- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Antoine Simonin. (28 April 2011). Iaxartes. Ancient History Encyclopedia.
https://www.ancient.eu/Iaxartes/
https://www.ancient.eu/Iaxartes/
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Iaxartes, atau kini
dipanggil sebagai Syr-Daria, merupakan sebatang sungai yang berhulu di sebelah
barat Pergunungan Pamir di Fergana (Di Kyrgyzstan moden) dan mengalir ke
seluruh Kazakhstan, Tajikistan, dan Uzbekistan moden menuju ke Tasik Aral,
meliputi jarak sejauh 2212 km. Pada zaman purba, sungai ini mengalir ke Fergana
dan Sogdiana sekaligus menandakan sempadan Steppe-Steppe Asia Tengah.
Sungai ini menjadi
tulang belakang bagi kawasan berkenaan lantaran ia membolehkan sistem-sistem
pengairan dibangunkan di kawasan gersang itu. Sungai ini juga mempunyai makna
yang simbolik bagi tamadun-tamadun barat, kerana ia menandakan perbatasan
antara dunia bertamadun di sebelah selatan dan dunia nomad di sebelah utara.
Sungai Iaxartes
mempunyai pelbagai nama berdasarkan sumber-sumber yang berbeza, seperti Araxes
(sungai deras) atau Yakhsha Arta dalam bahasa Parsi. Bangsa Medes menjadikan
Sungai Iaxartes sebagai sempadan utara yang memisahkan antara masyarakat
bertamadun dan masyarakat nomad (seperti suku-suku Scythia) dan tradisi ini
terus diamalkan oleh bangsa Parsi.
Raja Parsi, Cyrus Agung
menubuhkan kota Cyropolis pada tahun 544 Masihi di kawasan sebelah Sogdiana
dari sungai ini, dengan tujuan menjadikannya sebagai ‘kawasan penampan bagi
Empayar Parsi terhadap suku-suku nomad” (Strabo, XI 11.4.). Namun malangnya,
menurut Herodoutus, beliau meninggal dunia berhampiran sungai ini ketika
memerangi Massageate dalam cubaan menjadikan suku tersebut sebagai bawahannya.
Semasa Alexander Agung
menyerang Empayar Parsi, beliau menjadikan Iaxartes sebagai perbatasan timur
laut empayarnya. Beliau membina bandarnya yang paling maju di Iaxartes pada
tahun 329 Sebelum Masihi, dan diberi nama Alexandria Eschate (Alexandria yang
paling jauh). Pada tahun sama, beliau menghancurkan Cyropolis selepas
berlakunya pemberontakan Sogdiana dan memenangi sebuah pertempuran penting ke
atas suku Scythia di Iaxartes sekaligus sempadan utara ini kekal ampuh sehingga
ke detik kemangkatannya.
Selepas kemangkatan
Alexander, sungai ini terus dijadikan sebagai perbatasan. Namun, semakin lama
semakin banyak pasukan tentera nomad yang berjaya merentasinya. Kehadiran kuasa
politik Yunani yang terakhir di sini ialah Yunani-Baktria yang berada di bawah
pemerintahan Euthydemos (sekitar 230-200 Sebelum Masihi). Selepas tempoh
pemerintahannya, Iaxartes tumbang ke tangan suku Saka, Yuezhei dan seterusnya
Kangju yang kesemua suku nomad ini menggempur ke arah selatan dan memerangi
empayar Yunani-Baktria dan Parthia.
- Get link
- X
- Other Apps
