- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pautan ke artikel asal:
Wu Mingren. (28 Disember 2015). Zheng He: Famous Chinese Explorer who Added
Wealth and Power to the Ming Dynasty. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/zheng-he-famous-chinese-explorer-who-added-wealth-and-power-ming-dynasty-020680
Zheng He (juga dikenali
sebagai Cheng Ho) merupakan salah seorang laksamana paling masyhur dalam
sejarah China. Namanya ditempa menerusi perlayaran-perlayaran meredah samudera
luas yang diketuai oleh beliau. Perlayaran-perlayaran yang sebahagian besarnya
dibiayai oleh Maharaja Yongle ini bertujuan untuk meluaskan kekuasaan dan
kekayaan Dinasti Ming. Ada juga sejarahwan yang berpendapat perlayaran ini
dilakukan atas maksud yang
oleh maharaja Ming, Yongle,
itu sendiri. Namun, berikutan cara kenaikan takhta Maharaja Yongle, diandaikan
bahawa perlayaran-perlyaran ini dilakukan maksud yang lebih jahat. Namun
sebelum mendalami hal itu, kita perlu terlebih dahulu melihat lelaki yang
mengetuai perlayaran-perlayaran itu, laksamana Zheng He.
LATAR BELAKANG ZHENG HE
Zheng He dilahirkan
pada tahun 1371 sebagai seorang Hui-Muslim di Yunnan. Nama sebenarnya adalah Ma
He. Pada tahun 1378, daerah Yunnan dikuasai oleh tentera Ming yang ketika itu
sedang menghapuskan saki-baki penyokong Dinasti Yuan. Tiga tahun kemudian,
iaitu pada 1381, Zheng He ditangkap dan dihantar ke Nanjing. Di sana, beliau
dikembiri dan kemudian, beliau dihantar ke Beiping (Beijing moden) untuk
menumpahkan khidmat kepada Putera Yan. Sepanjang perkhidmatannya, Zheng He
memperagakan kecekapan dalam mengetuai pasukan perang. Berkat kesetiaan dan
bakat kepimpinan yang beliau miliki, Zheng He kemudian dijadikan sebagai salah
seorang orang kepercayaan Putera Yan.

Tugu Laksamana Zheng He (Muzium Maritim Quanzhou)
ARMADA KHAZANAH
Pada Ogos 1399, Putera
Yan melancarkan pemberontakan terhadap Maharaja Jianwen, iaitu maharaja ke-2
Dinasti Ming yang juga merupakan anak saudaranya. Pemberontakan tersebut
berhasil mencapai tujuannya dan pada tahun 1402, beliau menabalkan diri sebagai
Maharaja Yongle.
Dalam catatan-catatan
sejarah rasmi, disebutkan bahawa Maharaja Jianwen hilang dalam kebakaran yang
meranapkan istana. Namun, ada juga yang berpendapat beliau terselamat dan
membawa diri ke Asia Tenggara. Oleh kerana itu, lahir spekulasi kononnya
perlayaran-perlayaran Zheng He yang dibiayai oleh Maharaja Yongle adlaah
bermaksud untuk mencari dan menamatkan riwayat bekas maharaja itu. Walau
bagaimanapun, sejarahwan sependapat menyatakan bahawa matlamat utama perlayaran
tersebut adalah untuk memperagakan kekuasaan dan kekayaan Dinasti Ming kepada
seantero dunia.

Tugu Zheng He di kuil Sam Po Kong, Semarang, Indonesia
Maka pada tahun 1403,
Maharaja Yongle menitahkan pembinaan ‘Armada Khazanah’. Selain kapal-kapal
dagang, antara yang turut dibina adalah kapal-kapal perang dan kapal-kapal
sokongan. Kapal paling besar dipercayai berukuran 400 kaki (121.9 meter)
panjang dan 186 kaki (56.7 meter) lebar. Sebagai perbandingan, geladak kapal Santa
Maria milik Christopher Columbus hanya sepanjang 58 kaki (17.7 meter)
sahaja.
Perlayaran pertama dari
tujuh perlayaran secara keseluruhan diberangkatkan pada tahun 1405, dengan
melibatkan lebih 27 870 orang anak kapal dan 317 buah kapal. Selain kru kapal,
antara yang turut menganggotai ekspedisi ini adalah golongan kerani,
penterjemah, tentera, karyawan, tabib, dan ahli falak. Kargo yang dibawa pula
kebanyakannya adalah barangan mewah, seperti sutera, porselin, dan perhiasan
emas dan perak.

Lukisan yang menggambarkan kapal-kapal Zheng He
PERLAYARAN-PERLAYARAN
ZHENG HE
Perlayaran pertama ini
membawa Armada Khzanah ke Calicut yang terletak di barat daya India. Di sana,
rempah-ratus seperit buah pelaga, kayu manis dan lada hitam dibeli dengan
kuantiti yang banyak. Sebelum tiba d Calicut, Zheng He dan armadanya terlebih
dahulu singgah di beberapa buah tempat di Asia Tenggara, seperti Champa
(selatan Vietnam), Siam (Thailand), Melaka, dan Tanah Jawa. Dalam perjalanan
pulang ke China pula, mereka sempat berkunjung ke Ceylon (Sri Lanka).
Pada tahun 1407, Armada
Khazanah selamat tiba di China. Bukan hanya rempah-ratus sahaja yang dibawa
pulang. Utusan-utusan daripada kerajaan lain juga ikut tumpang armada tersebut
dan memberi kunjung hormat kepada Maharaja Ming. Tidak tinggal juga ada yang
mengedepankan ufti bagi menjalinkan hubungan dua hala dengan Dinasti itu.
Sepanjang tempoh 1408
hingga 1433, Zheng He mengadakan rundingan dagang dengan kerajaan-kerajaan
asing, memerangi lanun yang membuat onar, menggulingkan raja zalim, dan membawa
pulang ramai utusan dari pelbagai kerajaan yang masing-masing mengajukan
bayaran ufti kepada Ming.

Peta Kangnido (1402) yang bertarikh lebih awal dari perlayaran-perlayaran Zheng He dan mengisyaratkan bahawa beliau mempunyai maklumat geografi yang terperinci tentang Dunia Lama
PEMERGIAN ZHENG HE
Zheng He menghembuskan
nafas terakhirnya pada tahun 1433. Sebahagian sejarahwan berpendapat beliau
meninggal dunia semasa berada di Calicut. Ada pula yang menyatakan beliau
dijemput ajal semasa dalam perjalanan pulang ke China dan ada juga yang
mengandaikan beliau sempat sampai di China.

Makam Zheng He, Nanjing, China
Walau bagaimanapun,
tidak lama selepas pemergian beliau, catatan-catatan sejarah yang memerihalkan
tentang sosok peribadi dan kisah perlayarannya banyak dihapuskan. Bahkan,
hampir kesemua perlayaran beliau hanya dilakukan semasa era Maharaja Yongle
yang mangkat pada tahun 1424. Pewarisnya, iaitu Hongxi, mengenepikan sama
sekali ekspedisi lautan Zheng He. Hanya pada zaman pemerintahan Xuande si cucu
Yongle, barulah laksamana Ming itu berpeluang menyudahkan perlayaran
terakhirnya, perlayaran ketujuh. Walaupun pengaruhnya seakan-akan sirna tidak
lama selepas pemergiannya, nama Zheng He terus dikenang sebagai tokoh bangsa
dalam kalangan masyarakat China di Asia Tenggara.

Monumen Zheng He, Melaka, Malaysia
SUMBER
- Chinaculture. 2005. Admiral Zheng He (1371-1433).
- Chinatownology. 2015. Ming Emperor overseas?
- Hadingham, E. 2001. Ancient Chinese Explorers.
- Kahn, J. 2005. China Has an Ancient Mariner to Tell You About.
- Ministry of Culture, P.R. China. 2003. Zheng He.
- Szczepanski, K. 2015. Timeline: Zheng He and the Treasure Fleet.
- Szczepanski, K. 2015. Zheng He, Ming China’s Great Admiral.
- The Mariners’ Museum. 2015. Zheng He.
- Zaimeche, S. 2015. Zheng He – the Chinese Muslim Admiral.
- Get link
- X
- Other Apps
