- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Eustace si Rahib
merupakan seorang l4nvn masyhur yang bergiat aktif di Selat Inggeris pada awal
kurun ke-13 Masehi. Selain berkecimpung dalam dunia perl4nvnan, Eustace turut
dicatatkan pernah bekerja sebagai seorang petugas rasmi di bawah seorang count.
Sebagai seorang l4nvn, Eustace pada mulanya berada di pihak Inggeris sebelum
kemudiannya beralih arah ke Perancis yang ketika itu sedang berperang dengan
England.
KEHIDUPAN AWAL EUSTACE
Eustace si Rahib
dilahirkan sekitar tahun 1170 Masehi dengan nama sebenarnya adalah Eustace
Busket. Tempat kelahirannya dipercayai terletak berhampiran Boulogne, utara
Perancis. Menurut Romance of Eustace, karya biografi yang dikarang pada
1223-1284 oleh seorang penulis tidak dikenali dari Picardy, Perancis, Eustace
dilahirkan di Corse, yang mungkin merujuk kepada Courset, berjarak kira-kira 19
km dari Boulogne.
Eustace adalah anak
lelaki kepada Badouin Busket, seorang bangsawan kecil di Boulogne. Tempoh
pembesarannya berlangsung sama seperti kebanyakan bangsawan lain pada waktu
itu. Bagaimanapun, kehidupan Eustace mula menunjukkan perubahan ketara selepas
beliau berangkat ke Toledo, Sepanyol.
Kononnya, Eustace
berkelana ke Toledo bagi tujuan mempelajari ilmu hitam di sebuah gua. Beliau
disifatkan sebagai seorang pengamal ilmu hitam yang mahir dan tiada tolok
bandingan di Perancis. Namun, dakwaan-dakwaan sedemikian langsung tiada bukti
sokongan dan sejarahwan tidak dapat memastikan sama ada ianya direka sendiri
oleh pengarang Romance of Eustace atau cerita tersebut diambil daripada
pihak lain.
Bagaimanapun,
sebahagian masyarakat pada zaman terkemudian mempercayai dakwaan tersebut dan
mereka bahkan mengaitkan kejayaan Eustace sebagai seorang l4nvn dengan ilmu
hitam yang dikuasainya sejak muda.
![]() |
| Eustace pernah menjadi rahib Benedictine |
Apa yang pasti, pada
peringkat selanjutnya dalam hidup beliau, Eustace menjadi rahib. Beliau
memasuki Biara Benedictine yang terletak tidak jauh dari Boulogne. Sebab-sebab
yang mendorongnya untuk menjadi rahib tidak diketahui. Ada sejarahwan yang
berpandangan, pilihan tersebut diambil kerana beliau adalah anak bongsu dalam
keluarga bangsawan dan kebiasaannya anak bongsu bangsawan ditetapkan supaya menjadi rahib. Bagaimanapun, beliau dicatatkan sebagai seorang rahib yang buruk
perilakunya.
Misalnya, beliau pernah
mengajak rahib-rahib lain untuk menjamu makanan sedangkan ketika itu mereka
sedang berpuasa. Beliau juga pernah menc4rvt semasa mereka sedang membaca Doa
Harian (Divine Office) dan kentut di serambi gereja. Walaupun
perilakunya sebagai rahib agak buruk, agak ironi apabila beliau diingati dengan
nama timangan Eustace si Rahib.
Apapun, Eustace tidak
berada lama di biara tersebut. Menurut Romance of Eustace, beliau
meninggalkan dunia rahib bagi menuntut keadilan daripada Count of Boulogne atas
pembvnvhan ayahnya. Namun, dakwa seorang rahib merangkap penulis Benedictine
yang bernama Matthew Paris , Eustace meninggalkan biara kerana mahu
mendapatkan harta tinggalan adik-beradiknya yang men!ngg4l dunia tanpa pewaris.
Pendapat kedua ini dianggap aneh kerana dalam Pert3mpvran Sandwich yang
meng0rb4nkan nyawa Eustace, dicatatkan bahawa adik-beradiknya terselamat.
Walaupun Eustace gagal
memujuk Count untuk menghakimi pembvnvh bapanya, beliau tidak berputus asa
sebaliknya membawa pasukannya sendiri bagi mengejar pembvnvh tersebut, yang
dicatatkan bernama Hainfrois de Heresinghen. Setelah kedua-duanya saling
berhadapan, Eustace dan Hainfrois menghantar wakil masing-masing untuk beradu
tenaga. Wakil Eustace tewas, justeru Hainfrois mendakwa dirinya tidak bersalah.
Semenjak itu, Eustace tidak lagi mengejar Hainfrois bagi membalas dendam ke
atasnya. Beliau kemudian membawa diri menghadap Renaud de Dammartin, Count of
Boulogne, dan mencurahkan khidmat bakti kepadanya.
Sebagai petugas rasmi
(lantikan raja), Eustace dipertanggungjawabkan dengan hal-ehwal pentadbiran,
termasuklah urusan yang bersifat kewangan. Setelah berkhidmat selama beberapa
tempoh, Eustace dituduh menyeleweng wang kerajaan dan hal ini mencetuskan
pertengkaran antara beliau dan Renaud. Sebahagian sejarahwan berpendapat
tuduhan tersebut dilemparkan oleh Hainfrois bagi menyingkirkan Eustace.
Pada mulanya, Eustace mengaku
tidak bersalah dan mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab. Namun, beliau kemudiannya melarikan diri atas sebab-sebab yang tidak jelas. Tindakan
tersebut mendorong Renaud untuk menyimpulkan bahawa Eustace sememangnya
bersalah, sekaligus mewartakan beliau sebagai penjenayah yang dikehendaki.
Harta Eustace lantas dir4mp4s dan ladang miliknya pula dib4k4r. Susulan itu,
Eustace pun bersumpah untuk memberikan balasan setimpal kepada Renaud lalu
menjadi seorang per0mp4k, sama seperti Robin Hood yang hidup
sezaman dengan beliau.
![]() |
| Eustace pernah menjadi per0mp4k sebelum menjadi l4nvn, justeru beliau sering disamakan dengan Robin Hood yang hidup sezaman dengannya |
KISAH SEBAGAI PER0MP4K
DAN L4NVN INGGERIS
Terdapat banyak kisah
yang mewarnai perjalanan hidup Eustace sepanjang beliau menjadi per0mp4k.
Antaranya, beliau pernah memperdaya seorang kesatria Renaud dengan berpakaian
seperti wanita. Dikisahkan, Eustace mendekati kesatria tersebut lalu menawarkan
tubuhnya dengan imbalan, kesatria itu membenarkannya menaiki kuda beliau. Dek kerana tergoda dengan tawaran tersebut, kesatria itu pun membantu Eustace
menaiki kudanya. Tanpa semena-mena, Eustace melepaskan kentut tepat pada muka
kesatria itu lantas dengan pantas melarikan kuda tersebut.
Dalam kisah lain,
Eustace pernah memperdaya Renaud dengan menyamar sebagai seorang peminta
sedekah. Renaud tanpa mengesyaki apa-apa lantas menghulurkan sejumlah wang
kepada Eustace, yang langsung sahaja melompat ke atas kudanya dan memacu pergi.
Walau bagaimanapun,
tidaklah semua kisah r0mp4kan Eustace bersifat lucu. Sebahagiannya malah
menyeramkan. Misalnya, Eustace pernah men4ngk4p lima orang pengawal peribadi
Renaud. Empat orang daripada mereka habis dip0t0ng kakinya oleh Eustace. Sambil
itu, pengawal kelima sengaja dibiarkan hidup untuk menyampaikan pesanan kepada
Renaud. Dalam peristiwa lain, Eustace pernah menangkap seorang kanak-kanak
lelaki yang beliau syak sebagai salah seorang pengintip Renaud. Tanpa memberi
peluang kepada anak kecil itu untuk membela diri, Eustace langsung sahaja
memaksa beliau menggantung dirinya sendiri sehingga m4t!.
Walaupun kegiatan
Eustace cukup memeningkan kepala Renaud, segalanya berakhir apabila bangsawan
itu menjalinkan kerjasama dengan Raja Perancis. Dalam erti kata lain, Eustace
bukan sekadar dimvsvhi Renaud, tetapi seluruh negara. Oleh kerana itu, Eustace
pun membawa diri ke istana Raja John dan menumpahkan khidmat kepada England
yang ketika itu sedang berp3r4ng dengan Perancis.
Karier Eustace di
istana Raja John bermula sekitar 1205 M. Pada waktu itulah, Eustace mula
menceburi bidang perl4nvnan. Kegiatannya banyak bertumpu di Selat Inggeris dan
Selat Dover, dengan kapal-kapal Perancis menjadi mangsanya. Kebolehan Eustace
diperakui sendiri oleh Raja John. Justeru, beliau mengurniakan Eustace
kepimpinan ke atas lebih 30 buah kapal bagi menghuru-harakan kedudukan
Perancis.
![]() |
| Pulau Sark yang menjadi pangkalan l4nvn Eustace |
Hubungan antara Eustace
dan Raja John berlangsung mesra. John malah membenarkan Eustace bertindak
sewenangnya di lautan. Walaupun Eustace meny3r4ng kesemua kapal yang
dijumpainya, termasuklah kapal-kapal Inggeris, beliau sama sekali tidak ditegur
oleh Raja John. Lebih daripada itu, Eustace dianugerahi pula beberapa bidang
tanah di Norfolk, selain diperkenan untuk membina pangkalan l4nvn di Pulau
Sark. Makanya, tidak hairan jika namanya masyhur dalam kalangan warga bandar
pelabuhan di pantai selatan Inggeris.
Bagaimanapun, hubungan
mesra antara dua tokoh tersebut mula renggang pada tahun 1212 sehingga 1214. Hal
ini dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, Raja John
menjalinkan hubungan baik dengan mvsvh lama Eustace, iaitu Renaud si bangsawan
Coulogne. Eustace dan isterinya juga pernah dipenjarakan sewaktu beliau gagal
membayar hutang kepada Raja John. Menurut Romance of Eustace, anak
perempuan Eustace yang dijadikan sebagai tahanan raja Inggeris itu habis
dib4k4r hidup-hidup dan anggota tubuhnya dil4p4h, sebelum akhirnya beliau m4t!
dibvnvh. Faktor terakhir adalah reputasi Eustace yang semakin meningkat
membuatkan Raja John menganggapnya sebagai ancaman buat England lantas beliau
pun meny3r4ng pangkalan Eustace di Sark.
![]() |
| Dalam P3r4ng Baron Pertama, Eustace berada di pihak Perancis (kanan), namun tewas di tangan Inggeris (kiri) |
EUSTACE KEMBALI MEMIHAK
PERANCIS
Oleh kerana itu,
Eustace sekali lagi mengubah haluan. Kali ini, kesetiaannya dicurahkan kepada
Perancis. Sama seperti Raja John, Philip Augustus si raja Perancis turut
memperakui kebolehan Eustace di lautan. Namun, beliau turut menyedari bahawa
Eustace adalah seorang yang bersifat oportunis. Bagaimanapun, kerisauan
tersebut tidak menghalang beliau dari melantik Eustace sebagai laksamana.
Pada masa itu, P3r4ng
Baron Pertama meletus di England. P3r4ng tersebut memperlihatkan baron-baron
Inggeris yang men3nt4ng kerajaan bertindak menjemput Louis, putera Philip,
untuk masuk ke England dan merebut takhta Inggeris dari Raja John.
Sewaktu Perancis
melakukan s3r4ngan awalnya pada Mei 1216, Eustace bertanggungjawab mengangkut
pasukan t3nt3ra dan barang bekalan mengharungi Selat Inggeris. Memasuki musim
bunga pada tahun berikutnya, Eustace mencurahkan jasa dengan mervntvhkan
kepungan armada Inggeris ke atas bandar pelabuhan Rye dan menyelamatkan Louis
yang terperangkap di sana. Lewat tahun sama, Eustace sekali lagi menyelamatkan
Louis. Namun dalam peristiwa tersebut, Eustace menghadapi musibah.
S3r4ngan Louis ke atas
England pada mulanya berjalan dengan baik. Sejurus selepas berlabuh di pantai
England, beliau dengan pantas merebut separuh wilayah England dan meraih
sokongan lebih 2/3 baron Inggeris. Namun setahun kemudian, keadaan berubah
sepenuhnya. Kemangkatan Raja John pada bulan Oktober 1216 mendorong baron-baron
Inggeris untuk menumpahkan kesetiaan kepada Raja Henry III, putera John yang berusia
9 tahun.
Semenjak itu, pasukan
Inggeris mem3r4ngi Louis dengan sepenuh hati. Pada Mei 1217, Louis tewas dalam
Pert3mpvran Lincoln dan beliau terpaksa berundur ke selatan. Kekalahan tersebut
mendorong Lincoln untuk memeterai perjanjian damai bagi menamatkan p3p3rangan.
Namun, beliau berubah fikiran setelah mendengar berita kedatangan pasukan
bantuan dari Perancis.
![]() |
| Eustace menemui ajalnya dalam Pert3mpvran Sandwich, pert3mpvran yang digambarkan melalui rajah di atas |
Pasukan tersebut tidak
lain dan tidak bukan diketuai oleh Eustace. Ia terdiri daripada 70 buah kapal
bekalan dan 10 kapal p3r4ng. Bagaimanapun, mereka terpaksa berhadapan dengan
armada Inggeris dari Dover yang berkekuatan 40 buah kapal. Pasukan laut
Inggeris yang berada di bawah kepimpinan Hugh de Bugh dengan penuh bergaya
menewaskan armada Perancis dalam Pert3mpvran Sandwich (juga dikenali sebagai
Pert3mpvran Dover). Namun, punca kekalahan tersebut tidaklah diletakkan
sepenuhnya pada bahu Eustace, sebaliknya pada Robert de Courtenay, bakal maharaja
Konstantinopel. Walaupun Eustace merupakan laksamana armada, kepimpinan
tertinggi disandang oleh de Courtenay sekaligus perintahnya lebih diutamakan
berbanding Eustace.
Nasihat Eustace supaya
tidak mengejar armada Inggeris yang berpura-pura berundur tidak diendahkan oleh
de Courtenay. Akibatnya, kapal-kapal Perancis menjadi mangsa b3d!lan
kapal-kapal Inggeris dengan de Courtenay
sendiri dijadikan sebagai tahanan p3r4ng, sebelum dibebaskan setelah membayar
tebusan.
Bagaimanapun, nasib Eustace tidak sebaik de Courtenay. Walaupun beliau bersedia membayar tebusan dengan segala harta miliknya, Inggeris yang menyimpan d3nd4m terhadapnya enggan membebaskan beliau. Eustace hanya diberikan peluang untuk memilih lokasi kem4t!annya – iaitu sama ada di palang gantungan kapal atau di sebelah trebuchet. Pilihan Eustace tidak dicatatkan sejarah. Hanya nama algojonya sahaja diketahui, iaitu Stephan Crabbe. Dengan demikian, tamatlah riwayat Eustace si Rahib, salah seorang l4nvn masyhur dalam sejarah.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (14 Disember 2020). Eustace the Monk: Talented Pi-rate for the
French and the English. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/eustace-monk-0014670
- Get link
- X
- Other Apps





