- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Valda Roric. (6 Mei 2018). Beyond a Fighting Game: Unmasking the Origins of
Mortal Kombat Mythology. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/beyond-fighting-game-unmasking-origins-mortal-kombat-mythology-0010008
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/beyond-fighting-game-unmasking-origins-mortal-kombat-mythology-0010008
Penterjemah:
Amir Zayyanid
“Mortal Kombat”
merupakan sebuah francais permainan video yang dibangunkan dengan memasukkan
beberapa elemen mitologi yang luas. Elemen ini tidak hanya berupa legenda
rekaan, akan tetapi ianya bersumber dari mitologi pelbagai bangsa di dunia.
Artikel ini akan meninjau elemen-elemen dari mitos sebenar dan mengaitkannya
dengan aspek yang paling relevan yang terdapat di dalam Mortal Kombat.
KEPELBAGAIAN ALAM
Mortal Kombat
mengetengahkan idea tentang kepelbagaian alam. Wakil dari setiap alam
kemudiannya berlawan dengan petarung-petarung dari Dunia Asing (Outworld) yang
mahu menakluk dan menundukkan kesemua alam yang wujud dalam semesta Mortal
Kombat. Dalam permainan video ini, Alam Dunia dianggao sebagai alam yang paling
berharga digelari ‘Permata Semesta’.
![]() |
| Pertarungan dalam Mortal Kombat |
Idea tentang
kepelbagaian alam ini bukanlah suatu idea yang baharu. Pada hakikatnya, ia
berasal-usul sejak zaman purba lagi. Masyarakat Norse purba membicarakan
tentang 9 alam asas di dalam mitologi mereka. Di antara kesemua alam ini,
Midgard atau Alam Bumi adalah tempat di mana manusia hidup. Bagi penghuni
alam-alam yang lain pula, sebahagian daripada mereka bersifat mesra kepada
manusia (seperti dewa-dewa Asgard) manakala sebahagian yang lain pula memusuhi
manusia (seperti gergasi ais di Jotunheim). Kesemua sembilan alam dalam
mitologi Norse ini dihubungkan dengan dahan-dahan pokok semesta yang bernama
Yggdrasil.
Walau bagaimanapun,
mitologi Norse bukanlah satu-satunya sistem kepercayaan yang berbicara tentang
kewujudan alam-alam lain. Kebudayaan dan kepercayaan lain juga ada
mengungkapkan tentang kisah para dewa menziarahi bumi dari alam-alam lain.
![]() |
| Yggdrasil dan satu pemahaman tentang peletakan alam |
REPTILIA DAN JEMBALANG
BANSHEE
Bagaimana sekiranya
wujud makhluk mirip-manusia yang berevolusi dari repitilia (atau dinosaur) di
planet-planet lain yang tidak ditimpa bencana alam seperti bumi (bencana yang
mengakibatkan kepupusan dinosaur?). Premis inilah yang digunakan bagi membina
imej Reptile di dalam Mortal Kombat. Di alam hunian Reptile, makhluk reptilian menjalani
kehidupan yang mewah dan mereka berevolusi menjadi makhluk mirip-manusia yang
bijak sehingga berupaya membangunkan sebuah ketamadunan.
Walaupun mereka
merupakan makhluk yang gagah, alam hunian reptilian ini akhirnya dikuasai oleh
Dunia Asing. Apapun,teori tentang makhluk mirip-manusia dari spesis reptilian ini
kekal menjadi suatu premis penceritaan yang menarik perhatian. Premis sebegini
juga hadir dalam francais Super Mario Bros.
![]() |
| Kiri: Reptile ketika ia muncul di dalam Mortal Kombat 4. Kanan: Makhluk reptilian mirip manusia yang dikenali sebagai Kobolds |
Di dalam Mortal Kombat,
Queen Sindel dikenali sebagai warga Eden. Namun, teriakan lantangnya yang unik
itu merupakan ciri tipikal bagi seekor jembalang Banshee. Banshee adalah makhluk
mitologi dari Ireland. Makhluk ini dikatakan berteriak dengan sangat lantang
ketika berlakunya kematian dalam kalangan ahli keluarga. Banshee dirincikan
sebagai wanita berambut panjang dan bermata merah. Queen Sindel pula
sememangnya dikenali kerana teriakan lantangnya yang unik di samping rambutnya
yang juga panjang – rambut yang boleh digerak-gerakkan sebagai alat tempur
dalam pertarungan melawan musuhnya.
![]() |
| Kiri: Makhluk banshee dari Ireland. Kanan: Karakter Sindel dari Mortal Kombat |
SIHIR DAN PENGAMBIL
JIWA
Kebiasaannya, sihir
dianggap sebagai satu istilah lain bagi magis. Namun dalam bahasa Latin, sihir
dikaitkan dengan istilah ‘maleficium’ yang merujuk kepada magis yang berbahaya
dan membawa konotasi ‘salah laku’ dan ‘kerosakan’.
Dalam Mortal Kombat,
elemen sihir sangat terkait dengan magis jahat (ilmu hitam). Pemahir sihir dari
Dunia Asing dikenali sebagai Shang Tsung. Beliau sinonim dengan cirinya yang
sering mengambil jiwa dari musuh-musuhnya yang telah kalah tarung menerusi
gerakan mautnya (gerakan penyudah). Sebelum itu, Shang Tsung pernah menjadi
seorang manusia.
Namun, beliau
mempelajari magis jahat daripada maharaja Shao Kahn. Sebaik sahaja Shang Tsung
mengambil jiwa yang begitu banyak selama berkurun-kurun, kekuatannya dirincikan
oleh Raiden menerusi ungkapan beliau ,”Menghadapi Shang Tsung bukanlah
menghadapi seorang musuh, sebaliknya sebatalion musuh.” Idea tentang mengambil
atau merampas jiwa ini memiliki asal-usul yang cukup purba. Para syaitan
dikatakan mengambil jiwa manusia menerusi permeteraian janji-janji neraka.
![]() |
| Shang Tsung, ketika muncul di dalam ‘Mortal Kombat vs DC Universe’ |
Satu lagi perkara yang
boleh diselitkan di sini adalah idea merampas atau mengambil Chi atau semangat
dalaman pihak lawan. Dalam mitologi Cina, terdapat makhluk pontianak yang
memakan semangat dalaman manusia dengan menyerapnya persis sepertimana Shang
Tsung menyerap jiwa orang-orang yang telah beliau tewaskan dalam pertarungan.
Makhluk ini dikenali sebagai Jiang Shi.
![]() |
| Ilustrasi menggambarkan Jiang Shi |
MAYAT HIDUP
Dikatakan bahawa dengan
hanya melawat Neraka, perwatakan seseorang itu boleh berubah sama sekali. Dalam
Mortal Kombat, hal ini berlaku ke atas orang-orang yang melawat Alam Neraka yang
diperintah oleh Quan Chi. Sebagai kesan akibat daripada campur tangan Quan Chi,
beberapa orang petarung Mortal Kombat bertukar menjadi mayat hidup.
Mayat-mayat hidup ini
dipercayai dibangkitkan semula dengan tujuan untuk menghantui orang-orang yang
masih hidup. Kepercayaan terhadap mayat hidup ini masih wujud dalam kalangan
masyarakat di pedalaman Romania moden. Mereka memanggil makhluk ini sebagai ‘strigoi’.
Strigoi dipercayai bangkit daripada kubur untuk menghantui kaum kerabatnya yang
masih hidup, ataupun orang yang berbuat aniaya terhadapnya.
![]() |
| Kiri: Quan Chin dalam Mortal Kombat X. Kanan: Ilustrasi menggambarkan strigoi |
RAIJIN DAN FUUJIN
Dalam Mortal Kombat,
Raiden merupakan ‘dewa kilat dan petir’ manakal Fujin pula adalah pengawal angin.
Raiden disifatkan sebagai pelindung Alam Bumi dan peranannya diumpamakan bagai
mentor kepada petarung-petarung dari Bumi yang bakal dan harus bertarung
menentang Dunia Asing.
![]() |
| Mortal Kombat X - Raiden |
Dalam mitologi Jepun,
Raiden (Raijin) adalah dewa kilat dan petir. Asal-usul mitologi ini boleh
dijejak sehingga zaman permulaan agama Shinto. Raijin sering digandingkan
dengan Fuujin, dewa angin. Kedua-dua dewa ini sering digambarkan bersama. Fujin
(Futen) adalah salah satu dewa tertua Shinto dan ia digambarkan di dalam
mitologi sebagai syaitan yang rupa parasnya mirip tukang sihir.
![]() |
| Fujin-raijin-zu oleh Tawaraya Sotatsu, dengan Raijin di kiri dan Fujin di kanan |
Demikianlah
serba-sedikit contoh utama dari sekalian luasnya mitologi yang membentuk
semesta (universe) francais Mortal Kombat. Hakikatnya, penceritaan
Mortal Kombat jauh lebih kompleks dan memerlukan penyelidikan dan perbincangan
yang lebih terperinci.
![]() |
| Karakter-karakter dari Mortal Kombat: Armageddon |
SUMBER
- Valda Roric. “From History to Mystery.”
- Valda Roric. “Loki – The Trickster Unleashed.”
- Valda Roric. “Wonders of History and Mythology.”
- Valda Roric. “Supernatural in the Land of Count Dracula.”
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Membedah Mitologi Disebalik Mortal Kombat’
- Get link
- X
- Other Apps










