- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Ashley Cowie. (18 September 2020). The Journey of Napoleon’s Penis: Here’s the
Long and the Short of It. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/napoleons-penis-0014279
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Napoleon Bonaparte,
atau ‘Le Petit Caporal’ merupakan salah seorang negarawan dan komander terulung
yang pernah dimiliki Perancis. Beliau memenangi Revolusi Perancis dan
menyandang gelaran sebagai Maharaja Napoleon I yang memerintah pada tahun 1804
hingga 1814 dan memerintah sekali lagi selama 100 hari pada 1815.
Menurut artikel tahun
2016 yang disiarkan oleh Time, ramai pihak memberi perhatian pada alat
sulit Napoleon semenjak doktor peribadi beliau mengamputasinya pada tahun 1821.
Anggota sulit itu kemudian diserahkan kepada seorang paderi di Corsica. Saban tahun,
ia sering diumpamakan seperti tali kasut ataupun belut yang mengerut-kecut,
khususnya semasa ia dipamerkan di Manhattan pada tahun 1927.
Mengimbau hari-hari awal
bagi sejarah yang aneh ini, Tony Perrottet di dalam Napoleon’s
Private: 2500 Years of History Unzipped menyatakan bahawa selepas Napoleon
meninggal dunia di Pulau St. Helena pada 1821, doktor peribadinya menyimpan
alat sulit itu di dalam sebuah kotak kulit bersaiz kecil. Namun, dek kerana
kotak tersebut tidak dibubuh dengan formaldehid, maka anggota sulit itu pun
mengering.
Seorang paderi bernama
Abbe Ange Paul Vignali kemudian membawanya ke Corsica lalu dibeli oleh Maggs
Bros, seorang penjual buku antik dari London pada tahun 1916. Maggs terus
menyimpannya selama 8 tahun sebelum menjualnya dengan harga 400 pound ($2000
pada masa itu) kepada Dr. A.S.W. Rosenbach, seorang penjual buku antik dari
Amerika.
Pada waktu itu, cerita-cerita
seputar alat kelamin Napoleon hanya disebarkan sebagai sebahagian dari kisah
kecil yang terkandung dalam memoir Vignali yang disiarkan dalam Revue des
(Deux) Mondes pada 1852. Kemudian, ia dipertonton kepada khalayak apabila
Dr. Rosenbach mempamerkannya dalam sebuah kotak baldu bersama koleksi
relik-relik Napoleon yang lain. Pada label pameran, dicatatkan keterangan
ringkas berikut: “Tendon mumia yang diambil dari tubuh Napoleon semasa bedah
siasat mayat dilakukan.”
Pada tahun 1977, seorang ahli urologi dari New York yang bernama Dr. John Lattimer membeli alat kelamin Napoleon itu pada harga $3000. Beliau sememangnya diketahui menyimpan koleksi-koleksi yang aneh, antaranya seperti kolar berdarah milik Abraham Lincoln semasa beliau ditembak mati. Sebelum Lattimer meninggal dunia pada 2007, beliau sempat menawarkan alat sulit Napoleon itu pada harga $100 000 namun tidak berjaya menerima sebarang pembida, justeru ia diserahkan kepada anaknya, Mark Evans.
Atas dasar integriti sebagai
seorang ahli urologi, Evans meneruskan pendirian bapanya yang enggan
mempamerkan alat sulit itu kepada khalayak. Semenjak dimiliki oleh keluarga
Lattimer dan bahkan sejak kematian Lattimer, hanya 10 orang sahaja dibenarkan
melihat alat sulit Napoleon dan ia tidak pernah diambil gambar mahupun
direkodkan dalam apa jua bentuk sekalipun. Menerusi temubual dengan The
Independent pada 2014, Mark Evans sempat berkongsi kehairanannya betapa
alat sulit Napoleon mengembara dunia lebih kerap dan lebih jauh berbanding
batang tubuh Napoleon itu sendiri.
- Get link
- X
- Other Apps
