- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Natalia Klimczak. (9 Julai 2016). Joaquin Murrieta – The Man Whose Life
Provided Inspiration for Zorro. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/joaquin-murrieta-man-whose-life-provided-inspiration-zorro-006257
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/joaquin-murrieta-man-whose-life-provided-inspiration-zorro-006257
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Zorro merupakan salah
satu ikon kurun ke-20. Walaupun beliau adalah karakter fiksyen, kisahnya
digarap berdasarkan biografi sekurang-kurangnya tiga orang, iaitu Juan
Nepomuceno Cortina, Tiburcio Vasquez dan yang paling utama, Joaquin Murrieta.
Namanya digunakan dalam
filem bersama Antonio Banderas, yang mana nama keluarga karakter itu adalah
Murrieta. Selain itu, nama anaknya pula adalah Joaquin. Tayangan perdana filem The
Mask of Zorro pada tahun 1998 dan The Legend of Zorro pada tahun
2005 berupaya menghidupkan kembali legenda Joaquin Murrieta.
ROBIN HOOD MEXICO
Joaquin Murrieta
dilahirkan sekitar tahun 1829 di Hermosillo, di Sonora, Mexico. Kehidupannya
banyak berlangsung di California, di mana beliau memburu emas semasa era atau
peristiwa yang dikenali sebagai Kerubut Emas California (California Gold
Rush) 1850an.
Murrieta menerima pelbagai
macam cemuhan berbentuk rasisme daripada orang-orang Amerika berkulit putih.
Hal ini mendorongnya untuk memberontak menentang masyarakat umum dan
perundangannya. Beliau bangun memperjuangkan hak-hak pelombong-pelombong
asli-Amerika dan beliau sendiri menjadi seorang pelombong yang berjaya.
Kejayaan ini menggamit
iri hati daripada orang-orang Amerika berkulit putih, yang bertindak merogol isterinya
dan membelasahnya dengan teruk sebagai melampiaskan dendam. Pada waktu itu,
perdagangan kuda secara haram bergiat secara aktif dan Murrieta menyertai
perdagangan ini. Dengan bantuan rakan-rakan dagangnya, beliau menjejak dan
membunuh hampir kesemua individu yang bertanggungjawab menyerang isterinya.
![]() |
| Gambaran Murrieta oleh seorang artis |
Detik ini menjadi
permulaan bagi geng Murrieta, yang mula melakukan serangan ke atas
keretapi-keretapi di California. Sejarahwan tidak mengetahui secara tepat berapakah
bilangan anggota geng Murrieta ini. Ada yang berpendapat bahawa geng itu
terdiri daripada lima orang (justeru digelari ‘Geng Lima Murrieta’ atau ‘Lima
Joaquin’). Ada pula yang mengatakan jumlahnya lebih besar.
Geng ini membunuh
sekurang-kurangnya 14 orang Amerika-Inggeris dan 28 orang China. Namun,
masyarakat yang hidup berhampiran kawasan kampung melindungi Murrieta dan
gengnya. Sebagaimana kenyataan Legenda-Legenda Amerika (Legends of America);
Murrieta menjadi ‘wira rakyat yang hanya meceburi dunia jenayah selepas
sekumpulan pelombong gangster Amerika membelasahnya dengan teruk, menggantung
saudaranya, dan merogol seta membunuh isterinya…
Joaquin merupakan seorang
figura yang tampan lagi romantik yang bersumpah untuk membalas dendam terhadap
penindasan yang dilakukan ke atas keluarganya; melakukan banyak jenayahnya demi
‘membetulkan ketidakadilan terhadap orang-orang Mexico’.
Beberapa catatan
tentang kisah hidup beliau mengisyaratkan bahawa terdapat lebih dari seorang
lelaki yang tindakan-tindakannya membentuk legenda Robin Hood versi Mexico.
Namun, catatan sejarah berkenaan Murrieta yang kesahihannya dapat dipastikan
sangat sedikit. Justeru, kisah-kisah lain dianggap sebagai kisah rakyat
semata-mata.
![]() |
| Lukisan pensil oleh Charles V. Norris yang berjudul el Zorro |
Pada tahun 1853, badan
perundangan California membentuk sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Renjer
California. Kumpulan ini ditubuhkan bagi menangkap dan membunuh Murrieta dan
gengnya. Mereka ini terdiri daripada veteran perang Mexico-Amerika dan menerima
bayaran $150 setiap bulan bagi memburu Murrieta dan akan diberikan tambahan
$1000 sekiranya berjaya membunuh sasaran.
HIDUP ATAU MATI?
Murrieta dan
sekurang-kurangnya dua lelaki lain dibunuh secara rasmi pada 25 Julai 1853.
Sebagai bukti penghukuman, Renjer California memenggal kepala Murrieta dan
menghantarnya dalam sebuah balang brandi (sejenis arak).
Namun, terdapat
laporan-laporan yang mendakwa bahawa kepala yang dipamerkan di Stockton, San
Francisco dan kem-kem perlombongan di Daerah Mariposa itu sebenarnya bukanlah
kepala milik Murrieta. Menurut perincian rasmi yang disiarkan oleh penyunting
“Alta” San Francisco pada 23 Ogos 1853, dinyatakan bahawa:
“Beberapa minggu
yang lalu, sekumpulan warga tempatan California dan Sonora berangkat ke Lembah
Tulare untuk meluahkan dan menyatakan (aduan) tentang mengapa kuda-kuda Amerika
(mustang) yang berkeliaran. Tiga orang daripada kumpulan ini telah kembali dan
melaporkan bahawa mereka diserang oleh sekumpulan Amerika, dan yang lain-lain,
iaitu seramai empat orang telah terbunuh;
iaitu Joaquin Valenzuela, yang
merupakan salah seorang daripada mereka, dibunuh semasa cuba melarikan diri dan
kepalanya dipenggal oleh pihak penyerang dan dijulang sebagai trofi.
Amat
dimaklumi bahawa Joaquin Murrieta bukanlah individu yang dibunuh oleh Kapten
Harry Love di Lembah Panoche. Kepala yang dipamerkan baru-baru ini di Stockton
sama sekali tidak mirip dengan Murrieta, dan hal ini ditegaskan oleh mereka
yang pernah melihat Murrieta dan (pemilik) kepala tersebut.”
![]() |
| Poster yang mewarwarkan tentang pameran kepala yang didakwa milik Murrieta di Stockton, 1853 |
Pada tahun 1879,
saudara perempuan Murrieta sendiri menyatakan bahawa kepala yang beliau lihat
di dalam balang tersebut bukanlah milik saudaranya. Beliau enggan memaklumkan
lebih awal kerana mahu melindungi saudaranya dan membolehkannya melarikan diri.
Dakwaan beliau itu tidak dapat dipastikan lantaran kepala tersebut turut
menjadi mangsa sebuah kebakaran yang berlaku semasa San Francisco dilanda gempa
bumi pada tahun 1906.
ROBIN HOOD EL DORADO
Kisah Murrieta tidak
berakhir dengan kematian-misteri dan kehilangannya. Jejak langkahnya diikuti
oleh anak saudaranya yang dikenali sebagai Procopio. Procopio turut digelari
sebagai ‘Red-Handed Dick’ bersempena rambutnya yang berwarna merah.
Beliau menjadi salah seorang perompak yang paling masyhur dalam sejarah Mexico.
Semasa Murrieta
meninggal dunia, Procopio baru berusia 12 tahun. Namun, beliau membesar dengan
menuruti jejak langkah bapa saudaranya itu. Semasa hayatnya, beliau berusaha
sedaya upaya untuk melonjakkan kemasyhuran legenda Murrieta. Berikutan
tindakannya itu, kisah Joaquin Murrieta begitu tersebar secara meluas hinggakan
pada tahun 1919, Johnston McCulley menerbitkan sebuah cerita yang berjudul The
Curse of Capistrano yang bertemakan seorang lelaki yang melindungi golongan
miskin dan menghukum golongan kaya.
Nama Murrieta dikenang
baik dari tanggapan yang baik mahupun buruk. Sebilangan pihak menganggapnya
sebagai seorang perompak dan pembunuh. Namun, ramai yang memandang beliau
sebagai seorang patriot. Murrieta diabadikan dalam banyak buku dan puisi,
antara yang paling masyhur adalah karya John Rollin Ridge, seorang yang
berketurunan pembesar Cherokee, yang disiarkan di dalam California Police Gazette
pada tahun 1858.
![]() |
| John Rollin Ridge, seorang penulis Cherokee |
Sehingga kini, kisah
Murrieta atau Zorro (musang) masih terus diceritakan di negeri-negeri miskin
Mexico sebagai harapan agar suatu hari nanti, muncul seorang individu seperti
Murrieta yang akan membela nasib hidup mereka.
SUMBER
- Jill L. Cossley-Batt. The Last of the California Rangers. 1928.
- Joaquin Murrieta – Patriot or Desperado? Kathy Weiser.
- The Legend of Joaquin Murieta.
- What’s the story on Joaquin Murieta, the Robin Hood of California?
Penterjemahan artikel
ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut disiarkan di
portal berkenaan dengan judul ‘Joaquin Murrieta – Lelaki Yang Menginspirasikan Zorro’
- Get link
- X
- Other Apps




