- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (28 Januari 2013). Celtic Myths on creation. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/human-origins-folklore/celtic-myths-creation-0072
https://www.ancient-origins.net/human-origins-folklore/celtic-myths-creation-0072
Penterjemah:Amir Zayyanid
Mitologi Celtic tidak
mengutarakan satu versi atau perincian tunggal tentang penciptaan, sebagaimana
agama-agama dan mitologi-mitologi lain lakukan. Namun, beberapa mitos Celtic
menyebutkan bahawa langit dan bumi diciptakan oleh gergasi-gergasi, dianggap
oleh mereka sebagai dewa-dewa purba yang asli. Menurut mitos Celtic yang lain,
penciptaan dilakukan oleh dewa pertama, menerusi melodi yang dimainkan oleh
hembusan nafasnya.
Perenggan berikut
diambil daripada mitos Celtic yang mendakwa bahawa alam ini pada permulaannya
tidak mempunyai satu pun hidupan, termasuklah dewa-dewa. Namun, dunia ketika
itu terdiri daripada daratan dan laut.
“Suatu masa dahulu,
masa masih belum wujud dan saat itu tiada satu pun dewa mahupun manusia
berjalan di atas daratan. Namun, terdapat lautan di dunia pada masa itu, di
mana ketika lautan ini bertemu dengan daratan, maka lahirlah seekor kuda putih
yang diperbuat daripada buih-buih laut. Dan namanya adalah Eiocha.”
Penciptaan dilanjutkan.
Daripada sebatang pokok oak yang tumbuh di daratan, bercambah satu tumbuhan. Di
sinilah Eiocha melahirkan dewa pertama, Cernunnos. Cernunnos berpasangan dengan
Eioch dan melahirkan lebih ramai dewa. Namun, dewa-dewa ini berasa kesunyian
lantaran tiada siapa yang dapat mereka perintahkan dan tiada siapa yang memuja
mereka. Maka, daripada kulit kayu batang oak tadi mereka ciptakan lelaki dan
wanita pertama. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain. Gergasi juga dilahirkan
daripada kulit kayu sebatang pokok yang dicampakkan oleh Eiocha ke dalam laut.
Tiada perincian atau
kisah yang lebih spesifik dapat ditemukan dalam mitos-mitos Celtic. Asal-usul
kisah-kisah di atas juga tidak dapat diketahui secara khusus, justeru tidak
dapat dipastikan sama ada ia benar-benar kisah asli atau sekadar rekaan di
zaman-zaman terkemudian. Memandangkan kebanyakan mitos Celtic pada suatu ketika
dahulu hanya dipelihara secara lisan, maka pengaruh-pengaruh Kristian di zaman
terkemudian mungkin telah mengubahnya.
- Get link
- X
- Other Apps
