- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Suleiman Bulbulia. (14 Februari 2017). A Community With History: This Is What
Islam in the Caribbean Looks Like. Mvslim.
https://mvslim.com/community-history-islam-caribbean-looks-like/
https://mvslim.com/community-history-islam-caribbean-looks-like/
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Caribbean terbentuk
dari kepulauan yang berkeluasan sehingga 2400km, dikenali sebaai Antilles yang
merentang dari Cuba di utara hingga ke Trinidad di selatan. Kepulauan Antilles
dan Kepulauan Bahamas di sebelahnya membentuk rantau yang disebut sebagai
Hindia Barat.
Bagi sebilangan
masyarakat, mereka berpendapat bahawa Islam dan Muslim merupakan satu fenomena
baharu di rantau tersebut. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kehadiran Muslim
di sana memiliki sejarah yang jauh lebih panjang berbanding apa yang lazim
dibayangkan. Sheikh Abdullah Hakim Quick di dalam bukunya yang berjudul Deeper Roots menukilkan “… sejarah Islam
dan kaum Muslim di Caribbean merentang sehingga seribu tahun lamanya, jauh melangkaui
interaksi antara masyarakat tempatan di sana dengan masyarakat Eropah yang
berlaku enam kurun kemudian… Bukti yang mengesahkan kehadiran Muslim di Amerika
purba datang dari sejumlah patung, tradisi lisan, artifak dan inskripsi.”
Muslim telah menjadi
sebahagian dari Caribbean sejak berabad-abad lamanya. Jauh sebelum Columbus dan
mereka yang sesudahnya. Sebilangan besar hamba Afrika yang dibawa oleh para
pedagang Eropah merentas Lautan Atlantik adalah beragama Islam. Mereka dipaksa
meninggalkan agama dan identiti mereka. Sebahagian dari mereka berjaya
melepaskan diri dari penghambaan dan menentang kekejamannya, namun kebanyakan
mereka dipaksa mengorbankan agama.
Muslim kemudiannya tiba
di sana dengan jumlah yang besar sebagai tenaga kerja mahupun pedagang.
Kebanyakannya dayang dari sub-benua India dan bagi Suriname, ada di antara
mereka yang datang dari Indonesia.
Pada hari ini, kaum
Muslim boleh didapati di hampir seluruh pulau yang terdapat di Caribbean yang
jumlahnya lebih dari 40 buah pulau. Dianggarkan bahawa populasi Muslim di sana
melebihi setengah juta orang dan memiliki sekitar 400 hingga 500 buah masjid.
Suriname, sebuah negara
di Amerika Selatan namun terkait secara sejarah, budaya dan linguistik dengan
Caribbean dinobatkan sebagai negara tunggal di hemisfera barat yang memiliki
peratus penduduk Islam tertinggi. Dianggarkan bahawa 25% dari populasinya
adalah penganut agama Islam.
Keindahan rupa bumi di
rantau ini setanding dengan keindahan dan sifat peramah para penduduknya. Islam
tumbuh dengan mekar di ceruk dunia ini dan ia diterima secara meluas baik oleh
masyarakat awam mahupun pihak pentadbir sebagai salah satu bahagian penting
yang melengkapkan pembangunan Caribbean. Sebahagian pulau di sini memiliki
sejarah lampau yang hitam, namun umat Islam di Caribbean mempunyai daya tahan
yang tinggi dan telah menghadapi pelbagai cabaran dari tahun ke tahun.
Masyarakat di seantero
dunia seringkali bermimpi mahu menziarahi rantau ini. Keindahan Caribbean
dianggap sebagai salah satu keajaiban ciptaan Tuhan. Jutaan manusia sanggup
berkunjung ke sana sebagai pelancong baik dengan menaiki kapal layar mahupun
kapal terbang. Pelancong-pelancong Muslim yang bertandang ke Caribbean juga
tidak kurang banyaknya, memandangkan ramai dari kalangan Muslim di Amerika
Utara, Eropah dan Timur Tengah menggemari keindahan dan atmosfera yang nyaman
di kepulauan tersebut.
Memandangkan komuniti
Muslim mempunyai kedudukan yang cukup teguh di rantau berkenaan, akses makanan
halal dan masjid menjadi lebih mudah buat para pelancong Muslim. Meluangkan
masa untuk berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya di sana juga
boleh menjadi satu pilihan yang amat baik.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Komuniti Islam Di Caribbean’
- Get link
- X
- Other Apps


