- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (10 Disember 2016). Buried Beneath the Sand, The Ziggurat of Jiroft
May be Largest and Oldest of its Kind in the World. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/buried-beneath-sand-ziggurat-jiroft-may-be-largest-and-oldest-its-kind-world-021108
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/buried-beneath-sand-ziggurat-jiroft-may-be-largest-and-oldest-its-kind-world-021108
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Ziggurat Jiroft, atau
juga dikenali sebagai Ziggurat Konar Sandal. Merupakan sebuah monumen purba
yang terletak di Jiroft. Kawasan yang bertempat di wilayah Kerman, selatan Iran
itu dianggap sebagai tapak bermulanya tamadun di Iran. Ziggurat ini ditemukan
pada tahun 2002, dan ia dilaporkan sebagai ziggurat kedua yang ditemui di Iran,
di mana ziggurat yang pertama ialah Ziggurat Choga Zanbil. Menurut beberapa
sumber, Ziggurat Jiroft adalah ziggurat yang paling besar dan paling tua di
dunia.
![]() |
| Ekskavasi di Konar Sandal, Jiroft |
Perkataan ziggurat
boleh diterjemahkan sebagai ‘menara-kuil’, dan ia merupakan sebuah struktur
yang terdiri daripada beberapa tingkat. Tingkat puncaknya menempatkan sebuah kuil.
Ziggurat lazim dikaitkan dengan tamadun Mesopotamia, yang pada hari ini secara
kasarnya merangkumi kebanyakan negara Iraq, Kuwait dan sebahagian daripada
Syria timur. Apapun, terdapat juga ziggurat di wilayah barat Iran.
Salah satu
kaedah untuk membezakan antara ziggurat Mesopotamia dan ziggurat Iran adalah
melihat pada bagaimana ianya diakses. Bagi ziggurat Mesopotamia, struktur
tersebut diakses menerusi sebuah tangga di bahagian luar. Manakala bagi
ziggurat di Iran pula, ia diakses menerusi tanjakan (ramps).
Di Iran, ziggurat yang
paling masyhur ialah Ziggurat Choga Zanbil yang terletak berhampiran Sungai
Dez, di timur laut wilayah Khuzestan. Ziggurat ini ditemui pada tahun 1936 dan
ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979. Sejarahwan
memperkirakan bahawa ziggurat tersebut berusia sekitar 1250 Sebelum Masihi dan
sehingga tahun 2002, ia merupakan satu-satunya ziggurat yang diketahui wujud di
Iran.
![]() |
| Ziggurat Choga Zanbil, Iran |
Kemudian, ekskavasi
lanjut dilakukan ke atas dua buah gundukan di Jiroft, sebuah bandar yang
terletak 230 km dari arah selatan Kermna, ibu kota wilayah Kerman. Kedua-dua
gundukan ini dipisahkan sejauh beberapa kilometer dan dibezakan sebagai tapak
‘A’ dan ‘B’. Ekskavasi di tapak B menemukan sebuah citadel dua tingkat, dengan
tapak asasnya merangkumi kawasan seluas 13.5 hektar. Di sekeliling struktur ini
pula terdapat runtuhan tembok setebal 10.5 meter. Penemuan-penemuan ini
melahirkan pendapat bahawa struktur tersebut dahulunya merupakan sebuah bangunan
berbenteng.
Di tapak ‘A’, sebuah
struktur yang berbentuk seperti ziggurat dua tingkat ditemukan. Struktur ini
berukuran 17 meter tinggi, 300 meter lebar dan panjang pada bahagian foundasi,
serta 150 meter pada kedua-dua sisi di tingkat kedua. Struktur besar ini
meliputi hampir keseluruhan gundukan itu. Memandangkan struktur monumen ini
mirip dengan ziggurat di Mesopotamia, ia dianggap sebagai ziggurat paling besar
dan paling tua di dunia.
![]() |
| Ekskavasi di gundukan Jiroft |
Diperkirakan bahawa
ziggurat yang ditemui di Jiroft ini berusia sekitar 2200 Sebelum Masihi.
Sebagai perbandingan, ziggurat tertua di Mesopotamia, iaitu ziggurat Ur
diperkirakan dibina sekitar 2100 Sebelum Masihi oleh Ur-Nammu. Sebahagian pihak
mengandaikan bahawa ziggurat Jiroft ini dibina oleh Aratta, iaitu sebuah
kerajaan legenda di Zaman Gangsa yang kewujudannya diperakui di dalam teks-teks
Sumeria. Namun, lokasi tepat tamadun ini masih belum diketahui secara jelas.
Sebilangan ilmuwan meyakini bahawa Aratta terletak di Jiroft moden. Ada pula
yang berpendapat bahawa kerajaan legenda itu terletak di Azerbaijan,
Baluchistan, atau di Teluk.
![]() |
| Bekas batu dari Jiroft |
Selain lokasi Aratta,
usia tepat ziggurat ini juga turut dipersoalkan. Setakat ini, pentarikhan yang
dilakukan ke atas monumen ini adalah berdasarkan pada dua serpihan kecil yang
berkemungkinan adalah prasasti. Bahan-tidak-berusik yang lebih sesuai untuk
digunakan bagi tujuan pentarikhan radiokarbon sebegini masih belum ditemui. Apa
yang pasti, gundukan besar di Jiroft ini ternyata menyimpan banyak rahsia untuk
diterokai.
SUMBER
- Covington, R. 2005. Jiroft and the Aratta Kingdom.
- Eduljee, K.E. 2014. Jiroft.
- Herles, M. 2012. Ziggurat.
- Lawler, A. 2014. Ziggurat—or Not?
- The Circle of Ancient Iranian Studies (CAIS), 2006. World’s Oldest Ziggurat in Jiroft Being Excavated.
- Get link
- X
- Other Apps




