- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ed Whelan. (7 Disember 2018). Navala, Fiji: A Village of Exquisite Beauty and
Fascinating Culture. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places/navala-fiji-0011115
https://www.ancient-origins.net/ancient-places/navala-fiji-0011115
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Fiji terkenal dengan
pantai-pantainya yang indah. Namun, negara di Laut Pasifik ini kurang dikenali
menerusi sejarah dan budayanya. Di Fiji, masyarakat yang mengamalkan kehidupan
tradisional masih wujud dan para pengunjung boleh melihat dan merasai sendiri
keunikan tersebut.
Salah satu lokasi yang paling istimewa di kepulauan berkenaan
adalah Kampung Navala. Di kampung ini, penduduknya masih menjalani kehidupan
seperti di zaman dahulu. Lantaran itu, dengan ditambah oleh keindahan
pemandangan, Kampung Navala menjadi destinasi pelancongan yang semakin
meningkat naik.
SEJARAH RINGKAS FIJI
Fiji adalah sebahagian
dari Melanesia dan ia telah didiami oleh masyarakat Austronesia sejak 4000
tahun lalu. Kepulauan ini dihuni oleh pelbagai masyarakat tang berbeza dan
keadaan ini membawa kepada kepelbagaian yang bukan kecil di Fiji. Sejumlah budaya
dan tamadun yang maju timbul di kepulauan ini. Asas-asas penulisan dan sistem
kewangan antara bidang yang sudah pun dibangunkan oleh masyarakat awal di Fiji.
Abel Tasman, seorang
pengembara Belanda adalah orang Eropah pertama yang mengunjungi pulau tersebut
pada kurun ke-17. Captain Crook pula meneroka kepulauan itu pada kurun ke-18.
![]() |
| Captain James Crook |
Fiji kemudiannya
menjadi koloni British walaupun ditentang dengan keras oleh puak-puak tempatan
yang bertekad mahu kekal merdeka dan mahu mengekalkan budaya dan agama mereka.
Namun, penentangan masyarakat asli di Fiji ini menemui kegagalan dan British
terus mendominasi kepulauan itu selama berdekad-dekad sambil membangunkan
banyak ladang gula.
Masyarakat Fiji ditukarkan agamanya kepada Kristian. Namun,
mereka masih berupaya mengekalkan tradisi dan identiti budaya yang diwarisi
sejak dahulu kala. Inilah faktor yang menjadikan kepulauan itu sangat unik.
LOKASI KAMPUNG NAVALA
Kampung Navala terletak
di Pulau Levu, yang sebelum ini dikenali sebagai Pulau Cendana. Ibu kota Fiji,
iaitu Suva, juga terletak di Pulau Levu.
Navala berjarak
kira-kira 2 jam perjalanan dari Suva. Ia terletak di tanah tinggi Nausori, yang
sekelilingnya dipenuhi dengan hutan. Kawasan ini sememangnya memiliki keindahan
alam semula jadi yang sangat signifikan buat Fiji. Di sana juga banyak lembah
dan gunung. Daripada gunung-ganag ini, kita dapat menikmati keindahan Fiji dan
melihat gugusan Pulau Yasawa di ufuk.
TARIKAN KAMPUNG NAVALA
Kampung Navala
ditubuhkan sekitar 200 tahun lalu, ketika orang-orang Eropah mula mengubah
tradisi masyarakat tempatan di Fiji. Dipercayai bahawa Kampung Navala mula
terbentuk apabila tiga buah petempatan yang saling berjiran bergabung. Lokasi
kampung ini yang terpencil membolehkannya memelihara gaya hidup tradisional,
yang sejarahnya boleh dijejak kembali ke ratusan tahun yang lalu.
![]() |
| Kampung Navala dibangunkan di lereng gunung |
Sebaik sahaja seseorang
memasuki Kampung Navala, masyarakat tempatan akan melaksanakan sebuah upacara
meminum kava, di mana pengunjung akan diberikan sejenis minuman
tempatan. Rumah-rumah di sitiu, yang dikenali sebagai bure, semuanya
diperbuat daripada jerami, tanah liat dan kayu-kayan dari hutan tempatan.
Dianggarkan sekitar 1000 orang menetap di kampung ini dan secara keseluruhan,
terdapat sekitar 100 buah rumah jerami yang kesemuanya bersaiz hampir sama.
Hampir setiap rumah ini
tiada jendela dan hanya mempunyai sebuah pintu rendah. Rumah yang tapaknya
berbentuk segi empat tepat ini mempunyai tiang kayu utama, alas kaki yang
diperbuat daripada batu, dan dinding di bahagian dalam yang disulam daripada
buluh-buluh yang dikerat.
Sebahagian rumah masih mempunyai dapur tanah sebagai
tempat memasak makanan. Namun, secara tipikalnya dapur ditempatkan di bure yang
terpisah. Tandas-tandas pula dibina secara khusus. Lantai rumah berupa tanah
yang dimampatkan dan ditutup dengan tikar yang disulam daripada daun kelapa.
Ketua kampung
kebiasaannya menetapkan piawai pelan rumah dan rumah yang ingin dibangunkan
hanya boleh diperbuat daripada bahan-bahan boleh-diperbaharui tempatan (bukan
import). Satu-satunya bangunan yang menggunakan batu adalah Gereja Katolik dan
sekolah. Navala juga mempunyai bangsal radio yang digunakan pada masa-masa
kecemasan. Kampung ini berada di lereng bukit dan terletak berhampiran dengan
Sungai Ba.
![]() |
| Meletakkan jerami pada atap rumah, kampung Navala |
MENGUNJUNGI KAMPUNG
NAVALA
Pengunjung boleh
melawat kampung ini baik secara berkumpulan mahupun individu. Pengunjung yang
mahu melawat kampung ini perlu membayar sebanyak 15 dollar dan pembayaran boleh
dibuat kepada ketua kampung atau salah seorang pembantunya.
Berikutan kedudukan
kampung ini yang terpencil, tidak banyak penginapan yang disediakan. Namun,
terdapat pakej pelancongan dari hotel-hotel mewah tempatan ke Kampung Navala.
Selepas membuat pembayaran, anda akan dijamu dengan hidangan tengahari
tradisional masyarakat Fiji. Anda juga boleh mengunjungi pasar kampung dan
mempelajari cara penduduk tempatan memburu khinzir liar dan memetik buah-buahan
dengan kaedah yang sama seperti yang diamalkan oleh nenek-moyang mereka.
SUMBER
- Jones, R. Pinheiro, L. 1997. Fiji: A Lonely Planet Travel Survival Kit. Fourth Edition. Melbourne: Lonely Planet Publications. pp. 206-208.
- Knapman, B. 1983. Capitalism and colonial development: studies in the economic history of Fiji. 1874-1939.
- Anderson, A. and Clark, G. 1999. The age of Lapita settlement in Fiji. Archaeology in Oceania. 34(1). pp. 31-39.
- Get link
- X
- Other Apps



