BAKTRIA

Pautan ke artikel asal:
Jan van der Crabben. (28 April 2011). Bactria. Ancient History Encyclopedia.
https://www.ancient.eu/Bactria/

Penterjemah: Amir Zayyanid


Baktria merupakan sebuah wilayah naungan Empayar Parsi yang terletak di Afghanistan, Uzbekistan, dan Tajikistan moden.

Selepas kekalahan yang dialami oleh Darius III si raja Parsi, Baktria terus-menerus memberikan penentangan terhadap Alexander Agung, dengan diketuai oleh Bessus, tokoh yang mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Darius. Walau dengan penuh kesukaran, Alexander berjaya menakluki Baktria pada tahun 329-327 Sebelum Masihi menerusi campur tangan pasukan tentera bantuan tempatan. Ketika berada di sana, Alexander mengahwini seorang wanita Baktria, iaitu Roxanne, bagi mengukuhkan lagi kekuasaannya di wilayah itu.

Selepas kemangkatan Alexander, Baktria menjadi sebahagian daripada Empayar Seleucid. Kesukaran demi kesukaran yang perlu ditangani oleh raja-raja Seleucid dan serangan-serangan yang dilancarkan oleh Ptolemy II dari Mesir ke atas empayar berkenaan memberikan peluang kepada Diodotus, satrap yang mentadbir Baktria, untuk mengisytiharkan kemerdekaan (sekitar tahun 255 SM) dan menakluk Sogdiana seterusnya menubuhkan Kerajaan Indo-Yunani.


Artikel ini turut disiarkan secara rasmi di portal Ancient History Encyclopedia di bawah tajuk 'Baktria'