- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Antoine Simonin. (28 April 2011). Greco-Bactria. Ancient History Encyclopedia.
https://ancient.eu/Greco-Bactria/
https://ancient.eu/Greco-Bactria/
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Kerajaan Yunani-Baktria
merujuk kepada beberapa buah dinasti dan mungkin kerajaan-kerajaan yang
diperintah oleh monarki-monarki Yunani-Macedonia. Kerajaan ini menguasai
wilayah Baktria bermula dari tahun 250 hingga 130 Sebelum Masihi.
PENUBUHAN
Kerajaan Yunani-Baktria
muncul pada tahun 250 Sebelum Masihi, apabila seorang satrap bernama Diodotos
(atau Theodotus dalam bahasa Latin) bangkit memberontak terhadap Antiochos II,
pemerintah Seleucid. Pemberontakan ini mengambil kesempatan ke atas keadaan
Antiochus yang sedang sibuk menangani Dinasti Ptolemy di barat.
Pada mulanya, Diodotos
dan puteranya, Diodotos II menakluki wilayah-wilayah di selatan Ariana dan
mengehadkan kekuasaan mereka di sekitar Baktria. Namun sekitar tahun 230
Sebelum Masihi, seorang pemerintah tempatan bernama Euthydemos, yang mungkin
mempunyai kaitan dengan Dinasti Seleucid, menggulingkan Dinasti Diodotis dan
menubuhkan dinastinya yang tersendiri.
Beliau kemudian
meluaskan wilayahnya ke utara, meliputi Sogdiana dan Ferghana. Pada tahun 210
Sebelum Masihi, Antiochos III dari Seleucid memerangi Euthydemos dan memaksanya
berundur. Keadaan ini kemudiannya mendorong kepada pengepungan Baktria selama
tiga tahun.
Pengepungan yang
panjang serta ancaman demi ancaman daripada suku-suku nomad di utara memaksa
Antiochos III untuk memulakan rundingan: Beliau memperakui Euthydemos sebagai
raja dan menyerahkan salah seorang puterinya, dengan pertukaran bekalan dan
gajah-gajah perang.
PERLUASAN
Setelah keadaan di
wilayah perbatasan barat terjamin, raja-raja Yunani-Baktria mengambil
kesempatan di atas kemunduran Dinasti Maurya untuk melancarkan perang terhadap
jiran-jiran mereka di timur. Dalam tempoh kurang 20 tahun, mereka berupaya
menakluk Paropamisadaes, Arachosia, Gandhara dan Punjab Barat di bawah kepimpinan
Demetrios.
Pada masa yang sama,
kuasa pusat dibahagi-bahagikan sesama beberapa orang raja yang sering
bersengketa. Sebahagian daripada mereka memerintah bahagian timur Hindukush,
sekaligus menjadi raja-raja Indo-Yunani yang pertama.
EUCRATIDES MENGAMBIL-ALIH
KUASA
Pada tahun 171 Sebelum
Masihi, Eucratides yang juga mungkin mempunyai kaitan dengan Seleucid,
menggulingkan raja Yunani-Baktria dan memerangi raja-raja Indo-Yunani. Pada
awalnya, kempennya ini berlangsung lancar sehinggalah Dinasti Euthydemid
memanggil Menander dan memaksanya berundur ke Hindu-Kush di Baktria.
Keadaan ini menandakan
bermulanya perseteruan panjang antara Dinasti Euthydemid dan Eucratid.
Perseteruan ini melemahkan kerajaan Yunani-Baktria: kehilangan kuasa ke atas
Sogdiana, dan Eucratides dibunuh oleh puteranya sendiri. Era ketidakstabilan
politik kemudian melanda dan seterusnya mengakibatkan penggulingan raja
terakhir Indo-Yunani, iaitu Heliokles pada tahun 103 Sebelum Masihi oleh suku
nomad Yuezhi.
![]() |
| Syiling tetradrachm Antimachus I, oleh Mark Cartwright |
HUBUNGAN DENGAN
KEBUDAYAAN-KEBUDAYAAN LAIN
Kerajaan Yunani-Baktria
mempunyai kedudukan yang unik dalam kalangan masyarakat Yunani, lantaran ia
merupakan kerajaan Hellenistik yang wujud di hujung dunia mereka. Kerajaan ini
lazim menjalinkan hubungan dengan tamadun India dan suku-suku nomad di wilayah
berhampiran. Begitu juga hubungan dengan China yang terbukti menerusi
penyebaran barang dagangan dan matawang syiling mereka.
Hasil seni Baktria
dianggap sebagai antara yang terbaik di zaman itu, sebagaimana yang dapat
dilihat pada patung-patung yang ditemui di Ostobora (Ai Khanoum moden) dan Baktria.
Syiling-syiling yang dicetak oleh mereka juga berkualiti tinggi.
Keaslian hasil seni ini
tidak hilang bersama kejatuhan raja terakhir Yunani-Baktria, lantaran
sebahagian daripadanya diwarisi oleh suku Yuezhei dan Koushan yang
menggantikannya.
- Get link
- X
- Other Apps

