- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (16 Mei 2013). Builders destroy 2300-year-old Mayan pyramid to
make new road. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/builders-destroy-2300-year-old-mayan-pyramid-make-new-road-00450
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/builders-destroy-2300-year-old-mayan-pyramid-make-new-road-00450
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sebuah piramid Maya
setinggi 100 kaki di kompleks Nomlu yang terletak di Belize telah dimusnahkan
oleh pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan di mana mereka menggunakan
struktur purba berusia 2300 tahun itu untuk dijadikan sebagai bahan-bahan untuk menurap
jalan. Namun, ahli-ahli arkeologi yang berdukacita dengan kejadian ini meyakini
bahawa tidak mungkin ianya berlaku secara tidak sengaja memandangkan kompleks
Nohmul, iaitu tapak Maya yang paling penting di Belize agak terkenal dan
piramid itu sendiri adalah sebuah binaan yang menonjol. Tambahan lagi,
batu-batu piramid tersebut dapat dilihat secara jelas.
“Kami benar-benar tidak
percaya betapa dangkal dan tidak sensitifnya mereka… mereka menggunakan piramid
ini untuk menurap jalan,” ujar Jaime Awe, ketua Institut Arkeologi Belize.
Pekerja-pekerja syarikat
pembinaan berkenaan menggunakan sejumlah jentolak dan penggali untuk
meruntuhkan bahagian sisi piramid setinggi 100 kaki itu, lalu meninggalkan
struktur tunggal batu kapur di tengah-tengahnya. Pihak polis di Belize
menjalankan penyiasatan jenayah untuk mengenal pasti sama ada sebarang dakwaan
boleh dikenakan ke atas syarikat pembinaan tersebut. Namun malangnya, ini bukan
kali pertama bangunan binaan tamadun Maya menjadi sasaran para pekerja syarikat
pembinaan untuk dijadikan sebagai bahan-bahan binaan. Perkara ini telah pun
menjadi suatu permasalahan endemik di Belize dan banyak binaan purba telah
menjadi mangsa.
Walau bagaimanapun,
kejadian paling terbaharu ini membuatkan ramai pihak kelu seribu bahasa,
lantaran memikirkan betapa besarnya saiz piramid tersebut dan betapa ia
terletak di tengah-tengah tapak tamadun Maya yang sangat masyhur di kawasan
tersebut. Masih banyak yang boleh dipelajari daripada piramid tersebut, dan hal
ini membuatkan kehancurannya itu adalah suatu perkara yang amat dikesali.
Pasukan-bertindak
komuniti bernama Citizens Organized for
Liberty Through Action di Belize menyatakan bahawa tindakan memusnahkan
tapak arkeologi tersebut sebagai ‘satu contoh pencabulan dan ketidakhormatan
terhadap alam dan sejarah.” Ramai yang meminta agar perbuatan tersebut disikapi
sama seperti jenayah besar, di mana orang-orang yang bertanggungjawab ke atas
kerosakan atau kehancuran itu dihumban ke dalam penjara.
Terdapat banyak binaan Maya
yang memberikan petunjuk tentang kepentingan yang diletakkan oleh tamadun
tersebut pada kompleks astronomi dan kosmologinya, di mana banyak piramid
binaan mereka dibangunkan pada sudut yang menghadap matahari terbenam atau
terbit pada waktu-waktu tertentu pada sepanjang tahun.
- Get link
- X
- Other Apps
