- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
April Holloway. (4 April 2013). Creation Myth of the Maori – New Zealand.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/human-origins-folklore/creation-myth-maori-new-zealand-00305
https://www.ancient-origins.net/human-origins-folklore/creation-myth-maori-new-zealand-00305
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Maori adalah masyarakat
asli di New Zealand. Sama seperti kaum-kaum lain, Maori mempunyai mitos-mitos
berkaitan penciptaan dunia dan manusia. Menurut mereka, alam ini dimulai dengan
kekosongan dan ketiadaan makhluk. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘Te Kore’ oleh
Maori.
Kemudiannya, muncul dua
dewa iaitu Ranginui atau Rangi si dewa langit dan Papatuanuku atau Papa si dewi
bumi. Kedua-dua dewa ini kemudian berpasangan sehingga memunculkan enam dewa
lain; Tawhiri si dewa cuaca; Rongo si dewa tuaian; Tu si dewa perang; Tanaroa
si dewa laut; Tane si dewa hutan; dan Haumia si dewa tumbuhan.
Menurut mitos,
dewa-dewa anak ini tidak mempunyai ruang yang cukup untuk hidup lantaran kedua
ibu bapanya sangat rapat. Hal ini mengakibatkan lahirnya usaha untuk memisahkan
Rangi dan Papa supaya mereka memperoleh ruang yang lebih luas. Dewa-dewa
generasi anak ini memberontak dan berjaya memisahkan kedua ibu bapa mereka,
terutama apabial Tane memotong tangan bapanya, Rangi, agar beliau tidak lagi
dapat mendakap Papa. Dengan demikian, mereka pun dapat melihat cahaya dan
langit buat pertama kali.
Kemudian, pergaduhan
tercetus dalam kalangan dewa generasi anak ini, dengan bermotifkan kuasa, iri
hati dan kemarahan. Walaupun mereka bersepakat untuk memisahkan kedua ibu bapa
mereka, Tawhiri (Tawhirimatea) si dewa cuaca dan ribut naik marah setelah
melihat kedua ibu bapanya menangis. Beliau lantas menyerang adik-beradiknya
hinggakan pada satu tahap, Papa terpaksa menyorokkan anak-anaknya yang lain
demi menyelamatkan mereka dari amukan Tawhiri.
Manusia mula tercipta
apabila dewa hutan, Tane (Tanematua) membentuk manusia daripada tanah merah dan
meniup ke dalamnya. Tane melakukan sejumlah percubaan untuk mencipta dan
menggerakkan makhluk. Pada masa-masa inilah pelbagai jenis pokok tercipta.
Beliau pada akhirnya meminta bantuan si ibu, Papa yang kemudian mencadangkannya
dengan suatu proses yang begitu sama seperti yang dilaksanakan dalam kebanyakan
mitos dan agama di seluruh dunia. Cumanya, terdapat satu perbezaan ketara iaitu
dalam mitos Maori, manusia pertama yang diciptakan adalah wanita.
- Get link
- X
- Other Apps
