- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ancient Origins. (13 Mac 2013). Archaeologists Unearth 12 000 Year Old
Settlement in Berkshire.
https://www.ancient-origins.net/news-archaeology/archaeologists-unearth-12000-year-old-settlement-berkshire-00206
https://www.ancient-origins.net/news-archaeology/archaeologists-unearth-12000-year-old-settlement-berkshire-00206
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sejak tahun 2003,
sepasukan penyelidik dari Wessex Archaeology telah menjalankan kerja-kerja
penyelidikan di sebuah kawasan besar di Horton, Berkshire yang digunakan
sebagai petempatan bagi masyarakat di zaman Ais yang lalu (kira-kira 12 000
tahun lepas).
Di kawasan tersebut,
empat buah rumah zaman Neolitik yang berusia 6000 tahun turut ditemukan
sekaligus menjadikannya sebagai rumah-rumah tertua di Britain. Pentarikhan
rumah-rumah tersebut dilakukan dengan menggunakan kaedah pentarikhan karbon
pada benda organik yang terdapat di sekitar tapak berkenaan (sisa makanan).
Mereka juga berhasil menemui sejumlah peralatan, tembikar, mata anak panah dan
batu penggiling.
Penemuan rumah-rumah
ini membutkikan bahawa masyarakat di zaman tersebut berkemungkinan mempunyai
pengetahuan tentang teknik pembinaan menggunakan kayu. Kerja-kerja ekskavasi
masih dijalankan semasa artikel ini disiarkan (13 Mac 2013) dan lebih banyak
petempatan dijangka akan ditemui.
- Get link
- X
- Other Apps
