- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
AswangProject. (8 November 2016). Bungisngis: Origins of the Philippine
Cyclops.
https://www.aswangproject.com/bungisngis
https://www.aswangproject.com/bungisngis
Menurut mitos Yunani
Kuno, terdapat sebuah kaum yang aneh – ia memiliki tubuh gergasi dan bermata
satu di dahinya. Makhluk ini bernama Cyclops, yang membawa maksud ‘bermata
bulat’. Dalam karya popular Homer yang berjudul Odyssey, wira bernama Odyssey
bertempur dengan Cyclops yang bernama Polyphemus, anak kepada Dewa Poseidon dan
Thoosa.
Walaupun legenda
Cyclops ini berasal dari Eropah, mengapa Filipina yang terletak jauh di timur
mempunyai legenda yang sama, di mana makhluk aneh itu dinamakan sebagai
Bungisngis?
BUNGISNGIS:
SEPUTAR MAKLUMAT YANG DIMILIKI
Dr. Maximo Ramos telah
pun mengkaji mitologi Filipina sejak sekian lama dan pernah menerbitkan bukunya
yang bertajuk ‘The Creatures of
Philippine Lower Mythology’. Beliau menjelaskan bahawa dalam sebuah kisah
legenda Batangsa, sejenis gergasi yang dikenali sebagai Bungisngis dirincikan
sebagai ‘lelaki bertubuh besar yang sentiasa ketawa’.
Nama Bungisngis
dikatakan berasal daripada kata ‘ngisi’,
sebuah perkataan dalam bahasa Tagalog yang bermaksud, ‘menunjukkan giginya’.
Makhluk ini juga mempunyai bibir yang besar hinggakan apabila ia memuncungkan
bibirnya, ia boleh menutup seluruh mukanya. Kekuatan Bungisngis digambarkan
menerusi kisah beliau menghambat tanduk seekor kerbau lalu melemparnya ‘jauh ke
perusuk bumi’.
Bungisngis tinggal di
dalam hutan dan pemakanannya sama sahaja seperti manusia, ia memakan apa sahaja
terutamanya haiwan-haiwan mangsa yang bersesuaian dengan saiznya. Menurut
legenda Batangsa, Bungisngis mendengar percikan api yang dihidupkan untuk
memanggang daging seekor kerbau. Kemudian, setelah bertemu dengan penduduk yang
memanggang daging tersebut, ia menginginkan bahagiannya. Lantas, Bungisngis pun
memakan daging tersebut dengan lahap.
BUNGISNGIS:
MENJEJAK ASAL-USULNYA
Sebenarnya, agak mudah
untuk kita menjejak asal-usul makhluk legenda tersebut jika kita telusuri
manuskrip Hikayat Ibalong. Manuskrip yang turut dikenali sebagai Handiong atau
Handyong itu merupakan pecahan 60 perenggan dari epik penuh Bikol di daerah Bigol,
Filipina. Epik tersebut dipengaruhi oleh kitab Ramayana dan Mahabrata pada era
Srivijaya (abad ke-7 Masehi).
Di dalam Hikayat
Ibalong, raksasa bermata satu itu dikenali sebagai Buring, manakala di dalam
kitab Hindu pula, ia dikenali sebagai Kabandha. Selain itu, Biag ni Lam-ang,
iaitu puisi legenda masyarakat Ilocano, Filipina juga turut dipengaruhi oleh
legenda yang sama dari Ramayana dan Mahabrata.
![]() |
| Rama dan Lakshamana ditangkap oleh Kabandha |
Kita dapat melihat
bahawa masyarakat yang memiliki kisah legenda tersebut telah menerima pengaruh
India dan kita pun sedia maklum bahawa pengaruh Hindu-Buddha mencapai sehingga
ke Borneo dan Semenanjung Melayu melalui perdagangan dan migrasi. Kajian DNA menunjukkan
bahawa penghuni berbangsa India telah pun wujud di Kepulauan Filipina jauh
sebelum kedatangan penjajah Sepanyol.
Oleh kerana itu, tidak
mustahil sekiranya kisah-kisah legenda Bungisngis mempunyai pengaruh Hindu. Kisah
Bungisngis juga mempunyai kemiripan dengan kisah-kisah legenda Borneo yang
dicatatkan di dalam Filipino Popular
Tales Collected and Edited with Comparatives Notes oleh Dean S. Fansler.
![]() |
| Topeng Kabandha dari Indonesia |
MENGHAYATI
KISAH LEGENDA TIGA SEKAWAN FILIPINA – SI MONYET, ANJING DAN KERBAU
Pada suatu masa dahulu,
terdapat tiga sahabat baik yang hidup bersama – Si Monyet, Anjing dan Kerbau.
Mereka bertiga berasa bosan dengan kehidupan di kota, maka mereka pun pergi ke
kampung untuk berburu. Dalam kesempatan itu, mereka turut membawa bersama
bekalan seperti nasi, daging dan peralatan dapur.
Pada hari pertama, Si
Kerbau tinggal di rumah untuk memasak makanan, supaya dua sahabatnya dapat
menikmati makanan sekembali dari berburu. Setelah dua sahabat itu keluar
berburu, Si Kerbau pun mula memanggang daging. Malangnya, bunyi percikan api
panggangan itu didengari oleh Bungisngis yang berada di hutan.
Melihat keadaan
tersebut sebagai peluang untuk mengisi perutnya yang sekian lama lapar,
Bungisnis pun bertandang ke rumah Si Kerbau dan berkata, “Hai saudara,
nampaknya kamu telah menyediakan makanan untuk aku.”
Si Kerbau membalas
sapaan itu dengan membuat serangan. Lantaran itu, Bungisngis pun naik berang
dan menghambat tanduk Si Kerbau lalu menumbangkannya. Kemudian, Bungisngis
menjamah daging pangging yang disediakan oleh Si Kerbau lalu melarikan diri.
![]() |
| Bungisngis oleh Ian Balba |
Apabila Si Monyet dan
Si Anjing pulang dari berburu, rumah mereka berada dalam keadaan berantakan dan
Si Kerbau pula terbaring di lantai. Si Kerbau lantas memaklumkan kepada mereka
bahawa ada seorang lelaki berbadan besar datang dan membelasahnya. Setelah itu,
mereka bertiga melanjutkan aktiviti memasakmakanan dan melupakan kejadian tadi.
Bungisngis sekali lagi menyedari bahawa tiga sekawan itu sedang memasak
makanan. Namun, beliau tidak berani untuk menceroboh buat kali kedua kerana
mengetahui bahawa situasi tiga lawan satu tidak memberikan kelebihan buat
dirinya.
Pada keesokan hari, Si
Anjing tinggal di rumah untuk menyediakan makanan. Setelah makanan siap dihidangkan,
Bungisngis tiba dan menuturkan kata-kata yang sama seperti semalam. Si Anjing
naik berang terhadap tetamu tidak diundang itu, namun Bungisngis terus sahaja
menyerangnya tanpa ragu-ragu. Sebaik sahaja Si Anjing lunyai dibelasah, beliau
berundur ke suatu sudut rumah dan membiarkan sahaja Bungisngis menghabiskan
makanan.
Si Anjing sebetulnya
boleh sahaja memanggil sahabat-sahabatnya dengan menyalak kuat, namun beliau
khuatir akan dibunuh oleh makhluk bengis itu. Tidak lama selepas Bungisngis
beredar, Si Monyet dan Si Kerbau pun pulang. Mereka benar-benar naik angina
kerana menyedari bahawa Bungisngis membuat onar sekali lagi.
Pada hari ketiga,
giliran Si Monyet pula untuk tinggal di rumah. Sebelum mula memasak, Si Monyet
menggali lubang di hadapan periuk. Selepas masakannya selesai, beliau
meletakkannya ke dalam periuk. Maka semasa Bungisngis muncul buat kali ketiga,
Si Monyet mempelawa dengan sopan, Tuan, makanannya sudah tersedia. Harap tuan
dapat memakannya dengan senang hati.”
Bungisngis pun terus sahaja
menerima pelawaan itu dan mula menjamah hidangan setelah mengambil tempat duduk
di atas sebuah kerusi. Si Monyet memegang kaki kerusi tersebut dan denan
beraninya menghumbang Bungisngis ke dalam lubang yang telah digali. Lantas,
lekas sahaja beliau mengkambus lubang tersebut.
Apabila dua sahabatnya
pulang, mereka pun bertanya kepada Si Monyet perihal Bungisngis. Pada mulanya,
Si Monyet buat tidak endah. Namun setelah didesak banyak kali, Si Monyet pun
membuka mulut dan menceritakan hal sebenar.
Maka, dua sahabat itu
pun terus menghampiri lubang tersebut dan menggalinya dengan niat untuk melihat
sama ada Bungisngis telah mati ataupun tidak. Namun malangnya, Bungisngis masih
lagi hidup. Beliau langsung sahaja keluar daripada lubang itu dan membunuh Si
Kerbau dan Si Anjing. Si Monyet pula segera melarikan diri dengan memanjat
pokok.
Bungisngis mengejar Si
Monyet sambil berteriak, “Aku akan bunuh kau!”
“Jangan bunuh aku!”
pujuk Si Monyet. “Aku akan serahkan jawatan aku pada kamu. Raja telah menugaskan
aku untuk membunyikan loceng itu pada setiap jam,” sambil menunjukkan ke arah
sebatang pokok.”
“Baiklah! Aku terima,”
ujar Bungisngis. “Kamu duduk di sini sementara saya cari tahu jam berapak
sekarang,” balas Si Monyet. Maka, si monyet pun menghilangkan diri dengan lama
sehingga Bungisngis tidak boleh bersabar lagi. Lantas, Bungisngis pun
menggoncangkan pokok tersebut tanpa menyedari bahawa terdapat sarang lebah di
atas pokok itu. Maka, lebah-lebah itu pun menyerang Bungisngis.
Bungisngis semakin
berang. Beliau mencari semula Si Monyet dan menemukannya sedang bermain dengan
ular Boa yang tidur. “Tak guna kau! Aku tidak mahu dengar dolah-dalih kamu
lagi. Aku akan bunuh kamu sekarang!”
“Tolonglah, jangan
bunuh aku. Kali ini, aku akan berikan kamu tali pinggang pemberian Raja sebagai
tanda maaf,” pinta Si Monyet.
Sebaik sahaja melihat
tali pinggang yang dimaksudkan oleh Si Monyet, Bungisngis langsung sahaja
tertarik dengan warnanya dan meminta Si Monyet agar memakaikannya di pinggang
beliau. Setelah selesai, Si Monyet pun mengejutkan ular Boa itu dengan
mencubitkan. Begitulah kisah tamatnya riwayat Bungisngis dek lilitan ‘tali
pinggang’.
- Get link
- X
- Other Apps




