- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Di samping itu, penting juga untuk dinyatakan di sini bahawa personaliti atau keperibadian puterinya, Cleopatra VII adalah sangat berbeza dengan bapanya. Hal ini menjadi kunci yang penting untuk mengenal pasti siapa sebenarnya Tryphaena. Adakah Cleopatra VII mirip dengan ibundanya?
Natalia Klimczak. (24 April 2016). Finding the Lost Mother of Cleopatra VII –
Cleopatra V Tryphaena of Egypt. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/finding-lost-mother-cleopatra-vii-cleopatra-v-tryphaena-egypt-005770
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/finding-lost-mother-cleopatra-vii-cleopatra-v-tryphaena-egypt-005770
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Tiada inskripsi mahupun
lembaran papyrus yang dapat memastikan siapakah ibunda kepada Cleopatra VII.
Walau bagaimanapun, maklumat yang ada berkenaan beliau dan keadaan Mesir di
Zaman Ptolemaic mengisyaratkan bahawa ibunda ratu Mesir terakhir itu adalah
Ratu Cleopatra V Tryphaena. Jika tidak, agak kurang munasabah bagi seorang
wanita yang membesar tanpa ibu dapat menempuh perjalanan hidup yang begitu
mengagumkan seperti Cleopatra VII.
Cleopatra V Tryphaena
hilang dari lembaran sejarah sekitar waktu yang sama dengan kelahiran Cleopatra
VII, si ratu terakhir Mesir. Tryphanea dianggap sebagai salah seorang ratu
Zaman Ptolemaic yang paling misteri. Beliau dipercayai menetap di Iskandariah.
Lembaran papirus tertua setakat yang ditemui, yang menyebut perihal beliau
adalah papirus yang bertarikh 79SM. Tahun tersebut merupakan tahun di mana
Tryphaena berkahwin dengan Ptolemy XII si raja Mesir.
Dalam beberapa buah
buku, Tryphaena disebut sebagai Cleopatra V sementara dalam beberapa buah buku
yang lain pula beliau dikenali sebagai Cleopatra VI. Kekeliruan pada angka
tersebut berkemungkinan adalah rentetan daripada kemasyhuran nama tersebut di
Zaman Ptolemaic. Walau bagaimanapun, di dalam artikel ini, Cleopatra Tryphaena
akan ditulis sebagai Cleopatra V.
IBUNDA
KEPADA RATU TERAKHIR MESIR
Di samping itu,
sejarahwan juga tidak mengetahui jangka hayat Cleopatra V. Namun, beliau
diyakini menjalani kehidupan di istana diraja Iskandariah selama 10 tahun.
Beliau mengahwini Ptolemy beberapa bulan selepas suaminya itu menjadi
pemerintah Mesir. Ketika menaiki takhta Mesir, Ptolemy berusia 35 tahun dan
beliau bukanlah calon terbaik untuk menjadi pemerintah Mesir.
Pemerintahnya yang
terdahulu, iaitu Ptolemy XI digulingkan dan bahkan, dijatuhi hukuman oleh
rakyat jelata Mesir di atas perbuatannya membunuh ratu yang amat dikasihi,
Berenice III. Sesudah kemangkatannya, Dinasti Ptolemaic hanya mempunyai seorang
sahaja pewaris lelaki iaitu Ptolemy XII.
Ptolemy XII memukul musuh-musuhnya dengan cemeti diraja. Relif di Kuil Edfu |
Ibunda kepada Ptolemy
XII merupakan seorang wanita Yunani yang tidak dikenali, namun dipercayai
sebagai salah seorang dari sekalian wanita yang hidup di dalam harem Mesir.
Ptolemy XII menjalani sebahagian hidupnya sebagai putera buangan di Sinope,
Pontus. Pada zaman pemerintahan Ptolemy XI, beliau dicatatkan menetap di istana
Mithridates VI. Ketika beliau pulang ke Iskandariah pada tahun 80SM, rakyat
Mesir meletakkan harapan baru di bahunya.
Pada masa-masa itu,
Mesir sudah pun menjadi bayang kepada entitinya yang lama, yang penuh megah
lagi berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh Mesir pada waktu itu adalah
tanggungan hutang terhadap Empayar Rom, permasalahan-permasalahan dalaman yang
tiada penghujung dan juga kemungkinan ia bakal menjadi wilayah naungan Rom.
Dalam atmosfera sedemikian, Ptolemy XII mengahwini sepupunya, Cleopatra
Tryphaena.
Pihak Rom tidak
menentang kenaikan takhta Ptolemy XII. Namun, mereka sudah pun berhasrat untuk
menjadkan Mesir sebagai sebahagian daripada empayar mereka. Oleh kerana itu,
mereka tidak melayan Ptolemy XII sebagai seorang pemerintah yang selayaknya.
Nama kultus peribadi beliau adalah Neos Dionysos. Namun, beliau turut dikenali
sebagai Auletes yang bermaksud ‘si pemain seruling’. Menurut catatan Strabo:
“(…)
Auletes, di samping kekurangan moralnya, beliau gemar bermain seruling dan
sering berbangga-bangga dengan hal tersebut sampaikan beliau tidak teragak-agak
untuk mengadakan pertandingan di istana raja, di mana dalam pertandingan
tersebut, beliau bersaing dengan peserta-peserta yang lain.”
Tryphaena merupakan
puteri kepada salah satu dari dua pasangan ini, iaitu Ptolemy XI dan Cleopatra
Selene I ataupun Ptolemy X Alexander dan Berenice III. Untuk merungkai
kekeliruan ini, mungkin kita boleh lihat pada nama puteri kepada ratu terakhir
Mesir, iaitu Cleopatra Selene II. Nama tersebut memungkinkan hakikat bahawa
Cleopatra VII mahu mengenang nendanya, justeru menamakan puterinya itu
bersempena nama nendanya. Tiada penjelasan yang lebih munasabah berkenaan
pengambilan nama tersebut untuk satu-satunya puteri beliau.
Berenice III, Cleopatra Selene I |
Ptolemy dan Tryphaena
memerintah sebagai pasanan dewaia theoi
Philopatrores kai Philadelphoi (dea bapa dan dewa pasangan adik-beradik
yang bercinta). Menurut kebanyakan sejarahwan, mereka mempunyai tiga orang
puteri, iaitu Cleopatra VI Tryphaena, Berenice IV dan Cleopatra VII. Auletes
pula dikatakan mempunyai tiga orang anak bersama isterinya yang lain yang tidak
dikenali, iaitu Arsinoe, Ptolemy XIII dan juga Ptolemy XIV.
Sementara itu,
sebahagian penyelidik mempercayai bahawa ibunda kepada kesemua anak Ptolemy
adalah Tryphaena. Namun, ia hanyalah satu andaian sahaja. Bercanggah dengan
andaian tersebut, Strabo menyebutkan bahawa Ptolemy XII hanya mempunyai tiga
orang puteri, iaitu Berenice IV, Cleopatra VII dan juga Arsinoe IV.
APA
YANG BERLAKU KEPADA TRYPHAENA?
Dinasti Ptolemaic
dikenali sebagai salah sebuah keluarga yang paling kejam dalam sejarah. Oleh
kerana itu, tidak mengejutkan seandainya nasib Tryphaena berakhir dengan
pembunuhan. Namanya hilang pada sekitar masa kelahiran Cleopatra VII pada tahun
69SM. Keadaan ini turut memungkinkan bahawa beliau meninggal dunia semasa
bersalin.
Pada tahun 68SM, tiada
lembaran papirus yang menyebutkan namanya. Manakala wanita yang mempunyai nama
yang sama, yang menjadi pemerintah-bersama Mesir dengan Ptolemy dan Berenice IV
hampir pasti merupakan puteri sulungnya.
Semasa Cleopatra VII
berusia 12 tahun, ayahandanya mengarahkan pembinaan sebuah tanda peringatan di
Kuil Edfu. Pada tanda peringatan tersebut, nama Cleopatra Tryphaena muncul di
sisi nama Ptolemy. Hal ini mengisyaratkan bahawa beliau bukanlah puteri kepada
Ptolemy, sebaliknya adalah isterinya. Inskripsi ini dan juga laporan-laporan
yang dikemukakan oleh Strabo cenderung menghadirkan pendapat bahawa kurangnya
kehadiran Cleopatra Tryphaena di dalam istana adalah disebabkan oleh isu lain,
bukannya disebabkan meninggal dunia.
Binaan pertama di Kuil Edfu yang didekorasi oleh Ptolemy XII pada 57SM dengan figura dirinya sendiri sedang memukul musuh |
Menurut teori lain,
Ptolemy menceraikannya sekaligus keadaan hidup Tryphaena pun berubah sama
sekali. Terdapat juga sejarahwan yang berpendapat bahawa kisah perjalanan hidup
Tryphaena sesudah tahun 69SM tersimpan di dalam sebuah kisah yang menceritakan
tentang pemerintah-pemerintah bersama Mesir yang menyokong pemerintahan Ptolemy
XII.
Jika apa yang
dikemukakan oleh Strabo itu benar, dan tiada puteri yang bernama Cleopatra
Tryphaena, maka wakil pemerintah yang mendokong firaun ini adalah merupakan
isterinya. Dalam erti kata lain, hal ini bermaksud bahawa peranannya di dalam
istana berubah sekaligus memberi kesan kepada kehidupan keluarganya.
Pada tahun 58SM,
masyarakat Mesir meminta supaya Ptolemy turun takhta. Untuk menyelamatkan
nyawanya, beliau pun akur dengan permintaan itu. Ketika Auletes membawa diri
keluar dari Mesir, para pemerintah-bersamanya menjadi pemerintah rasmi Mesir.
Tryphaena pula mangkat
beberapa bulan kemudian, tepatnya pada tahun 57SM akibat diracun oleh Berenice
IV yang enggan berkongsi takhta Mesir dengannya. Sejarah tidak menceritakan
secara terperinci lagi penuh tentang apa yang berlaku. Namun, pada tiga tahun
kemudian ketikamana Ptolemy XII kembali ke Mesir dan mengambil semula takhta,
beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas Berenice.
BAYANG
YANG MENYELUBUNGI SEORANG RATU
Berikutan
kemangkatannya, Cleopatra V Tryphaena berkemungkinan disemadikan di pemakaman
yang terletak di Iskandariah. Sejarahwan tidak mengetahui sama ada beliau
dikebumikan di makam raja-raja Ptolemies ataupun di Soma – makam Alexander
Agung yang menjadi tempat bersemadinya ramai pemerintah Ptolemaic.
Di samping itu, penting juga untuk dinyatakan di sini bahawa personaliti atau keperibadian puterinya, Cleopatra VII adalah sangat berbeza dengan bapanya. Hal ini menjadi kunci yang penting untuk mengenal pasti siapa sebenarnya Tryphaena. Adakah Cleopatra VII mirip dengan ibundanya?
Jalur keluarga terakhir
Ptolemaic yang amat rumit dan tidak lengkap ini masih lagi ketandusan maklumat,
dan kebanyakan maklumat itu pula telah pun dilupakan seiring peredaran masa.
SUMBER
- Aidan Dodson, Dyan Hilton. The Complete Royal Families of Ancient Egypt. 2004.
- Anna Swiderkowma, Siedem Kleopatr. 1978.
- Joann Fletcher, Cleopatra the Great. The woman behind the legend. 2008.
- http://www.tyndalehouse.com/egypt/ptolemies/cleopatra_v_fr.htm
- Get link
- X
- Other Apps