur, R. and Emanuele Greco, eds. 2005. Emporia: Aegeans in the Central and Eastern Mediterranean: Proceedings of the 10th International Aegean Conference Issue 25, Volume 2. Universite de Liege.
- Sandaras, N.K. 1987. The Sea People: Warriors of the Ancient Mediterranean 1250-1150 B.C.E. Rev. ed. Thames & Hudson.
- Get link
- X
- Other Apps






