35 BUAH PIRAMID DITEMUI DI SUDAN DENGAN PERKAITAN MENARIK DENGAN MESIR PURBA

Pautan ke artikel asal:
Ancient Origins. (9 Mac 2013). 35 Pyramids Uncovered in Sudan with Intriguing Links to Ancient Egypt.
https://www.ancient-origins.net/news-archaeology/35-pyramids-uncovered-sudan-intriguing-links-ancient-egypt-00188

Penterjemah: Amir Zayyanid


Arkeologis telah menjumpai sebuah penemuan mengagumkan di Sedeinga, Sudan yang melibatkan sebanyak 35 buah piramid yang berada saling berhampiran. Turut ditemukan juga sejumlah artifak penting lain. Tapak tersebut merupakan sebahagian daripada wilayah Kerajaan Kush purba, yang pada masa dahulu pernah berkongsi sempadan dengan Mesir.

Piramid-piramid ini berusia sekitar 2000 tahun. Walaupun seni binanya dipengaruhi secara kuat oleh seni bina permakaman Mesir, saiznya jauh lebih kecil berbanding piramid-piramid Mesir dengan ukuran lebarnya bermula daripada 22 sehingga hanya 30 kaki.

Walau bagaimanapun, piramid-piramid ini mendedahkan perkaitan menarik yang wujud di antara Kerajaan Kush dan Mesir purba. Sebahagian artifak yang ditemukan di tapak berkenaan mempunyai gambaran Dewa-Dewa Mesir. Misalnya, terdapat sebuah tablet pemujaan yang didekorasi dengan ilustrasi Dewa Anubis dan satu dewi yang dipercayai sebagai Isis.

Ketika artikel ini disiarkan (9 Mac 2013), kerja-kerja ekskavasi di tapak berkenaan masih sedang dijalankan.