- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ed Whelan. (21 Julai 2020). Lost-lost Nomad City of the Xiongnu Empire Found in
Mongolia. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/nomad-dragon-city-0014010
https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/nomad-dragon-city-0014010
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Di sebuah wilayah
terpencil yang terletak di Monggolia, sepasukan arkeologi menemukan kota nomad
yang telah lama hilang, di mana kota ini dahulunya pernah berfungsi sebagai ibu
kota empayar yang cukup signifikan dalam sejarah China, iaitulah ‘Kota Naga’
bagi Empayar Xiongnu.
Pada tahun 2017,
pasukan ahli arkeologi dari Univesiti Negeri Ulaanbaatar melakukan sejumlah
penemuan di daerah Ulztiit yang terletak di Arkhangai, wilayah tengah
Monggolia. Lokasi tepat bagi kerja-kerja penggalian tersebut adalah berhampiran
tebing Sungai Orkhon. Walaupun menyedari signifikasi penemuan-penemuan
tersebut, usaha penggalian terpaksa ditangguhkan lantaran kekurangan dana.
Hanya pada tahun ini barulah mereka berpeluang kembali semula ke tapak
berkenaan dan menyambung kerja-kerja ekskavasi. Penemuan penting ini terlebih
dahulu dirahsiakan dari pengetahuan umum dan hanya pada hari kebelakangan
barulah ia disiarkan oleh media Monggolia.
‘KOTA NAGA’
Banyak artifak yang
ditemui semasa kerja-kerja penggalian dilakukan, dan antara yang dianggap
paling signifikan adalah serpihan bumbung berukir yang tertulis padanya ‘Anak
Tuhan Chanyu’. Gelaran ‘Anak Tuhan’ berasal-usul dari budaya China dan akar
pengamalannya boleh dijejak pada Dinasti Zhou. Gelaran ini digunakan bagi
mengisytiharkan bahawa pemerintah memegang Mandat Tuhan sekaligus ia secara
efektif mengabsahkan pemerintahannya. Gelaran Chanyu pula merupakan gelaran
yang disandang oleh pemerintah Empayar Xiongnu. Oleh kerana itu, menurut Sputnik
News, Tumur-Ochi Iderkhangai, ketua pasukan arkeologi yang
mengusahakan penggalian ini dipetik berkata, “Ini merupakan kali pertama
artifak yang mengandungi tulisan sedemikian berjaya ditemui.”
![]() |
Serpihan bumbung berukir yang mengesahkan lokasi Kota Naga |
Serpihan bumbung yang
mengandungi inskripsi ‘Chanyu’ ini secara langsung menjadi bukti kuat bahawa
tapak berkenaan mempunyai hubungan dengan Empayar Xiongnu. Xiongnu merupakan
sebuah konfederasi nomad yang membentuk sebuah empayar besar di Asia Tengah
sekitar tahun 300SM hingga 100M. Konfederasi ini banyak terlibat dalam
peperangan dengan dinasti-dinasti China, di mana mereka lazimnya ditewaskan dan
dipaksa membayar ufti. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Heritage Daily,
“Hubungan Xiongnu dengan dinasti-dinasti China di tenggara berlangsung rumit,
di mana konflik di antara mereka sentiasa berlaku berulang kali. Masing-masing
bersilih ganti membayar ufti, memeterai hubungan perdagangan dan mengadakan
perkahwinan politik.”
XIONGNU MERUPAKAN
LELUHUR HUN
Selepas mengalami
kekalahan di tangan Dinasti Han dalam Pertempuran Mobei (119SM), Xiongnu terus
melemah dan kemuncaknya, berpecah menjadi Xiongnu utara dan Xiongnu selatan.
Walau bagaimanapun, mereka masih berupaya untuk mengekalkan kuasa dan setelah
kejatuhan Han, mereka mula menghuni China. Pada kurun ke-4 Masihi di mana
berlangsungnya era Enam Belas Kerajaan, Xiongnu turut menubuhkan sejumlah
negara seperti Han Zhao.
Diikutkan, latar
belakang Xiongnu sebenarnya agak misteri dan asal-usul mereka juga tidak
diketahui. Sebilangan pihak mengandaikan bahawa mereka merupakan leluhur Hun.
Menurut Sputnik News, “Pelbagai hipotesis dikemukan di mana Xiongnu
diandaikan sebagai penutur bahasa Irani, Monggol, Turki, Urali, ataupun
Yeniseia.” Salah satu misteri terbesar yang menyelubungi Xiongnu adalah lokasi
ibu kota mereka, Luut atau Luncheng yang kadangkala turut dikenali sebagai
‘Kota Naga’.
![]() |
Peta Empayar Xiongnu |
Pasukan arkeologi dari
Universiti Negeri Ulaanbaatar meyakini bahawa mereka akhirnya telah
menyelesaikan misteri lokasi kota nomad itu. Ukiran yang ditemukan di tapak ini
‘adalah bukti pertama yang ditemui dalam kawasan itu yang mengisyaratkan bahawa
tapak itu adalah Kota Naga Luncheng’, Tumur-Ochir Iderkhangai memberitahu AKI
Press. Serpihan dengan inskripsi Chanyu ini mengisyaratkan bahawa tapak
berhampiran Sungai Orkhan adalah ibu kota nomad.
Lokasinya telah hilang selama
hampir 2000 tahun namun kini para penyelidik yakin bahawa mereka telah
menemukan Kota Naga yang telah lama hilang. Iderkhangai dipetik oleh Aventuras
na historia berkata, “Hasil daripada penyelidikan selama lebih sedekad tentang
pusat politik Empayar Xiongnu, saya gembira kami menemukan dan mengekskavasi
ibu kota empayar, Kota Naga atau Kota Luncheng’.
MISTERI DIRUNGKAI
Iderkhangai memaklumkan
kepada Heritage Daily bahawa “menurut sumber-sumber purba, kota itu dipercayai
terletak di kawasan Pergunungan Khangai, Monggolia.” Rujukan ini sepadan dengan
lokasi penemuan yang dilakukan oleh pakar Monggolia itu. Pada zaman dahulu,
kota berkenaan dikelilingi oleh tembok berkembar dan mempunyai sebuah empangan
yang besar. Penyelidikan yang lebih lanjut dijangka akan dijalankan di tapak
berkenaan dan hasil penyelidikan ini diharapkan dapat membantu ilmuwan meraih
gambaran yang lebih jelas tentang Kota Naga dan Empayar Xiongnu.
- Get link
- X
- Other Apps