- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Jake Rossen. (24 Julai 2019). Pampers Is Introducing Smart Diapers That Monitor
Pee Status. Mental Floss.
http://mentalfloss.com/article/590105/pampers-introduces-lumi-smart-diapers-monitor-wetness
http://mentalfloss.com/article/590105/pampers-introduces-lumi-smart-diapers-monitor-wetness
Penterjemah:
Alam Bahasa
Selama berdekad-dekad,
untuk menilai status kekotoran lampin, kita akan menguji dengan menghidu
dan/ataupun menimang bayi untuk menentukan sekiranya berlaku pengedaran semula
cecair pada lampir berkenaan. Kini, Pampers telah mengumumkan bahawa mereka
telah mencipta lampin pintar yang mampu memberi isyarat kepada pengasuh bahawa
lampin bayi perlu ditukar melalui pemberitahuan telefon pintar.
Lampin pintar yang
dikenali sebagai Lumi telah dicipta bersama Verily, sebuah syarikat Google.
Sistem lampin berkenaan mengandungi jalur lembab dan dua pengesan yang mampu
digunakan semula serta rangkaian kamera yang boleh digunakan untuk memantau
corak tidur bayi. Pengesan berbentuk telur dilekatkan pada bahagian luar lampin
dan ia berfungsi sebagai pemantau kelembapan jalur. Apabila bayi membuang hajat,
pengesan tersebut akan menghantar pemberitahuan kepada aplikasi Lumi. Ibu bapa
kemudiannya boleh memilih sama ada untuk menukar lampin ataupun meminta orang
lain untuk melakukannya.
Alat pengesan, kamera
dan aplikasi tersebut adalah sebahagian daripada pakej permulaan. Pengguna juga
perlu membeli lampin Swadler yang telah disesuaikan dengan Lumi, yang dicipa
dengan jalur kelembapan yang lebih jelas supaya alat pengesan boleh menilai
kekotoran dengan lebih efisien.
Di samping menjaga
keadaan lampin, aplikasi Lumi menggunakan kamera Logitech untuk membuat carta
waktu tidur dan bangun si bayi serta suhu bilik. Digabungkan dengan maklumat
mengenai keperluan meminum susu dan membuang hajat, ibu bapa dapat menerima
perspektif yang lebih luas tentang tabiat anak mereka. (Misalnya, meminum susu
botol pada jam 3 petang akan menyebabkan kekotoran lampin pada jam 4 petang.)
Lampin Lumi dijangka
akan dilancarkan pada musim luruh ini dan ianya boleh digunakan oleh bayi yang
berusia sehingga setahun.
- Get link
- X
- Other Apps
