- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Erin Everywhere. (n.d.). The Big Pineapple. Atlas Obscura.
https://www.atlasobscura.com/places/the-big-pineapple-bathurst-south-africa
https://www.atlasobscura.com/places/the-big-pineapple-bathurst-south-africa
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Berdiri hampir 56 kaki tinggi, ‘Nenas Gergasi’ di Bathurst, Afrika
Selatan merupakan binaan nenas terbesar di dunia.
Kawasan sekeliling kebanyakannya adalah tanah pertanian yang masyhur
dengan hasil nenas. Para petani yang menetap di kawasan tersebut pada kurun
ke-18 pernah mengalami kesukaran untuk meraih hasil tuaian sehinggalah mereka
mula menanam nenas. Maka secara alami, penduduk tempatan pun mengambil
keputusan untuk memberi penghormatan kepada buah tersebut berikutan banyaknya
hasil-mahsul yang diperoleh dengan mendirikan sebuah binaan besar berbentuk
buah berkenaan. Nenas Gergasi dibina oleh ahli komuniti pertanian Bathurst pada
tahun 1980an.
Binaan ini sendiri berketinggian tiga tingkat. Ia diperbuat daripada
besi dan gelas fiber serta dilengkapi platform peninjau (yang membolehkan para
pengunjung melihat pemandangan sekeliling). Ruang dalam pula menempatkan sebuah
muzium yang didedikasikan kepada buah tersebut secara khusus, dengan
menampilkan bermacam-macam produk nenas tersedia untuk dijual.
Walaupun binaan Nenas Gergasi ini mirip dengan sebuah binaan serupa di
Australia, Nenas Gergasi dua kaki lebih tinggi sekaligus meraihkannya gelaran
Nenas Paling Besar Di Dunia.
KETAHUI SEBELUM KUNJUNGI
Terletak betul-betul di luar Bathurst, Cape Timue. Kira-kira 7.5 batu
dari Pelabuhan Alfred di jalan R67. Dibuka 9 a.m. hingga 5 p.m. pada setiap
hari.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Nenas Gergasi Di Afrika Selatan’
- Get link
- X
- Other Apps
