- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (16 Julai 2013). Archaeologists Discover Rare Seventh century
Islamic dwelling in Qatar. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/archaeologists-discover-rare-seventh-century-islamic-dwelling-qatar-00657
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/archaeologists-discover-rare-seventh-century-islamic-dwelling-qatar-00657
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ahli-ahli arkeologi
terkesima dengan sebuah penemuan luar biasa yang bahagian selatan al-Wakrah,
Qatar – iaitu sisa runtuhan dan tinggalan petempatan Islam kurun ke-7 yang
terpelihara dengan baik. Pentarikhan radiokarbon yang dilakukan mendapati
rumah-rumah di petempatan berkenaan dibangunkan pada tempoh antara tahun 600
hingga 630M dan ianya dihuni selama 100 tahun.
Penemuan ini, yang
berjarak hanya 1 kilometer dari pantai, dilakukan pada 6 bulan yang lalu
(Januari 2013). Namun, signifikasi yang dimiliki petempatan ini tidak dapat
dikesan dengan serta-merta memandangkan terlalu sedikit bahagiannya yang timbul
dan kelihatan di permukaan tanah. Justeru, kerja-kerja ekskavasi perlu
dilakukan bagi mengenal pasti struktur berkenaan.
Setelah gundukan pasir
dan puing-puing yang tebal dibuang, sosok fizikal petempatan purba tersebut
mula jelas kelihatan, mendedahkan tiga buah ruangan besar yang salah satunya
dipecahkan menjadi sebuah bilik peribadi yang lebih kecil. Dinding-dindingnya
diperbuat daripada kepingan batu-batuan pantai dan lumpur yang rata. Proses
ekskavasi yang teliti turut berjaya menemukan beberapa buah perdiangan yang
mengandungi sejumlah serpihan tembikar, tulang ikan dan cengkerang.
“Bahan bukti ini
membantu kami untuk memahami hidangan yang dimakan oleh penghuni petempatan ini
dan bagaimana mereka menyediakan hidangan. Kesemua bahan yang dinaikkan ini
telah pun dibersihkan agar kami dapat membawa pulang walau sekecil-kecil
artifak sekalipun, termasuklah tulang ikan-ikan kecil dan moluska-moluska
laut,” jelas Fatima Merekhan, seorang anggota Qatar Museums Authority (QMA).
Menariknya, petempatan
ini berdiri di tepi pantai tersebut secara tunggal tanpa ada
petempatan-petempatan jiran, memandangkan tiada bukti penemuan runtuhan
struktur lain di kawasan tersebut.
“Tapak-tapak dari zaman
ini tersangatlah jarang (ditemukan), tidak hanya di Qatar akan tetapi di
seluruh rantau Teluk,” ujar Faisal al-Naim, Ketua Jabatan Barangan Antik di
QMA. Penemuan ini menambahkan lagi kefahaman terhadap warisan negara itu di
samping berupaya membantu ahli-ahli arkeologi untuk melindungi tapak-tapak yang
memiliki signifikasi sejarah dari dicabuli pembangunan pesat dan projek-projek
infrastruktur berskala besar yang dijalankan di Qatar.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Ahli Arkeologi Menemukan Petempatan Islam Kurun ke-7 Masehi Di Qatar’
- Get link
- X
- Other Apps
