- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Natalia Klimczak. (10 Ogos 2016). Ancient Fort and Stele Proclaiming Victory of
Famous Persian King Found in Russia. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/ancient-fort-and-stele-proclaiming-victory-famous-persian-king-found-russia-020938
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/ancient-fort-and-stele-proclaiming-victory-famous-persian-king-found-russia-020938
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sepasukan ahli
arkeologi Russia telah menemukan sebuah prasasti yang mengandungi pesanan
daripada Raja Darius, salah seorang pemerintah Parsi purba yang paling masyhur.
Penemuan ini dilakukan
di tapak Yunani purba yang dikenali sebagai Phanagoria, terletak berhampiran
Crimea dan Laut Hitam. Menurut Vladimir Kuznetsov, pengarah Phanagoria
Historical and Archaeological Museum-Preserve dan ekspedisi Phanagoria oleh
Institute of Archaeology of the Russian Academy of Science, tidak
keterlaluan untuk menyebutkan penemuan ini sebagai “sebuah penemuan yang
bersignifikasi antarabangsa.”
![]() |
| Prasasti yang menyebut perihal Darius I |
Ahli-ahli arkeologi
mengumumkan bahawa penemuan prasasti ini dalam laporan yang disiarkan dalam
laman sesawang Volnoe Delo. Teks ini diukir pada sekeping marmar dalam
tulisan kuneifom purba yang hanya digunakan oleh raja Parsi. Namun malangnya,
hanya 10-15% sahaja dari teks itu yang terselamat. Apapun, para penyelidik
berupaya untuk membaca dan memahaminya, seterusnya mengenal pasti bahawa
prasasti itu dihasilkan oleh Raja Darius I yang hidup antara 550 dan 486 SM.
Selain itu, para
penyelidik turut menemukan runtuhan dari perkubuan purba yang usianya
diperkirakan adalah pada kurun ke-6 SM. Pembinaan ini mungkin musnah pada
pertengahan kurun ke-5 SM, sekaligus menjadikan tapak itu lebih menarik
perhatian. Ia merupakan satu fenomena dalam arkeologi klasik. Ekspedisi ini
ditaja oleh seorang billionair Russia, Oleg Derpaska yang merupakan pemilik Volnoe
Delo Foundation.
![]() |
| Ekskavasi di tapak Phanagoria |
Menurut The Art
Newspaper, Kuznetsov mendakwa bahawa prasasti ini “terbukti memerihalkan
sejarah penundukkan pemberontakan Ionia” dan mengaitkan Phanagoria “dengan
salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah purba, yakni peristiwa yang
meninggalkan kesan mendalam terhadap orang Parsi dan Yunani sekaligus
memungkinkan usaha untuk menjejak perkaitan antara koloni ini dan
wilayah-wilayah Yunani lain, serta meneliti signifikasinya dalam memajukan
tamadun Hellenistik di pantai Laut Hitam.”
Para penyelidik
menyatakan bahawa salah satu perkataan yang terkandung dalam prasasti tersebut
ialah “Miletus”, iaitu nama kota Yunani purba di Ionia. Kota tersebut merupakan
pusat penentangan terhadap Darius. Ahli arkeologi meyakini bahawa Darius
mendirikan prasasti ini bagi memperingati kemenangannya di Miletus. Namun,
sebahagian prasasti ini kemudiannya diangkut ke Phanagoria oleh kapal. Apapun,
penemuan ini dianggap sangat penting lantaran kebanyakan prasasti yang berkait
dengan raja-raja Parsi lazimnya ditemui di Persepolis, Iran.
Namun, ini bukanlah
satu-satunya penemuan yang mengejutkan berkaitan Darius pada tahun ini. Pada
bulan April 2016, pasukan penyelidik yang sama mengumumkan penemuan serpihan
panah marmar di Phanagoria yang pernah dimiliki oleh Darius. Inskripsi pada
panah tersebut membuktikan bahawa ia dihasilkan pada kurun ke-5 SM. Penemuan-penemuan
ini juga mengemukakan bahawa raja Parsi itu menundukkan pemberontakan Yunani
dan kemudian menghasilkan sebatang panah marmar yang mengandungi inskripsi bagi
memperingati peristiwa itu.
![]() |
| Puing-puing runtuhan tembok kubu purba di Phanagoria |
Darius I merupakan
salah seorang pemerintah Empayar Achaemenid. Pada era pemerintahannya, beliau
bertanggungjawab memperluas empayar hingga jajahannya merangkumi Parsi, Asia
Tengah, Asia Barat, Kaukasus, sebahagian Balkan, dan timur laut Afrika termasuk
Mesir. Beliau juga merupakan raja Mesir. Beliau dikenali dalam karya sastera
sebagai Darius Agung lantaran pencapaian ulungnya baik sebagai seorang raja
mahupun pahlawan. Beliau merupakan suami kepada Atossa, puteri Cyrus Agung.
Darius juga merupakan ayah kepada Raja Xerxes I, yang bertanggungjawab
memenangi Pertempuran Thermopylae yang masyhur.
Darius berjaya
menubuhkan sebuah sistem baru dalam empayar, membentuk wilayah-wilayah baru dan
meletakkan pegawai-pegawai satrap untuk mentadbirnya. Beliau juga mengangkat
Bahasa Aram (Aramaic) sebagai bahasa rasmi Empayar Achaaemenid, di
samping memulakan sistem kewangan.
![]() |
| Relif Darius di Persepolis |
Darius juga muncul
dalam Bible, dalam kitab Zechariah, Daniel, Ezra-Nehemiah dan Haggai. Apapun, wujud
juga lembaran hitam sepanjang pemerintahannya, di mana yang paling utama di
antara semua adalah Pertempuran Marathon yang meletus pada September 490 SM, di
mana Miltiades dan pasukan tenteranya berupaya mengalahkan pahlawan-pahlawan
Parsi yang jauh lebih ramai bilangannya.
- Get link
- X
- Other Apps




