- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ismail Eddegdag. (29 Januari 2019). Muslim Communities in South America: Have
You Ever Heard of Guyanese Muslims? Mvslim.
https://mvslim.com/muslim-communities-in-south-amercia-have-you-ever-heard-of-guyana/
https://mvslim.com/muslim-communities-in-south-amercia-have-you-ever-heard-of-guyana/
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Islam mula tersebar
dari kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Arab Saudi. Lantaran itu, ia
lazim disinonimkan dengan penduduk Timur Tengah (oran Arab). Walau
bagaimanapun, agama sifatnya lebih besar berbanding sekadar asal-usul geografi.
Ajaran Islam tersebar secara meluas dengan pelbagai cara.
GUYANA
– NEGARA BERBILANG KAUM DAN AGAMA
Terdapat beberapa buah
negara di Amerika Latin yang secara majoritinya menganut agama Kristian. Namun,
di suatu kawasan yang terletak di antara Brazil dan Venezuela, terdapat sebuah
negara kecil yang kurang daripada 60% dari keseluruhan populasinya menganut
agama Kristian. Baki 40% itu diisi oleh penganut Hindu dan kaum Muslim. Negara
berbilang etnik ini adalah Guyana dan ia dihuni oleh kurang daripada sejutar
orang.
Suatu perkara lagi yang
menarik tentang Guyana ini adalah ia merupakan sebuah negara yang menuturkan
bahasa Inggeris dan bukannya Sepanyol seperti kebanyakan negara di Amerika
Selaan yang lain. Hal ini disebabkan oleh kerana Guyana merupakan negara koloni
United Kingdom sehingga tahun 1966. Justeru, tidak hairanlah sekiranya Guyana
sangat berbeza dengan kebanyakan negara di Amerika Selatan.
Ketika era kolonial di
negara ini, ramai Fula dibawa masuk ke Guyana untuk bekerja sebagai buruh atau
hamba. Fula adalah masyarakat yang hidup di beberapa buah negara di Afrika
Barat. Melalui mereka inilah Guyana buat pertama kalinya berhubungan dengan
agama Islam. Namun malangnya, buruh-buruh ini dihalang daripada mengamalkan
kepercayaan mereka dengan aman. Identiti mereka yang satu ini dirampas daripada
mereka. Pun begitu, sebahagian daripada mereka masih lagi berpegang kepada
agama Islam dan mereka ini masih jua dipanggil sebagai Fula.
PENGARUH
KOLONIALISME
Gelombang Islam kedua
yang diterima oleh Guyana berlaku pada tahun 1838, tahun di mana negara itu
baru sahaja menjadi negara koloni United Kingdom. Di negara koloni United
Kingdom yang lain iaitu India, mereka giat mencari tenaga kerja untuk dihantar
bekerja di Guyana. Sepanjang 80 tahun berikutnya, hampir 250 000 orang dari
kawasan sempadan India dibawa ke negara tersebut di mana sebahagian besar
daripada mereka berlatar-belakang dari Afghan. Penghuni-penghuni baru Guyana
ini secara umumnya menuturkan bahasa Urdu dan 84% daripada mereka menganut
agama Hindu manakala bakinya pula beragama Islam.
Pada hari ini, penduduk
Guyana hidup bersama secara aman. Namun, tidak dapat dipastikan secara tepat
berapakah jumlah Muslim di Guyana. Namun, anggaran tersebut berlegar antara 7%
hingga 10%. Bilangan masjid di Guyana pula adalah sekitar 150 buah masjid.
Jika pembaca masih
belum cukup yakin untuk melawat Guyana, mungkin ini boleh membantu anda: agama
Islam diperakui oleh pihak pemerintah di sana. Dalam erti kata lain, Hari Raya
Korban dan Maulid Nabi merupakan cuti umum di Guyana. Maka, mulalah
bersiap-siap kerana Amerika Selatan menantikan kunjungan anda!
- Get link
- X
- Other Apps