- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ed Whelan. (6 Disember 2019). 1700-year-old Intact Egg Found at Roman Site.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/roman-era-egg-0012961
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/roman-era-egg-0012961
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ahli-ahli arkeologi di
Britain telah melakukan satu penemuan yang sangat jarang, namun sangat
signifikan. Mereka berhasil menjumpai sebiji telur yang masih lengkap, berusia
kira-kira 1700 tahun dan berasal dari zaman pemerintahan Empayar Rom. Ia
merupakan satu-satunya telur sempurna dari era tersebut yang pernah ditemui di
Kepulauan British. Penemuan jarang ini dianggap penting memandangkan ia
memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang kepercayaan dan amalan ritual
masyarakat Rom-Britain.
Penemuan ini dilakukan
oleh Oxford Archaeology yang menjalankan penyelidikan di tapak pembangunan
perumahan dan komuniti Berryfields yang terletak berhampiran Aylesbury,
Buckinghamshire. Penyelidikan tersebut telah dijalankan selama sembilan tahun.
Di tapak ini, mereka menemui sebuah “petempatan Zaman Besi pertengahan dan
kawasan pertanian terpencil yang diperkirakan oleh ahli-ahli arkeologis sebagai
petempatan Fleet Marston”, menurut Oxford Archaeology. Tapak ini terletak
berhampiran sebuah jalan raya besar dan suatu masa dahulu, ia merupakan sebuah
pusat perdagangan, pentadbiran dan pertanian yang penting.
TELUR
DITEMUI DI SEBUAH BANDAR ROM
Sepanjang
bertahun-tahun lamanya melakukan penyelidikan, para arkeologis berhasil
menemukan banyak artifak yang mengagumkan, yang usianya menjangkau kurun
pertama hingga kurun ke-4 Masehi, tempoh di mana tapak tersebut mula
ditinggalkan. Antara barangan yang ditemui ini termasuklah syiling, tembikar
dan barangan logam. Daily Mail melaporkan bahawa kesemua barangan ini
memberikan maklumat yang lebih mendalam berkenaan “petempatan Fleet Marston
yang sebelum ini hanya difahami menerusi penemuan tidak sengaja".
Ahli-ahli arkeologi
yang menjalankan penyelidikan di kawasan ini, yang agak berlopak dengan air,
bertembung dengan sejumlah mendapan di sebuah lubang atau tapak yang
diekskavasi. Barangan di sini kebanyakannya bersifat organik, justeru banyak
yang telah hancur seiring peredaran masa. Antara barangan yang ditemui itu
termasuklah kasut-kasut kulit, barangan kayu dan bakul rotan yang mungkin
pernah digunakan untuk mengisi roti.
Tinggalan sebatang
pokok dan timbunan kayu dari sebuah jambatan turut ditemui di sana. Edward
Biddulph dari Oxford Archaeology menyatakan bahawa ‘lubang atau tapak arkeologi
tersebut berkeadaan berlecak dan hal ini membantu dalam memelihara kebanyakan
artifak organik yang tersembunyi di dalamnya,” lapor BBC.
![]() |
| Telur-telur ini ditemui di sebuah tapak Rom yang digenangi air |
TELUR-TELUR
AYAM DARI ZAMAN EMPAYAR ROM
Antara barangan organik
yang ditemui adalah empat biji telur, yang dimaklumkan ia adalah telur ayam. Kesemua
telur ini ditemui dalam keadaan sempurna. Namun, ketika ia dipindahkan, tiga
daripadanya telah pecah memandangkan keadaannya yang sangat rapuh. Telur-telur
yang pecah itu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Keadaan ini tidaklah
menghairankan memandangkan usianya yang sudah terlalu tua.
Namun, salah satu telur
itu berjaya dipindahkan dengan selamat setelah diusahakan dengan penuh teliti
dan cermat. Telur-telur ini dianggap penting memandangkan ia adalah
satu-satunya kumpulan telur yang ditemui, sebelum ini di Britain, terutamanya
dari tapak-tapak era Rom.
![]() |
| Ahli-ahli arkeologi berusaha untuk mengelak dari merosakkan telur ketika kerja-kerja pemindahan |
Ahli-ahli arkelogi
berupaya menemukan satu-satunya telur ayam yang berkeadaan sempurna dari zaman
Rom-Britain. Menemukan telur lengkap dari zaman lalu merupakan suatu perkara
yang sanat sukar. Justeru, penemuan telur berusia 1700 tahun ini sangat
mengagumkan. BBC melaporkan bahawa Biddulph menyatakan bahawa penemuan telur
sempurna dan barangan organik lain itu sebagai sesuatu ‘yang menjangkaui
jangkaan’.
TELUR
PURBA DI PERIGI HAJAT ERA ROM
Untuk memahami mengapa
telur-telur ini dan juga barangan lain boleh berada begitu sahaja di tanah
(tanpa disimpan dengan baik), kita terlebih dahulu perlu memahami di kawasan
mana ia ditemui. Tapak tersebut diyakini pada suatu masa dahulu merupakan
sebuah lubang yang dipenuhi air, yang mungkin memiliki fungsi yang sama seperti
perigi hajat, di mana orang ramai akan mencampakkan barangan ke dalam lubang
tersebut untuk memanjatkan hajat ataupun doa. Sebuah cermin Rom dan beberapa
buah periuk turut ditemui di lokasi itu, bersama barangan organik lain.
Terdapat juga
kemungkinan bahawa telur-telur dan bakul rotan yang ditemui itu merupakan
makanan sembah korban yang diberikan kepada si mati, yang mungkin diutarakan
sesudah selesainya upacara pengebumian. Perbuatan ini merupakan satu kelaziman
dalam adat pengebumian di era klasik. Telur adalah satu simbolik yang tinggi,
di mana masyarakat purba dan “dalam masyarakat Rom sendiri, telur dipercayai
sebagai simbol kesuburan dan kelahiran semula”, menurut Daily Mail.
![]() |
| Tinggalan bakul oak dan willow turut ditemui di tapak sama di mana telur itu ditemui |
Telur-telur ini
dikaitkan secara khusus dengan Dewa Mercury dari Rom, dan Mithra dari Parsi.
Telur-telur ini berkemungkinan diletakkan di dalam lubang berair tersebut untuk
mendapatkan bantuan daripada salah satu dewa itu.
Kerja-kerja ekskavasi
ini didanai oleh syarikat pembinaan Berryfield Consortium. Galian tersebut
selesai dilakukan pada tahun 2016 dan sepanjang tiga tahun yang lalu, para
penyelidik melakukan penganalisaan ke atas sejumlah penemuan secara teliti dan
cermat. Sebuah monograf yang “merincikan hasil-hasil kerja lapangan dan
analisis bagi sejumlah besar artifak dan bukti lapangan,” telah pun disiarkan
pada tahun ini, lapor Oxford Archaeology.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Telur Sempurna Berusia 1700 Tahun Ditemui Di Sebuah Tapak Arkeologi Rom’
- Get link
- X
- Other Apps



