- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (12 Oktober 2019). Mount Hua Trail: Where 100 People Plummet to
Their Deaths Every Year. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/not-faint-heart-100-people-year-plummet-their-deaths-ancient-huashan-trail-021316
Penterjemah: Amir Zayyanid
Laluan Pendakian
Huashan dianggap sebagai laluan pendakian paling berbahaya di dunia. Huashan
(Gunung Hua) adalah sebuah gunung yang terletak berhampiran bandar Huayin,
Shaanxi. Semenjak sekian lama, banyak kemalangan maut berlaku di Laluan
Pendakian Huashan dan ada yang mendakwa kononnya laluan pendakian tersebut
meragut kira-kira 100 nyawa manusia setiap tahun namun tiada bukti yang dapat
mengesahkan dakwaan itu.
GUNUNG SUCI BAGI
PENGANUT AJARAN TAO
Huashan adalah salah
sebuah gunung dari Lima Gunung Besar China, di mana baki empat gunung yang lain
ialah Taishan (di Shandong), Hengshan (di Hunan), Hengshan (di Shanxi), dan
Songshan (di Henan). Kelima-lima gunung ini kadangkala dipanggil mengikut arah
mata angin yang ditemapti, misalnya Huashan yang terletak di barat dikenali
sebagai Xiyue. Sejak ribuan tahun lamanya, gunung-gunung tersebut dihormati
sebagai tempat suci bagi masyarakat China.
Atas sebab itu, ramai yang sanggup mengembara jauh demi mencapai
puncaknya.
Gunung Hua mempunyai
lima puncak yang masing-masing dipanggil mengikut kedudukan, iaitu Utara,
Selatan, Timur, Barat, dan Puncak Tengah. Kelima-kelima puncak ini pernah
menempatkan sejumlah besar kuil agama, namun hanya sebilangan kecil sahaja
terselamat sehingga ke hari ini. Memandangkan Huashan dianggap sebagai gunung
suci oleh para penganut ajaran Tao, maka terdapat banyak kuil Tao di sana.
Bahkan mengikut kepercayaan tradisi Taoisme, Lao Tzu pernah menetap dan
menyebarkan ajarannya di gunung tersebut. Rentetan itu, ramai individu yang
berlatar-belakang agama melakukan perjalanan suci ke gunung berkenaan dan
mereka inilah yang mula-mula sekali membina rangkaian tangga dan laluan
pendakian yang membawa ke puncak gunung.
![]() |
| Sebuah kuil di Huashan |
Pada hari ini, Huashan
terus dikunjungi atas beberapa sebab lain. Antara tarikan utamanya adalah Rumah
Teh Huashan yang dahulunya berdiri sebagai sebuah kuil. Jerih-perih ketika
mendaki Huashan terasa berbaloi apabila hirupan pertama teh Huashan dinikmati.
Memandangkan Huashan kian lama kian menggamit ramai pengunjung, maka
laluan-laluan pendakian yang telah wujud sekian lama dibaiki oleh kerajaan
China pada dekad-dekad kebelakangan bagi meningkatkan ciri keselamatannya.
Namun, ia tetap tidak dapat menghindarkan berlakunya kemalangan maut pada
setiap tahun.
PENGALAMAN YANG
MENGUJAKAN DAN PEMANDANGAN YANG MEMESONAKAN
Bagi sebilangan
pengunjung, apa yang lebih menjadi tarikan buat mereka adalah cabaran mendaki
Huashan itu sendiri. Tambahan, kelima-lima puncaknya menghidangkan panorama
yang berbeza, membuatkan pengalaman mendakinya sangat berharga.
Misalnya di Puncak
Selatan, ia menawarkan keterujaan yang tersendiri berikutan statusnya sebagai
puncak tertinggi Huashan (juga yang paling tinggi antara kelima-lima Gunung
Besar). Puncak ini dikenali dengan nama ‘Puncak Angsa Liar’ kerana terdapat
satu legenda tempatan yang mengisahkan bahawa angsa liar yang datang dari
selatan akan singgah di puncak tersebut.
![]() |
| Peta pendakian Gunung Huashan |
Puncak Selatan juga
menempatkan laluan pendakian paling berbahaya di Huashan, dikenali sebagai
‘Laluan Papan’. Di situ, para pendaki perlu berjalan di atas papan seluas 0.3
meter (0.9 kaki) untuk sampai di puncaknya. Pengalaman berbahaya ini kemudian diganjari
dengan peluang menyaksikan pemandangan indah, seperti pemandangan empat puncak
Huashan yang lain dan pemandangan Sungai Kuning yang mengalir di bawahnya.
Puncak-puncak lain juga
mempunyai nama timangan yang tersendiri. Misalnya, Puncak Timur dikenali sebagai
‘Puncak Singgahan Matahari’, manakala Puncak Barat, Puncak Tengah, dan Puncak
Utara masing-masing dinamakan sebagai ‘Puncak Bunga Teratai’, ‘Puncak Bidadari
Jed’, dan ‘Puncak Teres Megawan’. Kesemua puncak ini mempunyai tarikan yang
unik dan berbaloi untuk dikunjungi. Di Puncak Barat misalnya, terdapat sebuah
kuil Tao bernama Istana Cuiyun. Di hadapan kuil ini terdapat sebongkah batu
yang berbentuk seperti teratai, justeru meraihkan nama timangannya itu. Di
sebelah Istana Cuiyun itu juga terdapat tujuh bongkah batu yang menurut
legenda, terbentuk sewaktu gunung tersebut dibelah oleh Chenxiang dalam usaha
menyelamatkan ibunya yang dipenjarakan.
![]() |
| Pemandangan indah dari Gunung Hua |
SUMBER
- Archer, R. 2011. The Dangerous Huashan Hiking Trail in China.
- Discover-Zone. 2014. Mount Huashan, China: The Most Dangerous Hiking Trail in the World.
- Lina D. 2014. The World’ Most Dangerous Hiking Trail.
- Travel ChinaGuide. 2017. Mt. Huashan.
- Unboundly. 2015. Mount Huashan – Is the Death Toll Real?
- Huffingtonpost. 2013. Mount Huashan Is One of the Most Dangerous, Terrifying Hikes in the World.
- Get link
- X
- Other Apps



