- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (1 Julai 2014). The ancient university of Nalanda, and its revival
in the modern day. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/ancient-university-nalanda-and-its-revival-modern-day-001811
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/ancient-university-nalanda-and-its-revival-modern-day-001811
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Universiti Nalanda
merupakan sebuah pusat pengajian purba di India, dan merupakan universiti ulung
pertama yang direkodkan sejarah – mendahului institusi-institusi pendidikan
tinggi lain seperti Al-Azhar di Mesir (kurun ke-10M), Universiti Bologna di
Itali (kurun ke-11M) dan Universiti Oxford di England (kurun ke-12M).
Universiti Nalanda juga merupakan university berasrama pertama di dunia, mampu
menampung penginapan sehingga ribuan pelajar.
Tambah mengagumkan,
Universiti Nalanda ditubuhkan seawal kurun ke-5 Masihi di sebuah wilayah timur
laut India, iaitu Bihar. Pada zaman kemuncaknya, Universiti Nalanda boleh
menampung seramai 10 000 orang pelajar dan 2000 orang profesor. Asrama-asrama
yang disediakan oleh universiti ini dipercayai sebagai yang pertama di dunia.
Antara yang melengkapkan kompleks pendidikan ini termasuklah dewan-dewan
kuliah, dewan-dewan meditasi, sejumlah perpustakaan, biara, hostel, chetiya,
kuil, tasik dan taman bunga.
![]() |
| Runtuhan ruang asrama di universiti purba |
Salah satu aspek
Universiti Nalanda yang menarik adalah pengambilan ‘pelajar-pelajar
antarabangsa’ dari negara-negara jauh seperti Korea, Jepun, China, Tibet, Asia
Tenggara, Asia Tengah dan Asia Barat. Keadaan ini berlaku sedemikian kerana
Universiti Nalanda dianggap sebagai salah sebuah pusat pendidikan Buddhisme
yang paling penting di dunia.
Walaupun tumpuan
pendidikannya lebih diutamakan terhadap Buddhisme, para pelajar di Universiti
Nalanda juga dibenarkan untuk menuntut bidang-bidang ilmu lain, seperti seni
halus, perubatan, astronomi, matematik, politik dan seni perang. Lantaran itu,
ramai pemikir yang bijaksana seperti Nagarjuna, Aryadeva, Vasubandhu, dan
Asanga lazim dikaitkan dengan universiti ini.
![]() |
| Bahagian dalam runtuhan Universiti Nalanda |
Bencana besar menimpa
Universiti Nalanda pada tahun 1197 apabila pasukan tentera Muslim yang dipimpin
oleh Mohammad Bakhtiyar Khilji, seorang panglima kepada Qutbuddin Aibak datang
menyerang tanpa bertoleransi terhadap agama dan budaya lain. Hampir keseluruhan
bangunan universiti ini dihancurkan. Perpustakaannya dibakar dan ramai pelajar
dan sami Buddha dibunuh dalam salah sebuah peristiwa pencabulan intelektual
terbesar di India.
Walaupun sudah tumbang
lebih 800 tahun yang lalu, semangat Universiti Nalanda masih hidup sehingga
kini. Malah, terdapat sejumlah perancangan diusahakan sepanjang tahun-tahun
yang lalu demi menghidupkan semula universiti purba ini.
Pada tahun 2006,
rancangan untuk mengembalikan Universiti Nalanda yang asal diumumkan oleh
beberapa buah negara seperti China, Singapura, Jepun dan Thailand. Hasrat ini
disokong oleh Persidangan Asia Timur yang turut melibatkan negara-negara Asia
Tenggara, Australia, New Zealand, Russia dan Amerika Syarikat.
Rancangan ini diketuai
oleh Amartya Sen, pemenang Anugerah Nobel ekonomi. Sasaran perancangan ini
adalah untuk menubuhkan sebuah universiti berasrama berkelas global di rantau
Asia. Universiti baru ini diharapkan dapat menarik kehadiran para pelajar dan
penyelidik cemerlang dalam bidang kemanusiaan, ekonomi, pengurusan, integrasi
Asia, pembangunan dan bahasa-bahasa Timur dari seluruh dunia.
Walaupun mempunyai
perancangan yang tinggi, pihak pembangun Universiti Nalanda mengambil langkah
secara bertahap. Sesi akademik pertama di universiti ini dijalankan pada
September 2014. Semasa sesi ini dijalankan, dua buah bidang pengajian lain
(iaitu Pengajian Sejarah dan Pengajian Ekologi & Alam Sekitar) dilancarkan,
dengan setiap satunya mempunyai 20 orang pelajar. Canselor universiti, Amartya
Sen yakin bahawa Universiti Nalanda yang baru ini boleh menggapai
kecemerlangan.
Walaupun Universiti
Nalanda yang asal mengambil masa hampir 200 tahun untuk mencapai zaman
kemuncaknya, Sen meyakini bahawa universiti yang baru ini boleh meneguhkan
kedudukannya dalam dunia akademik dalam tempoh beberapa dekad sahaja.
Pembangunan semula
Universiti Nalanda ini menunjukkan kepada kita bahawa idea-idea lama masih
boleh digunakan untuk mewakili dunia masa kini. Sudah tentu, tidak seperti
universitinya yang asal, pendidikan yang disediakan di Universiti Nalanda yang
baru ini tidak bertumpu pada pengajian Buddhisme.
Walau bagaimanapun,
idea tentang menghidupkan kembali sebuah universiti peringkat global di Asia
merupakan sebuah idea yang cukup signifikan. Dengan sokongan daripada beberapa
buah negara Asia dan sejumlah tenaga pakar, idea purba ini boleh
direalisasikan. Hanya masa sahaja yang dapat menentukan sama ada usaha ini
berhasil ataupun tidak.
SUMBER
- Garten, J.E. 2006.
- India Today. 2014. Nalanda University first session begins from September 2014.
- Nalanda Heritage. 2014. Nalanda. The Ancient Seat of Learning.
- Nalanda University. 2014. Nalanda’s History.
- Sharma, Y. 2013. India’s ancient university returns to life.
- UNESCO. 2014. Excavated Remains at Nalanda.
- Get link
- X
- Other Apps


