- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (13 April 2019). Black Caesar: The African Chief Who Was Captured
by Slavers and Became a Pirate. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/black-caesar-0011738
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/black-caesar-0011738
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Black Caesar merupakan
seorang lanun masyhur yang hidup pada kurun ke-17 dan kurun ke-18 Masehi.
Berasal dari Afrika Barat, Black Caesar ditangkap oleh pedagang hamba. Walau
bagaimanapun, kapal yang mengangkutnya itu karam di pesisiran pantai Florida
dan Black Caesar pula terselamat dari bencana itu. Lantas, beliau pun memulakan
kariernya sebagai lanun sehingga menjadi masyhur. Kehuru-haraan yang disebarkan
oleh beliau berakhir pada tahun 1718, apabila Black Caesar disabit atas jenayah
melanin dan dijatuhi hukuman mati.
Walaupun lanun-lanun
berkulit hitam bukanlah suatu perkara yang asing, kebanyakan nama mereka hilang
dari rekod sejarah. Salah seorang yang masih diingati sehingga ke hari ini
adalah Black Caesar. Menurut legenda, Black Caesar merupakan seorang pembesar
Afrika Barat sebelum menjadi lanun.
Beliau dikatakan
memiliki tubuh sasa yang tinggi dan seorang yang sangat bijak. Pada masa-masa
itu, kolonis-kolonis Eropah di Dunia Baru memerlukan hamba-hamba Afrika untuk
mengusahakan perladangan mereka. Keadaan sebegini membawa kepada berkembangnya
perdagangan hamba.
BLACK
CAESAR DICULIK OLEH PEDAGANG HAMBA
Kisah dilanjutkan
dengan Black Caesar bagaimana beliau menjadi sasaran oleh para pedagang hamba.
Namun dalam banyak kesempatan, beliau berjaya melarikan diri dari ditangkap.
Walau bagaimanapun pada akhirnya, beliau berhasil jua diperdaya dan ditangkap.
Segalanya bermula apabila seorang kapten kapal (pedagang hamba) berjaya
memancing perhatian pembesar Afrika itu dengan menggunakan jam emas miliknya.
Kemudian, beliau menjanjikan kepada Black Caesar untuk memberikan harta-harta
karun yang jauh lebih berat.
Dengan helah
sedemikian, beliau berupaya mengumpan Black Caesar dan para pengikutnya untuk
menaiki kapal hamba miliknya. Ketika berada di atas kapal, mereka yang bakal
dijadikan sebagai hamba ini diberikan makan minum sambil diasyikkan dengan
kain-kain sutera, permata-permata dan juga mainan muzik.
Di kala semua perkara
ini melekakan mereka, kapal tersebut pun mula berlayar. Ketika Black Caesar
mula menyedari situasi yang menimpanya itu, keadaan sudah pun terlambat.
Walaupun mereka memberikan penentangan, kru kapal tersebut berjaya menundukk
dan mendiamkan mereka.
![]() |
| Black Caesar dan para pengikutnya ditangkap oleh pedagang hamba |
Maka, bermulalah
pengembaraan-secara paksa Black Caesar merentas Atlantik menuju Dunia Baru.
Semasa dalam perjalanan, Black Caesar enggan makan dan minum. Beliau mungkin
boleh meninggal dunia andai bukan kerana seorag kelasi budiman berkeras
memberinya makan. Lantas mereka berdua pun menjadi sahabat.
Kemudian, kapal yang
mereka naiki itu dibadai ribut ketika berada di pantai Florida sekaligus
mengakibatkannya karam. Hampir kesemua yang menaiki kapal itu terkorban. Hanya
dua orang sahaja terselamat, iaitu Black Caesar dan sahabat kelasinya, yang
mana mereka berdua sempat melarikan diri dengan menaiki perahu panjang yang
dipenuhi dengan persenjataan dan perbekalan.
BLACK
CAESAR MEMULAKAN HIDUPNYA SEBAGAI SEORANG LANUN
Black Caesar dan
sahabatnya itu menukar haluan hidup dan menjadi seorang lanun. Modus operandi
yang digunakan adalah mereka berdua berlakon sebagai kelasi yang telah
kekaraman kapal, lalu menarik perhatian kapal-kapal yang lalu-lalang agar
memberikan bantuan. Sebaik sahaja mereka berada di atas kapal, mereka akan mula
merompak kapal tersebut dan membawa hasil rampasan kembali ke tempat
persembunyian. Keadaan sebegini berlanjutan selama beberapa tahun dan mereka
berdua berupaya mengumpulkan kekayaan yang amat besar.
![]() |
| Black Caesar dan sahabatnya, si kelasi, bertukar haluan hidup menjadi seorang lanun |
Walau bagaimanapun, pada
suatu ketika, Black Caesar bersengketa dengan sahabatnya sekaligus
mengakibatkan kematian temannya itu. Konflik tersebut tercetus berakibat dari
seorang gadis yang diculik dari sebuah kapal. Masing-masing mahu menjadikan
gadis tersebut sebagai milik peribadi, lantas membawa kepada pertarungan yang
mana mengorbankan sahabat Black Caesar.
Black Caesar
melanjutkan aktiviti-aktiviti perlanunannya lalu merekrut beberapa buah kapal
dan sejumlah kru dengan menggunakan harta rampasan yang telah dikumpulkan sebelum
ini. Keadaan tersebut membolehkan beliau menyerang kapal secara lebih terbuka.
Legenda menceritakan bahawa Black Caesar menanam harta karunnya di sebuah
tempat di Elliot Key.
BLACK
CAESAR MENYERTAI KRU LANUN BLACKBEARD
Kebanyakan sumber
mendakwa bahawa pada suatu tempoh, Black Caesar menyertai kru lanun seorang
lagi lanun masyhur, iaitu Blackbeard. Beliau dilantik sebagai leftenan di kapal
utama Blackbeard, Queen Anne’s Revenge.
Pada tahun 1718, Blackbeard dibunuh oleh Leftenan Robert Maynard dari Angkatan
Laut Diraja British.
Black Caesar merupakan
salah seorang kru yang terselamat dalam pertempuran tersebut. Namun, beliau
ditangkap dan dibawa untuk didakwa di Williamsburg, Virginia. Black Caesar
disabitkan dengan kesalahan melanun dan dihukum gantung sampai mati.
![]() |
| Black Caesar menyertai kru lanun Blackbeard |
Terdapat satu perkara
yang menarik berkenaan Black Caesar, di mana Cindy Vallar berpendapat bahawa
Black Caesar yang merupakan sebahagian dari kru Blackbeard pada hakikatnya
bukanlah Black Caesar yang sama yang beroperasi di Florida Keys. Villy
menyebutkan bahawa Black Caesar yang pertama itu pada asalnya merupakan seorang
hamba milik Tobias Knight dari Carolina Utara sebelum menjadi lanun.
Justeru katanya lagi,
wujud kemungkinan bahawa terdapat dua orang Black Caesar dan kisah mereka
berdua saling dicampuradukkan. Dalam erti kata lain, berkemungkinan lanjutan
kisah tentang Black Caesar yang beroparsi di Florida Keys telah pun hilang dari
rekod sejarah.
SUMBER
- Beatty, R. 2013. Black Caesar the Pirate Part of Notorious Florida History.
- Crime, Museum. LLC. 2017. Black Caesar.
- Lyons, D.C. 2019. The Legend of Black Caesar still haunts the Florida Keys.
- Petruzzello, M. 2019. Black Pirates and the Tale of Black Caesar.
- Vallar, C. 2019. Black Pirates.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Black Caesar: Lanun Legenda Kulit Hitam’
- Get link
- X
- Other Apps



