- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (26 Julai 2014). The Stolen Treasure of Montezuma. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-americas/stolen-treasure-montezuma-001909
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-americas/stolen-treasure-montezuma-001909
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Pada tahun 1519,
seorang conquistador Sepanyol yang bernama Hernan Cortes tiba di pinggir
bandar Tenochtitlan, ibu kota Empayar Aztec. Dikatakan bahawa bagi maharaja
Aztec, Montezuma II (Moctezuma II), Cortes dan tentera-tenteranya dianggap
sebagai dewa. Cortes sendiri disifatkan sebagai dewa Aztec yang pulang, iaitu
Quetzalcoatl. Justeru, para conquistador Sepanyol ini disambut oleh
Montezuma dengan gilang-gemilang (ada juga sejarahwan yang membantah pandangan
ini). Namun kemudiannya, mereka mengkhianati Montezuma dan seluruh masyarakat
Aztec.
Montezuma memberikan
emas kepada Cortes dan tentera-tenteranya dengan harapan mereka dapat pergi.
Namun, rasuah ini gagal mengusir para conquistador Sepanyol itu.
Sebaliknya, ia hanya menyalakan lagi ketamakan pihak Sepanyol terhadap emas.
Sebagai susulan, Cortes
memutuskan untuk menjadikan Montezuma sebagai tawanan.
Kemudian dengan bantuan
sekutu tempatan dari Tlaxcalan, tentera-tentera Sepanyol ini mendirikan
pangkalan di salah sebuah kuil di kota dan mula menjarah Tenochtitlan bagi
mendapatkan harta-kekayaannya. Sepanjang pendudukan mereka yang berlangsung
selama berbulan-bulan ini, ramai penduduk Tenochtitlan diseksa dan dibunuh oleh
tentera-tentera Cortes yang mahu menjarah sebanyak mungkin kekayaan Aztec.
![]() |
| Kota Tenochtitlan |
Walaupun masyarakat
Aztec tidak menggemari tindakan kejam penjajah Sepanyol ini, mereka tidak
melakukan sebarang tindakan. Kekejaman terakhir berlaku pada lewat Mei 1520,
apabila para conquistador ini membunuh ramai bangsawan Aztec dalam
sebuah festival keagamaan di kuil utama Tenochtitlan.
Keadaan ini mencetuskan
reaksi agresif dari masyarakat Aztec yang bangkit memerangi penjajah. Pihak
Sepanyol habis dikebung. Sebagai cubaan untuk menyelamatkan diri, mereka
menggunakan Montezuma bagi menenteramkan masyarakat Aztec. Namun, hal ini juga
berakhir dengan kegagalan dan Montezuma sendiri terbunuh, sama ada akibat
cedera teruk yang disebabkan oleh tentera Sepanyol sendiri ataupun disebabkan
batu yang dilontar oleh penduduk Tenochtitlan.
![]() |
| Kematian Montezuma |
Sepanyol hanya memiliki
satu pilihan, iaitu melarikan diri dari kota. Memandangkan pihak Aztec telah
menghancurkan kesemua jambatan yang menghubungkan Tenochtitlan dengan tanah
besar, tentera-tentera Sepanyol terpaksa membina sebuah jambatan mudah alih.
Pada malam 1 Julai 1520, mereka berjaya meloloskan diri. Namun, pergerakan
mereka berjaya dikesan dan masyarakat Aztec menyerang dan membunuh ramai dari
mereka. Insiden ini dikenali sebagai La Noche Triste (Malam Duka).
Pada malam berdarah
itu, Cortes tidak hanya kehilangan ramai tentera, akan tetapi harta kekayaan
yang dikumpulkan sepanjang bulan-bulan sebelumnya turut terpaksa dilepaskan.
Semasa mereka melarikan diri, banyak harta yang dibuang bagi meringkan bebanan.
Ada juga sebahagian daripada mereka yang terbunuh kerana berkeras mahu
menyimpan harta-harta tersebut. Harta-benda yang banyak ini kemudiannya
dikenali sebagai ‘Harta-Karun Montezuma’. Sama seperti kisah-kisah tentang
harta karun yang lain, banyak legenda kemudiannya menyelubungi ‘Harta-Karun
Montezuma’.
Satu-satunya perkara
yang pasti tentang harta karun Montezuma ini adalah ia masih belum ditemukan
sehingga ke hari ini. Banyak teori yang dikemukakan berkenaan lokasi harta
karun tersebut. Antaranya, teori yang paling popular berpendapat bahawa ia
terletak tepat di tempat ia ditinggalkan, yakni dasar Tasik Texcoco. Namun,
ramai pemburu harta karun sudah pun meneroka tasik tersebut namun tiada yang
menemukan sebarang harta. Salah seorang bekas presidon Mexico juga pernah
mengorek tasik itu. Namun seperti yang dijangka, tiada apa yang dapat
ditemukan.
Teori lain mendakwa
bahawa harta-karun itu diambil semula oleh pihak Sepanyol semasa mereka kembali
ke Tenochtitlan. Namun, kapal yang mengangkutnya pulang ke Sepanyol karam
akibat dibadai ribut.
Salah satu teori yang
dianggap paling menarik adalah harta karun itu dikatakan telah berpindah ke
utara dan kemudiannya tersimpan di Utah. Mungkin, Harta Karun Montezuma ini
akan terus tersembunyi atau bahkan hilang, terselamat dari tangan manusia yang
rakus.
Pahlawan-pahlawan dan
orang awam Aztec meninggalkan kota Tenochtitlan sebaik pihak Sepanyol
melancarkan serangan tanpa belas kasihan. Walaupun setelah menyerah kalah,
ribuan orang awam dibunuh dan harta-benda mereka habis dijarah. Menurut
Manuskrip Florentine, sebanyak 240 000 orang Aztec mati dalam tempoh 8 hari.
Selepas dikepung selama tiga bulan, kota Tenochtitlan tumbang pada tanggal 13
Ogos 1521. Peristiwa ini menandakan tumbangnya Empayar Aztec dan Cortes menjadi
pemerintah empayar Mexico yang luas.
SUMBER
- Burns, C.M. 2008. Montezuma’s Gold.
- Curiosity.com. 2011. Is Montezuma’s treasure buried under Mexico City?
- Editors of Publications International. LTD. 2014. 6 of the World’s Greatest Missing Treasures.
- Wikipedia. 2014. Moctezuma II.
- Wikipedia. 2014. Spanish Conquest of the Aztec Empire.
- BC-Alter. 2014. The Lost Treasure of Mexico.
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Harta Karun Maharaja Montezuma Empayar Aztec Yang Hilang’
- Get link
- X
- Other Apps


