- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Di India, terdapat satu
legenda tentang sebuah pertubuhan rahsia yang kononnya menyimpan bermacam-macam
pengetahuan yang kononnya mampu mengh4ncvrkan dunia. Pertubuhan yang dikenali
sebagai Sembilan Lelaki Misteri ini dipercayai ditubuhkan lebih 2000 tahun yang
lalu dan berperanan mencatur hal-ehwal politik dan sosial kerajaan. Namun,
benarkah pertubuhan ini wujud atau ia hanya sekadar satu dongengan?
Menurut legenda, organisasi
Sembilan Lelaki Misteri dibentuk sekitar tahun 225 Sebelum Masehi oleh Maharaja
Ashoka. Sebagai cucu kepada Chandragupta, maharaja agung yang menyatukan
sub-benua India dan pengasas Empayar Maurya, Ashoka bertekad mahu mengekalkan
legasi datuknya. Ketika itu pula, kerajaan Kalinga bangkit men3nt4ng
pemerintahan Ashoka sekali gus mendorong berlakunya p3r4ng besar-besaran. Dalam
p3p3rangan tersebut, pasukan tentera Ashoka dicatatkan membvnvh lebih 100,000
orang dan menangkap lebih 150,000 yang lain. Kedahsyatan k0rb4n p3r4ng ini
membuatkan Ashoka bersumpah untuk tidak lagi menggunakan jalan kekerasan.
![]() |
| Relif India yang dipercayai menggambarkan Ashoka |
Beliau kemudian memeluk
agama Buddha dan berusaha menyebarkan ajaran itu ke seluruh India, yang
seterusnya bertebaran hingga ke China, Nepal, Tibet, dan Monggolia. Walaupun
Ashoka merupakan seorang vegetarian, beliau tidaklah memaksa rakyatnya untuk
mengamalkan tabiat yang sama. Bahkan, beliau dikenali sebagai seorang tokoh
yang sangat bertoleransi terhadap aliran-aliran agama lain dan satu-satunya
larangan keras yang dibuatnya adalah berkenaan pengambilan arak.
Paling penting, beliau
berpegang pada prinsip bahawa satu-satunya pen4klvkan sejati adalah dengan
memenangi hati manusia menerusi jalan ketaatan dan memenuhi tanggungjawab
insani kerana setiap makhluk berhak menikmati keamanan, ketenteraman, dan
kebahagiaan. Prinsip ini dipegang teguh oleh Ashoka sehingga beliau berusaha
menghindarkan rakyatnya dari menggunakan akal fikiran dan ilmu pengetahuan
untuk tujuan kejahatan, khususnya p3p3rangan. Usaha mengumpul, memelihara, dan
menyimpan segala ilmu pengetahuan sememangnya tidak dapat dilakukan oleh beliau
sendirian. Justeru, Ashoka memanggil sembilan orang paling genius di India
ketika itu lalu membentuk sebuah pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai
Sembilan Lelaki Misteri.
![]() |
| Perutusan Ashoka mewarwarkan perdamaian, ilustrasi dari karya Hutchinson berjudul Story of the Nations |
Pertubuhan ini
bertujuan mengumpulkan segala pengetahuan saintifik yang ada, bermula dari
sains tabii hingga ke psikologi dan kimia. Lantaran khuatir ilmu-ilmu tersebut
akan disalah guna jika berada di tangan masyarakat umum, maka hanya Sembilan
Lelaki Misteri ini sahaja dibenarkan mempelajari dan mengembangkan sebarang
teori dan teknologi saintifik. Untuk memudahkan tugas, setiap seorang daripada
mereka dipertanggungjawab ke atas satu bidang pengetahuan. Jika ada yang tidak
lagi dapat menumpahkan khidmat – sama ada kerana mahu bersara, atau kesihatan
menyusut, atau men!ngg4l dunia – maka tugas tersebut diserahkan kepada seorang
pengganti terpilih. Bilangan anggota pertubuhan ini sentiasa dikekalkan
sembilan orang; tidak berkurang dan tidak bertambah.
Pada tahun 1923,
seorang penulis Inggeris bernama Talbot Mundy menerbitkan sebuah buku berjudul The
Nine Unknown Men. Dalam buku tersebut, beliau menyenaraikan sembilan bidang
keilmuan atau buku yang dipertanggungjawab ke atas setiap anggota pertubuhan
rahsia itu.
1 – Propaganda: Buku
pertama berbicara tentang teknik-teknik menyebarkan propaganda dan p3r4ng
psikologi. Menurut Mundy, ia merupakan ilmu yang paling berbahaya kerana ia
mampu mengacu pemikiran massa sekali gus membolehkan seseorang untuk mentadbir
mereka.
2 – Fisiologi: Buku
kedua menyentuh tentang fisiologi dan mengkaji cara membvnvh dengan hanya
menyentuh mangsa, yakni mengacau aliran sarafnya. Kononnya, seni bela diri Judo
terhasil daripada maklumat yang terbocor dari buku kedua ini.
3 – Mikrobiologi: Buku
ketiga berkisar tentang mikrobiologi dan bioteknologi.
4 – Akimia: Buku
keempat memerihalkan topik alkimia. Kononnya sewaktu berlaku musim kemarau yang
panjang, kuil-kuil dan pertubuhan-pertubuhan keagamaan tempatan sering menerima
bantuan emas dari pihak yang tidak dikenali.
5 – Komunikasi: Buku
kelima mengkaji segala macam bentuk dan medium komunikasi, baik terrestrial
mahupun esktraterrestrial.
6 – Graviti: Buku
keenam menumpu pada penyelidikan graviti serta kaedah mencipta Vimana Veda
(istana atau pedati terbang dalam mitos Hindu).
7 – Kosmogini: Buku ketujuh
mengandungi ilmu kosmogoni dan segala hal-ehwal alam semesta.
8 – Cahaya: Buku
kelapan secara khusus membicarakan tentang cahaya, termasuklah kelajuannya dan
kaedah untuk menggunakannya sebagai s3nj4ta.
9 – Sosiologi: Buku
kesembilan dan terakhir menyentuh perihal sosiologi, merangkumi hukum-hukum
perkembangan masyarakat serta tanda-tanda kejatuhannya.
Bagaimanapun, kewujudan
organisasi ini diragui dan tidak banyak maklumat yang dapat diketahui
tentangnya. Kepopularitinya pula hanya muncul semula pada lewat kurun ke-19 dan
awal kurun ke-20, menerusi karya beberapa orang penulis seperti Jacolliot,
Talbot Mundy, Louis Pauwels, dan Jacques Bergier. Namun, kesemuanya hanya
dipenuhi dengan andaian dan persoalan semata-mata tanpa sebarang pembuktian yang
munasabah. Apapun, legenda Sembilan Lelaki Misteri ini sedikit-sebanyak
menggambarkan kepada kita betapa tamadun India juga tidak terlepas daripada
mempunyai teori konspirasi ‘Illuminati’-nya yang tersendiri.
TERJEMAHAN:
Kerry Sullivan. (25 September 2016). The Mysterious Secret
Society of Ancient India and the Nine Unknown Men of Ashoka. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/mysterious-secret-society-ancient-india-and-nine-unknown-men-ashoka-006714
RUJUKAN:
Ancient Explorers
Staff. “India’s Ancient Illuminati: The Nine Unknown Men. Ancient
Explorers. 2016.
http://ancientexplorers.com/blog/indias-ancient-illuminati-nine-unknown-men/
Baidya, Sankalan. “20
Interesting The Nine Unknown Men.” Facts Legend. 10 April 2015.
http://factslegend.org/20-interesting-the-nine-unknown-men-facts/
Pauwels, Louis, and
Jacques Bergier. “The Nine Unknown Men – Sub-Figura Vel Liber Caeruleus.”
Excerpts from ‘The Dawn of Magic’. Bibliotecapleyades. n.d.
http://www.bibliotecapleyades.net/bb/bluebook001.htm
Swancer, Brent. “The
Mystery of the Nine Unknown Men.” Mysterious Universe. 10 November 2015.
http://mysteriousuniverse.org/2015/11/the-mystery-of-the-nine-unknown-men/
- Get link
- X
- Other Apps


