- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (9 Oktober 2013). Did China discover America 70 years before
Columbus? Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/did-china-discover-america-70-years-columbus-00905
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/did-china-discover-america-70-years-columbus-00905
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Baru-baru ini, kami ada
membuat laporan tentang sebuah buku baharu yang dikarang oleh seorang ahli
fizik dan filologi dari Itali bernama Lucio Russo yang melampirkan dakwaan
kontroversi bahawa kononnya, orang-orang Yunani telah menemukan benua Amerika jauh
lebih awal sebelum Christopher Columbus menjejakkan kaki di sana pada tahun
1492. Kini, seorang sejarahwan lain pula mengutarakan pendapat bahawa bansa
Cina juga meneroka Dunia Baru 70 tahun lebih awal berbanding Columbus.
Sejarahwan amateur yang
bernama Gavin Menzies yang mengeluarkan pendapat berkenaan pernah mengarang
tiga buah buku yang sangat kontroversi: ‘1421: The Year China Discovered the
World’ yang di daamnya beliau mendakwa bahawa sebuah armada Cina yang diketuai
oleh Laksamana Zheng He berlayar dan tiba di Amerika pada tahun 1421. Begitu
juga dengan buku lanjutannya, iaitu ‘1434: The Year A Magnificent Chinese Fleet
Sailed to Italy and Ignited the Renaissence’. Beliau juga mengarang sebuah buku
yang juga menerima kritikan meluas, berjudul, ‘The Lost Empire of Atlantis:
History’s Greatest Mystery Revealed’.
Walau bagaimanapun,
adakah terdapat sebarang bukti bagi menyokong dakwaan-dakwaan yang dilakukan
oleh Menzies itu? Di dalam sebuah buku terbarunya yang berjudul, ‘Who
Discovered America: The Untold History of the Peopling of the Americas’,
Menzies melampirkan sebuah peta Cina bertarikh 1418 yang menurutnya, menyokong
dakwaannya bahawa bangsa Cina telah meneroka Amerika pada tahun 1421. Peta yang
dilukis oleh Laksamana Zheng He itu menunjukkan lokasi sungai-sungai dan
pantai-pantai di Amerika Utara serta benua Amerika Selatan dengan agak
terperinci. Menzies juga menyatakan bahawa penanda DNA ada membuktikan bahawa
suku Indian dan masyarakat-masyarakat asli yang lain mempunyai jalur keturunan
yang terkait dengan sejumlah penghuni Asia yang dipercayai menetap di sana.
Menzies mendakwa bahawa
peta tersebut sudah pun diperakui kesahihannya oleh seorang penilai dari Christie’s
Auctions (Rumah Bidaan Christie) dan
sepasukan sejarahwan yang menyimpulkan bahawa ia ditulis di zaman Dinasti Ming,
suatu zaman yang berlangsung dari tahun 1368 hingga 1644 Masehi. Bukti peta
tersebut diperkuatkan lagi dengan nama-nama Cina di sejumlah bandar dan daerah
di Peru.
Walau bagaimanapun,
teori yang diutarakan oleh Menzies ini ditolak dan dikritik secara meluas oleh
komuniti akademik arus perdana. Pada tahun 2008, seorang profesor sejarah dari
University of London yang bernama Felipe Fernandez-Arnesto menyifatkan
buku-buku Menzies sebagai ‘buku-buku sejarah yang boleh disamakan dengan
(kisah) Elvis Presley (memasuki sebuah pasar raya) dan bertembung dengan
tikus-tikus makhluk asing.”
Teori Menzies ini
berkemungkinan tidaklah benar. Akan tetapi, cukup menyedihkan bagi kita apabila
melihat dunia pada hari ini memperlihatkan mana-mana individu yang berani
menghadirkan hipotesis alternatif yang berlainan dengan perspektif arus perdana
menerima cemuhan dan penghinaan yang meluas.
- Get link
- X
- Other Apps
