- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Sama seperti tamadun
Yunani, Rom, dan Norse purba, masyarakat Mesir juga menghormati dan bahkan
memuja pelbagai jenis haiwan. Namun, tiada haiwan pujaan yang dapat menandingi
kedudukan kucing. Tambah menarik, di Mesir, kucing hanya berjaya dijinakkan
setelah memasuki Zaman Pra-Dinasti, yakni jauh lebih lambat berbanding anjing.
Namun, keunggulan mereka dalam tamadun Mesir tidak dapat digugat sehingga ke
hari ini.
Dewi kucing pertama mereka ialah Mafdet. Kesan pemujaan dewi ini boleh dijejak kembali pada era Dinasti Pertama Mesir, iaitu antara 3,400 hingga 3,000 SM. Sebagai dewi kucing, Mafdet kebiasaannya dilihat sebagai pelindung dari sengatan atau patukan beracun, khususnya dari ular dan kala jengking (mungkin ini kerana kucing adalah pemangsa ular dan kala jengking).
Setelah berlalu beberapa tempoh,
kedudukan Mafdet diambil-alih oleh dewi Bastet yang dipuja sebagai pelindung
Mesir Hilir, penjaga firaun, dan pendamping Ra si dewa matahari. Bastet
kebiasaannya digambarkan bertubuh wanita dan berkepala kucing. Adakalanya, ia
dipuja sebagai personafikasi matahari itu sendiri dengan kuil utamanya terletak
di Bubastis, Mesir.
![]() |
Tugu kucing yang dipercayai menggambarkan bentuk Bastet, pada zaman lewat |
Sejarahwan mengandaikan
bahawa pemujaan kedua-dua Bastet dan Mafdet mempunyai akar daripada legenda
seekor kucing hitam kayangan yang bernama Mau/Muit. Menurut legenda, ia
berperanan melindungi pokok suci Persea di Annu dari gangguan Apophis si ular
jahat. Ketika Apophis cuba melilit pokok tersebut, Mau menangkap dan mem3ngg4l
kepalanya. Oleh kerana itu, Bastet dan Mafdet sering dikaitkan dengan Mau/Muit.
![]() |
Ra yang menjelma sebagai kucing membvnvh Apophis si ular, lukisan pada Makam Inherkha, 1160 SM, Thebes |
Memasuki awal milenium
ke-3 SM, Bastet mula dikaitkan dengan segala jenis kucing dan setiap kucing
dianggap sebagai personafikasi fizikal dewi tersebut. Namun, sewaku Mesir Hulu
dan Mesir Hilir disatukan sekitar tahun 3000 SM, kedudukan Bastet digantikan
oleh satu lagi dewi kucing bernama Sekhmet. Rupa paras Sekhmet digambarkan
lebih garang berbanding Bastet. Walaupun kedua-duanya seakan serupa, Sekhmet
lebih mirip kepada rupa paras singa betina dan bukannya kucing. Rentetan perubahan
tersebut, Bastet mula dianggap sebagai dewi pelindung kucing-kucing jinak
manakala Sekhmet pula adalah dewi pelindung singa betina.
Di samping itu,
terdapat juga beberapa dewa lain yang dikaitkan dengan kucing. Antaranya Neith
dan Mut. Bagaimanapun, Bastet dan Sekhmet tanpa dinafikan adalah dewi kucing
yang paling unggul dalam pantheon Mesir purba.
![]() |
Ukiran dewi Sekhmet pada tiang batu di Kuil Kom Ombo, Mesir |
Bagi tamadun Mesir,
manusia dan kucing sememangnya banyak meluangkan masa bersama. Kehadiran kucing
banyak membantu manusia dalam sudut pertanian, khususnya bagi mem4ngs4kan
haiwan-haiwan per0s4k seperti tikus dan ular. Sebagai membalas jasa, manusia
kebiasaannya akan melindungi kucing dari haiwan-haiwan pemangsa yang lebih
besar dan seiring peredaran waktu, kucing Mesir pun perlahan-lahan mula berubah
jinak. Mereka dibawa masuk ke rumah dan diberi makan minum, bagi tujuan
memelihara rumah tuannya.
![]() |
Sarcophagus kucing peliharaan Thutmose, putera sulung Amenhotep III dan Ratu Tiye |
Walaupun kucing mendapat tempat yang khusus dalam hati masyarakat Mesir purba, tubuh mereka tidaklah dipuja seperti dewa. Ia cuma dihormati sebagai personafikasi dewa sahaja. Atas sebab itu, kucing dilindungi dan dihormati. Membahayakan kucing adalah sama seperti membahayakan dewa, dan perbuatan tersebut merupakan pantang utama masyarakat Mesir purba.
Pada era tertentu dalam sejarah Mesir, sesiapa
yang membvnvh kucing sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja, akan
dijatuhi hukuman m4t!. Seorang sejarahwan terkemuka dari zaman silam, Diodorus,
pernah mencatatkan satu insiden di mana seorang warga Rom secara tidak sengaja
terbvnvh seekor kucing. Beliau lantas dikenakan hukuman setimpal.
Sebagai haiwan yang
dihormati dan dilindungi, sebahagian kucing bahkan turut dimumiakan sama
seperti manusia. Kadangkala, ia dimumiakan sebagai haiwan peliharaan yang
disayangi, dengan harapan ia dapat bersatu semula dengan tuannya di alam sana.
Namun, kebanyakan kucing dimumiakan atas tujuan keagamaan yang sama sekali
tidak mempunyai hubungan dengan kematian manusia. Mumia-mumia kucing sebegini
lazim dijadikan sebagai barang pemujaan yang dipersembahkan kepada dewa-dewi.
![]() |
Mumia kucing |
Pada tahun 1888,
seorang petani Mesir menjumpai sebuah makam yang mengandungi lebih 80,000 mumia
kucing di pinggir bandar Beni Hasan. Semenjak itu, ahli-ahli arkeologi mula
menemui lebih banyak makam kucing. Cuma malangnya, kebanyakan makam tersebut
telah dir0mp4k sebelum sempat ianya dikaji oleh pakar; misalnya dilaporkan
bahawa pada kurun ke-19 M, sebanyak 180,000 mumia kucing dilarikan ke Britain
untuk diproses menjadi baja.
Walaupun kultus
pemujaan kucing tidak lagi wujud pada hari ini, haiwan tersebut kekal menjadi
salah sebuah simbol utama tamadun Mesir purba lebih-lebih lagi tugu Sphinx masih
berdiri dengan megah sebagai mercu budaya bagi negara Sungai Nil tersebut.
TERJEMAHAN
Riley Winters. (9 Mei 2015). The Veneration and Worship of Felines in Ancient
Egypt. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history/veneration-and-worship-felines-ancient-egypt-003030
- Get link
- X
- Other Apps