- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Theodoros Karasavvas. (9 Oktober 2017). The Nile: How One River Helped Build a
Civilization – 10 Amazing Facts. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/nile-how-one-river-helped-build-civilization-10-amazing-facts-008937
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa/nile-how-one-river-helped-build-civilization-10-amazing-facts-008937
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sungai Nil terbentang
hampir sepanjang 4175 batu (6719 km), melintasi sembilan buah negara di seluruh
Afrika dan ia dianggap secara meluas sebagai antara sungai terpanjang di dunia.
Walaupun ia mungkin dianggap sebagai pengetahuan yang umum ketahui, sungai
masyhur ini menyimpan banyak fakta menarik. Artikel ini melampirkan sepuluh
fakta yang dianggap paling mengujakan.
![]() |
| Sungai Nil di Mesir (Michael Gwyther-Jones) |
1. TANPA SUNGAI NIL, TAMADUN MESIR PURBA MUNGKIN TIDAK
PERNAH WUJUD
Sungai Nil dianggap
sebagai sumber kehidupan buat masyarakat Mesir purba dan memainkan peranan yang
signifikan dalam sejarah dan kekayaan budaya bangsa tersebut. Sungai ini juga
merupakan faktor penting dalam pembangunan sosioekonomi dan kejayaan Mesir
purba. Tanpa Sungai Nil, tamadun agung purba itu mungkin tidak akan pernah
wujud memandangkan curahan hujan hampir tiada di Mesir dan Sungai Nil adalah
satu-satunya sumber bagi mengairi tanaman.
![]() |
| Ruang penyemadian di Sennedjem, lukisan tentang seorang petani yang membajak |
2. SUMBER SEBENAR SUNGAI NIL MASIH TIDAK DIKETAHUI
Sebilangan pihak
mungkin menyatakan bahawa Tasik Vitoria, tasik utama Afrika, sebagai sumber
kepada Sungai Nil. Ada pula yang menyebutkan Sungai Kangera dan anak sungainya,
iaitu Ruvubu yang berhulu di Burundi sebagai sumber sebenar Nil. Apapun,
hakikatnya, sumber Sungai Nil masih kekal misteri sehingga kini.
3. LEBUH RAYA NIL
Sungai Nil umpama
‘lebuh raya’ yang menjalinkan negara-negara dan ia sangat penting bagi
kelangsungan aktiviti perdagangan dan pengangkutan. Perdagangan rentas darat
tidak menjadi pilihan di rantau itu sehingga kurun ke-19. Kapal-kapal dan
perahu-perahu merupakan antara pengangkutan utama bagi mengangkut manusia dan
barang dagangan di rantau berkenaan.
![]() |
| Perahu Mesir purba |
4. NIL, PEMBERI KEHIDUPAN
Selain membekalkan air,
Nil juga menyumbang kepada kesuburan tanah sekaligus menjadi sebab utama
mengapa ramai masyarakat Mesir hidup berhampiran dengannya. Masyarakat tempatan
menggunakan lembing dan jaring untuk menangkap ikan dan memerangkap pelbagai
jenis burung yang terbang rendah di permukaan sungai.
![]() |
| Lukisan Dinasti Ke-4 Mesir: Memerangkap burung, membajak ladang |
5. MENYUMBANG KEPADA PENGHASILAN PAPIRUS
Hampir keseluruhan
maklumat yang kita ketahui tentang Mesir purba datang daripada rekod-rekod
bertulis yang ditinggalkan di atas papirus. Nil amat berperanan dalam
membekalkan papirus, di mana papirus itu sendiri diperbuat daripada rumput yang
tumbuh di tepi sungai.
![]() |
| Petani Mesir menuai papirus, lukisan mural di Deir el-Medina (Zaman Ramses awal) |
6. BANJIR NIL
Salji yang mencair dan
hujan lebat pada musim panas di Pergunungan Habsyah mendorong kepada derasnya
curahan air sekaligus mengakibatkan tebing-tebing Sungai Nil di Mesir
berlimpahan ke atas tanah rata sehingga berlaku banjir besar pada setiap tahun.
Pada hari ini, Nil tidak lagi membanjiri kawasan sekitarnya semenjak terbinanya
Empangan Tinggi Aswan pada 1960an.
![]() |
| Pemandangan dari Empangan Tinggi Aswan |
7. AKHET: BANJIR
Sebelum Empangan Tinggi
Aswan dibina, banjir tahunan Nil lazimnya berlaku pada bulan Jun hingga
September. Musim ini disebut oleh orang Mesir sebagai akhet: banjir.
Musim ini dilihat oleh orang Mesir sebagai tanda kedatangan dewa Hapi bagi
membawa kesuburan kepada tanah. Sementara itu, dewi banjir menurut kepercayaan
mereka pula ialah dewi Mehet-Weret, si “Banjir Besar”.
![]() |
| Hapi, digambarkan sebagai sepasang jin yang secara simbolik mengikat Mesir hulu dan hilir |
8. OSIRIS: DEWA TERUNGGUL SUNGAI NIL
Walaupun Hapi merupakan
dewa yang menaungi kawasan sekitar Nil, dewa yang paling lazim dikaitkan secara
sejarah dan budaya dengan Nil adalah dewa Osiris yang diceritakan telah
membunuh saudaranya, Seth di tebing sungai Nil dan kemudian menjadi raja Alam
Kematian. Oleh kerana itu, Nil merupakan bahagian penting dalam aspek
kerohanian masyarakat Mesir. Mereka mempercayai bahawa Sungai Nil merupakan
laluan antara hidup dan mati. Justeru, semua makam Mesir dibina di bahagian
barat Nil – barat dianggap sebagai tempat kematian memandangkan dewa matahari, Ra,
terbit dari barat pada setiap hari.
![]() |
| Osiris bersama mahkota-Atef yang diperbuat daripada gangsa di Muzium Naturhistorisches |
9. SUKAN PURBA MASYHUR DIMAINKAN DI SUNGAI NIL
Masyarakat Mesir purba
mengamalkan suatu sukan sungai yang agak masyhur, iaitu sukan lawan tombak.
Pengetahuan moden tentang sukan ini hanya datang dari penyelidikan ke atas
relif-relif makam Mesir purba, justeru ianya terhad. Gambaran-gambaran ini
menunjukkan sejumlah perahu dinaiki oleh sekumpulan lelaki, di mana setiap
seorang daripada mereka membawa sebatang lembing atau tombak. Kebanyakan mereka
menggunakan batang lembing itu untuk mengayuh dan mengawal perahu, sambil
beberapa yang lain berdiri untuk melempari lembing tadi bagi menjatuhkan lawan
dari perahu masing-masing.
![]() |
| Dua gambaran tentang sukan lawan tombak di Mesir purba |
10.
PENGHUNI-PENGHUNI
TERTUA NIL
Buaya telah hidup dalam
Sungai Nil sejak ribuan tahun dan mereka tidak gemar jika ada manusia mendekati
mereka. Mereka lazim menyerang manusia, terutama mereka yang sedang mencuci
pakaian atau menangkap ikan di tepi sungai. Dianggarkan bahawa sebanyak 200
buah serangan oleh buaya Nil di Afrika berlaku setiap tahun.
![]() |
| Mumia buaya |
SUMBER
- John Baines (2017). The Story of the Nile. BBC.
- The Nile River in Ancient Egypt. Ancient Egypt Online.
- Get link
- X
- Other Apps










