- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ancient Origins. (8 September 2019). 2100-Year-Old Skeleton Found With
iPhone-Like Belt Buckle in Siberia.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/siberian-skeleton-0012558
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/siberian-skeleton-0012558
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Rangka seorang wanita
daripada zaman Xiongnu ditemukan bersama sebuah aksesori yang agak bergaya.
Bagi seorang ahli arkeologi yang bernama Pavel Leus, artifak (aksesori)
tersebut kelihatan mirip dengan telefon pintar moden. Objek berwarna hitam yang
berbentuk segi empat tepat itu tertanam di sebuah tapak pengebumian yang
dikenali sebagai ‘Atlantis Russia’, berlokasi di wilayah pergunungan Republik
Tuva. Tapak berkenaan dikatakan hanya muncul dari genangan air selama beberapa
minggu dalam tempoh setahun.
Ahli-ahli arkeologi
bergurau dengan menamakan wanita purba itu sebagai Natasha, sementara
aksesorinya pula dipanggil sebagai sebuah ‘iPhone’.
“Tapak pengebumian
Natasha dan iPhone era Xiongnu ini kekal menjadi salah sebuah penemuan paling
menarik di lokasi berkenaan,” ujar Pavel Leus dalam kertas kajian yang baru
disiarkan. Kertas kajian tersebut meringkaskan tentang hasil ekspedisi
arkeologi yang dijalankan selama beberapa tahun di tapak pengebumian Ala-Tey.
![]() |
Pengebumian AT 1/20, rangka berusia 2100 bersama sebuah tali pinggang kulit |
Sebenarnya, artifak
yang ditemukan itu adalah tali pinggang kulit yang berukuran 18cm x 9cm. Tali
pinggang ini diperbuat daripada batu permata yang bertatahkan batu firus,
karnelian dan ibu-permata.
Tali pinggang wanita
ini turut dihiasi dengan dekorasi syiling wuzhu Cina. Dekorasi ini
membantu para saintis untuk melakukan ujian pentarikhan ke atas artifak
berkenaan. Hasil ujian itu mendapati usia artifak tersebut menjangkau 2137
tahun memandangkan pada masa-masa itulah syiling sebegitu dicetak buat kali
pertama.
![]() |
Penemuan mengagumkan yang para arkeologis secara jenaka menamakannya sebagai ‘iPhone Natasha’ |
Penemuan rangka dan
aksesori purba ini dilakukan pada tahun 2016 di necropolis Ala-Tey yang
berlokasi di Laut Sayan. Necropolis tersebut merupakan tapak pengebumian
bersaiz gergasi buatan manusia, bertempat di atas Sungai Yenisei atau lebih
tepat, di dalam Empangan Sayano-Shushenskaya yang berfungsi sebagai pusat jana
kuasa terbesar di Russia. Paras air di lokasi berkenaan susut pada setiap bulan
Mei dan Jun sekaligus menampakkan daratan pasir yang luas. Kubur-kubur yang
ditemui di sini berusia dari Zaman Gangsa hingga ke zaman Genghis Khan.
![]() |
Tapak Ala-Tey sebelum digenangi air hampir setahun penuh |
Sebelum rangka ‘Natasha
dan iPhone’, terdapat dua rangka manusia yang dkebumikan bersama alat-alat
perdagangan mereka ditemui oleh arkeologis di tapak berkenaan. Salah seorang
daripada mereka dipanggil sebagai Sleeping Beauty memandangkan rangkanya
dibaluti pakaian sutera, konon sebagai pakaian untuk kehidupan selepas mati.
Pada mulanya, rangka tersebut dipercayai milik seorang paderi wanita. Namun,
kajian lanjut membuatkan para penyelidik berpendapat bahawa beliau adalah
seorang pereka barangan kulit di zamannya. Sementara itu, rangka kedua pula
milik seorang tukang tenun yang disemadikan bersama alat penggulung benang yang
diperbuat daripada kayu.
Dianggarkan secara
keseluruhan terdapat kira-kira 110 buah kubur ditemui di Ala-Tey.
![]() |
‘Sleeping Beauty’ bersama pakaian sutera ditemui di tapak berkenaan |
“Tapak ini mengandungi
penemuan yang amat sensasi,” ujar Dr Marina Kilunovskaya dari St Petersburg
Institue of Material History Culture, yang mengetuai Ekspedisi Arkeologi
Tuva.
“Kami sangat-sangat
bertuah kerana berupaya menemukan kubur-kubur milik masyarakat nomad Hun yang
kaya-raya, yang sama sekali belum disentuh oleh para penjarah kubur.”
Ekspedisi Arkeologi
Tuva yang dilakukan di kawasan yang terdedah kepada banjir (digenangi air)
mampu dilaksanakan menerusi keizinan daripada Persatuan Geografikal Russia dan
bantuan daripada Persatuan Pengembaraan EurAsia (Switzerland).
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Rangka Wanita Purba Bersama ‘Iphone’ Ditemui’
- Get link
- X
- Other Apps