- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Amir
Zayyanid – 11 Mac 2020 (2:18) – Bicara ar-Ra’y [Teratak Dzihn]
Antara yang memenuhi
garis masa Facebook saya pada hari ini adalah tentang feminisme, patriarki dan
matriarki. Topik sebegini antara lain mengingatkan saya kembali kepada temu
bual Syeikh Hamzah Yuuf dengan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas yang saya
tonton beberapa bulan lepas.
Dalam temu bual
tersebut, antara soalan yang diajukan oleh Syeikh Hamzah Yusuf adalah berkenaan
peranan wanita dalam Islam. Sebagai seorang yang datang dari Amerika Syarikat
(Barat), sudah tentulah persoalan sebegini antara yang tidak tinggal untuk
ditanyakan oleh beliau.
Prof Syed Muhammd
Naquib al-Attas memulakan jawapannya dengan mengajukan kembali soalan, “Andaikan
saya bertanya, “Adakah terdapat mana-mana kenyataan (dalam nas) yang
menyebutkan bahawa wanita tidak dibenarkan menuntut ilmu?”
Sudah tentulah tidak
ada, bukan? Malah apabila bercakap tentang ilmu, antara nas yang lazim
terlintas pada kita adalah hadis Nabi SAW, “Jadilah engkau (1) orang yang
berilmu, (2) atau orang yang menuntut ilmu, (3) atau orang yang mahu mendengar
ilmu, (4) atau orang yang menyukai ilmu, dan (5) janganlah engkau menjadi orang
kelima maka kamu akan celaka.”
Dalam erti kata lain,
masing-masing daripada kita ada peranan dalam ilmu pengetahuan, dan tidak
menggolongkan diri dalam salah satu daripada empat golongan itu bukanlah
anjuran baginda. Lebih daripada itu, tidak menyampaikan dan tidak mengamalkan
ilmu juga bukan anjuran dalam agama kita.
Prof Syed Muhammad
Naquib al-Attas kemudiannya melanjutkan, “Kesamarataan tidak bermaksud,
“Disebabkan orang lelaki boleh menjadi komander perang maka wanita juga boleh
menjadi komander perang.” Idea kesamarataan sebegini sama sekali bukanlah
kesamarataan itu sendiri.”
Erti kata lain, beliau
mencemuh idea kesamarataan sebegini namun tidaklah menolak yang wanita boleh
menjadi komander perang. Penting untuk kita membezakan premis di antara
keduanya lantaran di sini lazimnya bermula bibit perang gender.
Tambahnya lagi, “Ini
bukan zaman di mana umat Islam secara keseluruhan memahami segala perkara yang
perlu difahami tentang Islam.” (Di sini termasuk saya sendiri, yang serba
kurang dari ilmu terutamanya).
“Dan di dalam nas ada
menyebutkan bahawa segala hukum-hakam (syariat) ini boleh diamalkan apabila
Iman sudah dipasakkan. Dan saya fikir pada zaman ini, Iman belum lagi
dipasakkan. Dan kita tidak boleh paksakan sesuatu yang sebegini (feminisme) dan
kita tidak boleh bincangkan tentang hal sebegini.
Justeru pertama-tama
sekali, kita perlu cuba untuk kembalikan Iman itu. Sudah tentu, Iman itu datang
daripada Tuhan. Tetapi kita perlu persiapkan landasannya. Dan untuk menyiapkan
landasannya, antara lain (maka) kita berbicara tentang akhlak, kita berbicara
tentang etika, kita berbicara tentang pemikiran (falsafah secara kolektif),
kita berbicara tentang kata-kata ahli sufi dan ahli kalam.
Cuma permasalahannya,
ilmuwan masa kini belum mampu mengaitkan (mensintesiskan) idea-idea
(tradisional) ini dengan permasalahan moden.”
Justeru, kita dapat
melihat bagaimana Dunia Islam bergelut dengan permasalahan-permasalahan moden
seperti perang gender. Walaupun Islam berjaya mengangkat darjat kaum wanita
seawal 1400 tahun yang lalu, sepanjang rentang waktu itu, Islam belum pernah
berhadapan dengan permasalahan perang gender. Permasalahan ini hanya meruncing
di zaman moden, lebih khusus, pasca kemunduran Islam dan pasca Revolusi
Industri (abad ke-17 dan 18) [Tamim Ansary].
Kalau boleh untuk
dikatakan, mengangkat darjat kaum wanita bukan lagi menjadi perbahasan atau
agenda utama Dunia Islam masa kini. Akan tetapi, bagaimana untuk menyelaraskan
(bukan menyamatarakan) dan mengharmonikan antara kaum lelaki dan kaum wanita.
Kerana pada hari ini,
perang gender jauh lebih meruncing berbanding penindasan gender. Hak-hak wanita
sudah diperakui secara global, penindasan wanita sudah dibasmi (walau tidak
secara keseluruhan), dan peralihan suasana ini mengejutkan patriarki yang belum
terbiasa sekaligus mencetuskan perang gender dengan matriarki yang berleluasa.
Sebagaimana pada hari
ini kita yang datang daripada segmen buku dan bukuwan mengembalikan kebanyakan
permasalahan sosial, politik, ekonomi, etika dan sebagainya kepada pembacaan
sebagai jalan penyelesaian walau seabstrak apa pun ia, individu-individu
seperti Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas khususnya mengembalikan permasalahan
sebegini kepada penta’diban.
Secara peribadi setakat
ini, saya sendiri belum mampu berkongsikan pendefinisian konsep ta’dib atau
adab yang beliau pelopori dan hanya mentaklidkan sahaja permaknaannya kepada
permaknaan beliau dan mentaklidkan juga keyakinan ta’dib sebagai remedi
permasalahan umat Islam moden.
Asas kepada
keyakinan-taklid ini kalau boleh diterangkan secara mudah, adalah sebagaimana
yang dibicarakan oleh saudara Talhah Wasabi (Book Surgeon) dalam salah satu
video resensi bukunya yang berjudul, “Iqra’ Tanpa Bismirabbik.”
Bagaimana permasalahan
yang bakal wujud akibat amalan membaca tanpa mengembalikan pembacaan itu kepada
Tuhan.
Iqra’ bismirabbik.
Membaca, dengan nama Tuhan.
Menuntut dan menyebarkan ilmu, dengan sense of belonging kepada Islam.
Membaca, dengan nama Tuhan.
Menuntut dan menyebarkan ilmu, dengan sense of belonging kepada Islam.
Sebagaimana sense of
belonging kita kepada sejarah, sains dan sebagainya ketika mempelajari dan
menyebarkan ilmu-ilmu itu. Sebegitulah wajarnya sense of belonging kita
kepada Islam; yakni mengembalikan segala sesuatu kepada Islam, bukan kerana
kita seorang yang ‘alim tetapi kerana akrabnya kita dengan Islam sebagaimana
akrabnya kita dengan bangsa, bahasa, negara, hiburan, makanan, ilmu yang mendarah-mendaging
dalam diri kita.
Bukan juga dalam
permaknaannya yang terhad kepada kepercayaan yang dianuti (agama/religion),
akan tetapi kepada cara atau filosofi hidup (ad-deen). Bila kata
ad-Deen, ia lebih cenderung bersifat sejagat dan bukan eksklusif. Cenderung
bersifat tuntutan dan bukan elektif.
إنَّ
الدِينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإسْلَامُ
Bukan semata bermaksud
agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam, akan tetapi hanya Islam
filosofi hidup yang diterima oleh Allah. Hanya hidup dengan cara dan falsafah
Islam, keredhaan Allah dapat dicapai.
Begitu juga;
الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَ أَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَ رَضِيتُ
لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا
Yang disempurnakan pada hari itu bukan sekadar
agama, tetapi filosofi hidup manusia sejagat, merangkumi segala hal. Dan yang
diredhai itu bukan sekadar agama Islam, tetapi filosofi hidup Islam untuk
dihidupi oleh manusia sejagat.
Atas sebab itu, kita
boleh lihat bagaimana ketika umat Islam di zaman dahulu mengamalkan Islam
sebagai ad-deen dan menganut Islam sebagai agama, kita dimuliakan. Dan bilamana
kita meninggalkan Islam sebagai ad-deen dan ada pula yang meninggalkan Islam
sebagai agama, kita dihinakan. Dan bilamana ad-deen itu diterapkan oleh orang
bukan-Islam seperti Barat dan Jepun, mereka meraih kemajuan. Sebab yang
memajukan dan menggemilangkan dunia Islam di zaman dahulu bukanlah agama Islam
semata, tetapi ad-deenul Islam juga.
Islam sebagai filosofi
hidup, yang tidak hanya terkongkong pada penempelan wahyu, atau pada hari ini
Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas menyebutkan gagasan ini sebagai Ru’yat
al-Islam li al-Wujud (Visi atau Pandangan Islam tentang Kewujudan).
Tambah menarik, lima
ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, Rasul umat akhir zaman,
menggunakan perkataan yang membawa maksud umum dan bukan khusus, iaitu Rabb dan
Insan, bukannya Ilaah dan Mukmin.
إقْرَاْ
بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِىْ خَلَقْ
خَلَقَ الْإنْسَانَ مِنْ عَلَقْ
إقْرَاْ وَ رَبُّكَ الْأَكْرَمُ
الّذِىْ عَلَّمَ بِالْقَلَمُ
عَلَّمَ الْإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
خَلَقَ الْإنْسَانَ مِنْ عَلَقْ
إقْرَاْ وَ رَبُّكَ الْأَكْرَمُ
الّذِىْ عَلَّمَ بِالْقَلَمُ
عَلَّمَ الْإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Nota: Temu bual antara
Syeikh Hamzah Yusuf dan Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas ini dipetik daripada
pautan berikut:
- Get link
- X
- Other Apps
