- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Richard I (lebih
dikenali sebagai Richard Cœur de Lion atau Richard the Lionheart)
merupakan raja England yang hidup pada kurun ke-12 Masehi. Namanya paling
diingati menerusi keterlibatan beliau dalam P3r4ng Salib Ketiga. Walaupun
beliau dipandang sebagai seorang komander t3nt3ra yang handal (justeru
meraihkannya gelaran ‘Hati Singa’), Richard I secara umum boleh disifatkan
sebagai seorang raja yang gagal.
Beliau terlalu
menumpukan perhatian pada p3r4ng salib sehingga mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai Raja England. Sepanjang pemergiannya, England direbut oleh adiknya,
John, yang kemudian ditabalkan sebagai raja England itu sendiri. Pemerintahan
John menyaksikan Empayar Angevin berpecah-belah dan tanpa dapat dinafikan,
Richard I merupakan punca besar dalam kejatuhan tersebut.
![]() |
Ilustrasi Richard I the Lionheart |
KEHIDUPAN AWAL RICHARD
Richard the Lionheart
dilahirkan pada tanggal 8 September 1157 di Oxford, England. Beliau merupakan
putera kepada Henry II si raja England dan Eleanor of Aquitaine. Pada hari ini,
istana tempat Richard dilahirkan terletak tidak jauh dari Kolej Worcester.
Richard mempunyai dua
orang abang, iaitu William (yang men!ngg4l dunia pada usia tiga tahun) dan
Henry (dikenali sebagai ‘Raja Muda’), di samping seorang adik bernama John.
Walaupun Richard meluangkan kebanyakan masa kecilnya di England, sejarahwan
berpendapat beliau tidak pernah bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana
pada masa itu, bahasa pertuturan golongan elit adalah bahasa Anglo-Norman
Perancis.
Memandangkan Richard
bukan putera sulung, maka beliau tidak dipersiapkan untuk menjadi raja England.
Lagipula, beliau sendiri tidak menunjukkan minat terhadap negara tersebut.
Menurut satu kisah, Richard pernah berkata bahawa beliau sanggup menjual
seluruh kerajaan England jika ada yang sanggup membelinya. Beliau lebih
meminati wilayah-wilayah di Perancis yang dikuasai oleh keluarganya.
Selepas menghabiskan
usia kecilnya di England, Richard membawa diri ke tanah besar Eropah dan
meluangkan hidupnya di istana ibunya di Poitiers. Sejarah menyifatkan beliau
sebagai putera kesayangan Eleanor. Eleanor sendiri tidak menyembunyikan
hasratnya yang mahu mewariskan kedudukan Duchy of Aquitaine kepada Richard.
Sebelum mencapai usia dewasa, Richard sudah pun menyandang gelaran Duke of
Aquitane dan Count of Poitiers, sekali gus memerintah wilayah-wilayah tersebut
bersama ibunya.
Bagaimanapun, hubungan
mesra tersebut tidak dikongsi bersama ayahnya. Atas dorongan Eleanor, Richard
bersama adik-beradiknya berpakat men3nt4ng Raja Henry II pada tahun 1173 Masehi
namun berakhir dengan kegagalan. Eleanor lantas dihumban ke dalam p3nj4ra
sambil Richard bersaudara pula dipaksa akur kepada telunjuk Henry II. Apapun,
keadaan tersebut tidak berlangsung buat tempoh yang panjang.
![]() |
Richard menerima pengampunan dari Henry VI, maharaja Rom Suci |
RICHARD MEWARISI TAKHTA
ENGLAND
Pada tahun 1183 Masehi,
Henry si Raja Muda men!ngg4l dunia. Memandangkan kedua-dua putera tertuanya
(Henry dan William) sudah pergi menyahut panggilan perut bumi, maka Henry tiada
pilihan lain terpaksa menamakan Richard sebagai pewaris takhta England. Dengan
gelaran raja England berada dalam genggaman Richard, Henry II berharap dapat
memperuntukkan gelaran Duchy of Aquitaine kepada John si puteranya yang bongsu.
Namun, Richard enggan membenarkan perkara tersebut berlaku dan akibatnya,
p3r4ng antara anak-beranak itu pun meletus buat kali kedua.
Dalam p3p3rangan
tersebut, Richard bercadang mahu mendapatkan bantuan Raja Perancis, Philip II.
Untuk tujuan itu, beliau pun menghadap Philip II pada November 1188. Memasuki
tahun berikutnya, mereka berdua bergabung tenaga mem3r4ngi Henry, yang
kebetulan dijemput ajal pada tahun sama.
Berikutan kem4t!an
Henry II, Richard pun ditabalkan sebagai Raja England. Beliau turut mewarisi
beberapa gelaran lain seperti Duchy of Normandy dan County of Anjou. Pun
begitu, Richard sama sekali tidak menunjukkan minat untuk memerintah England.
Ketidakpeduliannya itu semakin ketara pada tahun 1187, apabila khabar tentang
pembukaan Jerusalem di tangan Salahuddin al-Ayyubi sampai ke pengetahuannya.
![]() |
Richard I the Lionheart |
Dalam tempoh yang
kejap, berita tersebut tersebar ke segenap pelosok Eropah seolah-olah ia
disampaikan oleh hembusan angin; angin yang kononnya mem4t!kan Paus Urban III
dek terkejut mendengar berita kemenangan umat Islam di Jerusalem. Tanpa
berlengah, dunia Kristian pun mengisytiharkan P3r4ng Salib bagi merebut kembali
Jerusalem. Seruan tersebut disahut oleh ramai bangsawan, termasuklah Richard.
Semenjak itu, satu-satunya hal yang memenuhi kotak fikiran dan gelas tumpuan
Richard adalah P3r4ng Salib – p3r4ng untuk memenangi semula Jerusalem, sama ada
sebagai bakti kepada agama Kristian ataupun untuk menempa namanya dalam
panggung sejarah.
DEMI PE-RANG SALIB,
ENGLAND DIANAKTIRIKAN
Walaupun Henry II
sempat mengambil bahagian dalam P3r4ng Salib (khususnya dalam membuat
persiapan), kekacauan yang berlaku dalam kerajaannya menghalang beliau untuk
turun padang secara langsung. Hasratnya itu kemudian terkvbvr bersamanya
apabila beliau men!ngg4l dunia pada tahun 1189, dua tahun selepas Jerusalem
direbut oleh Salahuddin.
Bagaimanapun, hanya
hasrat dan jasadnya sahaja yang m4ngk4t. Persiapan yang dilakukan, terutama
kutipan cukai khusus yang disebut sebagai ‘cukai Salahuddin’, tetap mengalir ke
kantung kerajaan yang kini dikuasai oleh Richard. Namun, kutipan tersebut masih
belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan bagi menyertai P3r4ng Salib. Oleh
kerana itu, Richard terpaksa mengorek perbendaharaan istana dan menjual
pelbagai aset kerajaan seperti istana, estet, bangunan pejabat, dan lain-lain.
Diandaikan, daripada situasi inilah lahirnya kisah kononnya Richard mahu
menjual England.
Apapun, kurang setahun
selepas menjadi raja England, Richard berjaya mengumpulkan dana yang cukup
untuk membentuk sebuah armada p3r4ng dan membeli pers3nj4taan untuk pasukan
t3nt3ranya. Jika dilihat pada satu sudut, tentunya hal ini boleh dianggap
sebagai satu pencapaian Richard. Namun pada sudut lain, ia hanya membuktikan
betapa Richard sama sekali tidak mengendahkan untung-nasib kerajaannya sendiri
memandangkan segala sumber kerajaan habis dicurah dan diperah untuk tujuan
ket3nt3raan.
Di samping dugaan dari
segi kewangan, hasrat Richard untuk menyertai P3r4ng Salib ini turut digugat
oleh rakan lamanya, Philip II. Hal ini kerana Philip II tanpa segan silu
menunjukkan niatnya untuk merebut wilayah-wilayah milik Richard di Perancis.
Tentunya, niat tersebut enggan dibiarkan oleh Richard, justeru beliau pun
memperkukuhkan pertahanan di sana sebagai langkah persediaan bagi menghadapi
s3r4ngan.
Kerisauan Richard
terhadap s3r4ngan Philip II sirna selepas Raja Perancis itu menyahut seruan
P3r4ng Salib. Setelah perjanjian keamanan disepakati antara dua raja tersebut,
mereka pun berangkat menuju Jerusalem pada Julai 1190. Sebelum memulakan
keberangkatannya, Richard melantik Hugh de Puiset (Bishop of Durham) dan
William de Mandevill (Earl of Essex) sebagai pemangku yang dipertanggungjawabkan
mentadbir England sepanjang ketiadaannya. Keputusan Richard yang
mengesampingkan John, adiknya sendiri ini secara tidak langsung memutikkan
benih pengkhi4n4tan ke atas pemerintahannya kelak.
![]() |
Richard dalam Perang Salib Ketiga |
Apapun, pasukan salib
pimpinan beliau tiba di Pulau Sicily pada September 1190 dan mereka berlabuh di
kota Messina yang terletak di timur laut Sicily. Richard memanfaatkan
kesempatan tersebut untuk menyelesaikan urusannya dengan Tancred, raja Sicily
yang menggantikan sepupunya, William II. Antara urusan yang ditangani oleh
Richard ketika itu adalah soal balu William merangkap kakak kesayangannya,
Joan.
Bukan sekadar harta
pusaka William dirampas, malah balunya pula dipenjarakan oleh Tancred. Atas
sebab itulah makanya Richard men4klvki Messina pada Oktober 1190 dan memeterai
perjanjian dengan Tancred. Antara syarat-syarat yang dikenakan ke atas Tancred
adalah beliau perlu membantu Richard mem3r4ngi Henry VI, Raja Germany (yang
ditabalkan sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun berikutnya). Perjanjian ini
secara tidak langsung merenggangkan lagi hubungan Richard dengan Philip II,
memandangkan raja Perancis itu berpihak kepada Henry VI.
Hubungan antara mereka
berdua semakin memburuk selepas ibu Richard, Eleanor, datang membawa Berengaria
of Navarre untuk dikahwinkan dengan puteranya. Keadaan ini membangkitkan
kemarahan Philip II kerana sejak Richard berusia 9 tahun, beliau sudah pun
ditunangkan dengan Alys, adik Philip merangkap puteri Louis VII.
![]() |
Richard dan Philip si raja Perancis |
Sementara menanti
Richard mencapai usia dewasa, Alys ditahan di England sehingga 25 tahun
lamanya. Bahkan, terdapat juga ura-ura kononnya Henry II menjadikan puteri
Perancis itu sebagai perempuan simpanannya. Oleh kerana itu, tindakan Eleanor
yang datang ke Sicily dengan membawa Berengaria of Navarre untuk dikahwinkan
dengan Richard membangkitkan kemarahan Philip II. Cuma, kemarahan tersebut
tidak dilepaskan dan sekadar merenggangkan hubungan antara dua raja Eropah itu.
Pada bulan April 1191,
pasukan salib berangkat menyambung perjalanan ke Jerusalem. Namun tidak lama
selepas meninggalkan Messina, armada mereka dibadai ribut taufan dan
meng0rb4nkan kira-kira 25 buah kapal. Tiga buah di antaranya karam di pantai
Cyprus dan segala muatannya dirampas oleh penduduk pulau tersebut yang ketika
itu diperintah oleh Isaac Ducas Comnenus. T3nt3ra-t3nt3ranya pula dijadikan sebagai tahanan p3r4ng. Disebabkan Comnenus enggan memulangkan rampasan yang
diambilnya, maka Richard pun meny3r4ng dan men4klvki pulau berkenaan. Semasa
berada di Cyprus, Richard sempat berkahwin dengan Berengaria sebelum menyambung
keberangkatannya ke Jerusalem.
KEMPEN KETEN-TERAAN
RICHARD
Pada tanggal 8 Jun
1191, Richard dan pasukan salibnya tiba di kota pelabuhan Acre. Kota tersebut
sudah pun dik3pvng oleh tentera salib sejak tahun 1189, namun gagal dek
pertahanan ampuh dari pihak Muslim. Justeru, kehadiran pasukan bantuan dari
Eropah ini memberi nafas baru bagi kekuatan salib sementara bagi umat Islam, ia
mengundang mimpi ngeri. Dalam tempoh sebulan, yakni pada Julai 1191, Acre
tumbang dan individu yang diberikan kredit atas hal tersebut tidak lain adalah
Richard.
Pada 7 September tahun
sama, Richard memperoleh satu lagi kemenangan – kali ini dalam Pert3mpvran
Arsuf. Pasukan beliau terus menggasak Salahuddin pada tahun berikutnya,
terutama dalam Pert3mpvran Jaffa. Sebagai susulan, Perjanjian Jaffa pun
ditandatangani antara kedua-dua pihak pada tanggal 2 September 1192. Antara
kesepakatan yang dicapai menerusi perjanjian tersebut adalah gencatan senjata
selama tiga tahun, kebenaran buat jemaah Kristian mengunjungi tempat-tempat
suci, dan pengekalan kuasa Kristian ke atas wilayah pantai hingga ke Jaffa.
![]() |
Kepingan jubin kurun ke-13 yang menggambarkan Richard (kiri) dan Salahuddin (kanan), Muzium British |
Pada 9 Oktober 1192,
Richard meninggalkan Levant buat selama-lamanya. Sememangnya, P3r4ng Salib
Ketiga yang disertainya itu berhasil memperoleh sejumlah pencapaian signifikan.
Namun secara intisari, pasukan salib gagal memenuhi objektif utama mereka,
iaitu merebut semula Jerusalem. Apapun bagi Richard, kempen tersebut berjaya
memasyhurkan namanya walau pada masa yang sama, beliau turut membuat ramai
mvsvh sepanjang berada di Levant.
Bahkan, sejarahwan
mencatatkan betapa sebab utama kepulangan Richard ke England adalah s3r4ngan
Philip ke atas wilayah-wilayah beliau di Perancis. Walaupun mereka sama-sama
menyertai P3r4ng Salib, Philip pulang lebih awal, yakni sejurus selepas
berakhirnya pen4klvkan Acre. Justeru
ketiadaan Richard di England dimanfaatkan sehabis baik oleh Philip yang
menjalinkan pakatan dengan John.
Malang tidak berbau,
armada Richard dibadai ribut dan terdampar berhampiran Venice. Beliau terpaksa
menyambung perjalanan mengikut laluan darat, merentasi Eropah Tengah. Dalam
erti kata lain, Richard terpaksa berhadapan dengan seorang lagi mvsvhnya, iaitu
Leopold V, Duke of Austria. Walaupun beliau cuba menghindari pert3mbvngan,
pasukannya tertangkap juga di Vienna pada Disember 1192. Richard sendiri
dip3nj4rakan, mulanya di tangan Leopold dan kemudian di tangan Henry si
Maharaja Rom Suci.
Lantaran khuatir
dirinya diserahkan kepada Philip, Richard pun akur untuk membayar tebusan yang
dianggarkan berjumlah 150,000 mark. Tidak lain dan tidak bukan, wang tebusan
tersebut diperas daripada kantung rakyat England menerusi kutipan cukai.
Lantas, Richard pun dibebaskan pada Februari 1194 dan dimahkotakan sebagai raja
England buat kali kedua.
Kurang sebulan
kemudian, beliau berangkat ke Normandy demi merebut wilayah tersebut yang sudah
pun dirampas oleh Philip. Lima tahun lamanya, Richard terus-menerus berp3r4ng
dengan Perancis tanpa berpeluang lagi pulang ke England. Sebaliknya, beliau
hanya pulang ke lubang kubur pada 6 April 1199 Masehi, sewaktu meng3pvng istana
Chalus-Chabrol.
Menurut satu sumber,
pengepungan tersebut berbibit mula daripada khabar angin yang mendakwa kononnya
terdapat harta karun yang tertanam di estet milik Vicomte of Limoges, bangsawan
yang turut memiliki istana Chalus-Chabrol. Richard menuntut supaya harta tersebut
diserahkan kepadanya. Dek keengganan vicomte, Richard pun meny3r4ng
Chalus-Chabrol namun ajalnya terlebih dahulu diragut malaikat maut.
![]() |
Lambang pasukan tentera Richard yang diterbalikkan, menandakan kematiannya, diambil dari manuskrip Chronica Majora |
Dalam versi lain pula,
Richard meny3r4ng Chalus-Chabrol hanya kerana mereka berpihak kepada Philip.
Dalam s3r4ngan yang dilakukan pada malam 26 Mac 1199, lengan Richard dibidik
panah mvsvh. Luka daripada panah tersebut kemudiannya berjangkit sekali gus
mengakibatkan kem4t!annya.
Jasad Richard
disemadikan di gereja Fontevraud, Anjou, bersama bapanya, Henry. Gereja yang
sama itu juga menempatkan jasad ibunya, Eleanor, yang men!ngg4l dunia pada
tahun 1204. Dalam pada itu, jantung Richard disemadikan di tempat lain, iaitu
di Katedral Rouen. Pada tahun 2013, jantung beliau ditemui dan dianalisa oleh
pakar-pakar forensik. Hasil analisa tersebut menafikan dakwaan kononnya Richard
m4t! akibat diracun, selain turut berhasil mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan
untuk mengawet jantung berkenaan – antaranya kemenyan, limau myrtle, bunga
daisy, dan daun pudina.
![]() |
Makam yang menyimpan jantung Richard di Katedral Rouen |
RUJUKAN
Wu
Mingren. (10 November 2019). Richard the Lionheart – The Crusader King.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/richard-lionheart-0012843
- Get link
- X
- Other Apps