- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (15 Julai 2018). The Tomb of Humayun: The Garden Tomb that Inspired
the Taj Mahal. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/tomb-humayun-garden-tomb-inspired-taj-mahal-003222
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/tomb-humayun-garden-tomb-inspired-taj-mahal-003222
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Taman permakaman
pertama yang dibina di India ialah Makam Humayun yang didedikasikan kepada
Maharaja Mughal kedua. Begitu megahnya monumen ini hinggakan ia
menginspirasikan sejumlah inovasi seni bisa agung dalam sejarah Empayar Mughal,
termasuklah Taj Mahal di Agra yang dibina sekurun selepas pembinaan Makam
Humayun ini. Pembinaan monumen tersebut menyimbolkan kemuncak seni bina
taman-permakaman Mughal.
![]() |
| Sebuah monumen yang dibina pada tahun 1572 oleh Bega Begam demi memperingati suaminya, Humayun |
Maharaja Humayun hidup
pada kurun ke-16 Masihi. Menjelang kemangkatannya pada tahun 1556 Masihi,
Humayun merupakan insan pertama yang disemadikan di Purana Quila, sebuah kubu
di Delhi. Apabila kubu ini ditakluk oleh maharaja Hindu yang bernama Hemu,
jasad Humayun digali semula oleh pihak Mughal dan dipindahkan ke Kalanaur di
Punjab.
Pada tahun 1569/1570,
iaitu 14 tahun selepas kemangkatan Humayun, isteri pertamanya yang bernama Bega
Begum melancarkan pembinaan sebuah makam di Delhi, khusus buat suaminya. Lelaki
yang bertanggungjawab mereka bentuk makam ini ialah Mirak Mirza Ghiyas, seorang
jurutera Parsi yang dipilih sendiri oleh Bega Begum. Menerusi sentuhan Ghiyas
inilah makanya makam tersebut mempunyai pengaruh seni bina Parsi yang bukan
sedikit.
![]() |
| Lukisan yang menggambarkan Humayun |
![]() |
| Potret Bega Begum (Hamida Banu Begum), yang membina makam buat suaminya, Humayun |
Taman tempat makam ini
dibina menyimbolkan Taman di Syurga, dan ia berasal-usul daripada char bagh Parsi
(bermaksud ‘empat kebun’). Pada era pemerintahan Humayun, pelan rekaan taman
yang juga dikenali sebagai taman Mughal ini merupakan rekaan yang baru di
India, hinggakan rekaannya direplikakan di seluruh Empayar Mughal.
Taman-taman yang
mengambil pengaruh daripada Parsi dan mengelilingi makam Humayun ini
dibahagikan kepada empat bahagian menerusi kewujudan jalan atau laluan khusus.
Di tengah-tengah setiap laluan ini pula terdapat saluran air cetek yang
dihubungkan dengan sejumlah kolam. Gerbang masuk ke taman ini terletak di
sebelah selatan dan barat, dalam bentuk gerbang dua tingkat.
Selain itu, terdapat
juga sebuah baradari (astaka) dan sebuah hamman (dewan mandi)
yang masing-masing menempati bahagian tengah tembok timur danutara. Di
tengah-tengah taman ini terdapat sebuah platform teres berbentuk petak setinggi
7 meter yang dinaikkan dari sejumlah kamar. Kamar-kamar ini boleh dimasuki
melalui gerbang kecil di sepanjang sisinya. Pada platform inilah ditempatkan
makam sebenar Humayun.
![]() |
| Tapak permakaman sebenar di mana jasad Humayun disemadikan |
Makam ini sendiri
berbentuk sebuah struktur dua tingkat yang dibina daripada batu pasir berwarna
merah. Walaupun pelan bangunan ini berbentuk petak, sisi-sisinya yang berbentuk
chamfer membuatkannya kelihatan seperti berbentuk
oktagon-tidak-sekata dengan empat sisi
panjang dan empat sisi pendek.
Bangunan ini diatapi
oleh dua buah kubah Parsi (monumen India pertama yang menggunakan teknik seni
bina sedemikian) yang setinggi 42.5 meter. Kubah ini diapit oleh chhatris (balai-balai
bertiang yang diukir) yang menjadi ciri menonjol seni bina India. Namun,
elemen-elemen seni bina daripada dua budaya berbeza ini wujud secara harmoni
dalam bangunan ini, sekaligus ia menjadi salah satu contoh persenyawaan
(sintesis) antara seni bina Parsi dan India.
Pada bahagian dalam struktur
ini terdapat sebuah ruangan besar berbentuk oktagon. Di tengah-tengah ruang
inilah letaknya makam Humayun, yang boleh dimasuki menerusi sebuah laluan di
selatan. Di bahagian atas ruangan ini terdapat atap kekubah yang bersambungan
dengan ruangan-ruangan galeri dan koridor.
Selain makam Humayun,
makam-makam ahli kerabat diraja lain juga boleh ditemui di dalam struktur ini.
Ianya terletak di ruang-ruang sudut di sisi-sisi diagonal dari kamar tengah.
Diandaikan bahawa terdapat sekitar 150 buah makam secara keseluruhan di situ,
justeru ia dipanggil sebagai ‘permakaman dinasti Mughal’.
![]() |
| Kerabat Humayun juga dimakamkan di sini |
Menjelang separuh kedua
kurun ke-20 Masihi, Makam Humayun berada dalam keadaan yang kurang baik
lantaran batu-batunya sudah pecah dan merekah. Taman-tamannya pula tidak
terbela. Pada tahun 1997, kerja-kerja pemulihan taman di sekeliling makam ini
dijalankan oleh Aga Khan Trust for Culture dan disiapkan pada tahun
2004.
Namun pada tahun 2007,
sebuah projek jalan raya enam lorong dari Lebuhraya Kebangsaan-24 diusulkan
oleh pihak penguasa. Projek ini mengancam keadaan Makam Humayun memandangkan ia
meningkatkan pencemaran sekaligus menarik trafik semakin menghampiri monumen
bersejarah itu. Sebagai susulan daripada bantahan demi bantahan yang dilakukan,
projek ini pun ditinggalkan. Pada tahun sama, usaha pemulihan lanjut dijalankan
ke atas Makam Humayun sekaligus mengembalikan monumen ulung kepada keadaan
terbaiknya.
Pada Jun 2018, terbit
keriuhan dalam kalangan ahli arkeologi dan tenaga-tenaga pemuliharaan lantaran
mereka menemukan khazanah tersembunyi berhampiran Makam Humayun. Antara yang
ditemukan ini termasuklah lukisan-lukisan yang berwarna biru, kuning, merah,
putih dan emas yang tersembunyi di sebalik lapisan-lapisan di bahagian syiling
berkubah Sabz Burj, sebuah monumen Mughal kurun ke-16 yang terletak berhampiran
Makam Humayun. Lukisan ini merupakan lukisan dinding pertama dari awal kurun
ke-16 yang pernah ditemui di sebuah monumen bersejarah di Delhi.
SUMBER
- Archaeological Survey of India. 2011. World Heritage Sites – Humayun’s Tomb.
- Kamiya, T. 2015. Humayun’s Tomb in Delhi.
- The Hindu. 2007. Humayun’s Tomb faces twin threats.
- Theismaili.org. 2013. Humayun’s Tomb restoration a model of public-private partnership.
- UNESCO. 2015. Humayun’s Tomb, Delhi.
- Waugh, D. C. 2001. Humayun’s Tomb.
Penterjemahan
artikel ini dihasilkan dengan kerjasama The Patriots Malaysia dan turut
disiarkan di portal berkenaan di bawah judul ‘Makam Humayun – Taman Permakaman Yang Menginspirasikan Taj Mahal’
- Get link
- X
- Other Apps





