- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Lebih dua millennium sebelum R3v0lusi Perancis membuat Pengisytiharan
Hak Manusia dan Hak Warganegara, seorang raja dari zaman purba telah pun
mengeluarkan proklamasi hak asasi manusia yang dianggap antara tertua di dunia.
Proklamasi tersebut tercantum dalam artifak yang kini dikenali sebagai Silinder
Cyrus.
Silinder Cyrus dijumpai di celah-celah runtuhan kuil Esagila, Babylon
pada Mac 1879. Relik purba tersebut diperbuat daripada tanah liat bakar dan
berukuran 22.5 cm (8.85 inci) panjang. Pada silinder tersebut terkandung
catatan yang memerihalkan pen4klvkan Babylon di tangan Cyrus Agung pada tahun
539 Sebelum Masehi. Cyrus Agung adalah raja Parsi yang menubuhkan Empayar
Achaemenid, empayar terbesar pada masa itu. Turut terangkum dalam Silinder
Cyrus adalah rekod penahanan Nabonidus, raja terakhir Babylon. Inskripsi pada
Silinder Cyrus ditulis menggunakan sistem kuneiform dan dipercayai dihasilkan
antara tahun 539 dan 530 SM.
![]() |
Ilustrasi Cyrus Agung semasa perarakan memasuki kota Babylon |
Namun, apa yang paling menarik perhatian pada silinder berkenaan adalah
pengisytiharan kebebasan beragama, berbahasa, dan berbangsa serta janji Cyrus
untuk menghantar pulang tahanan-tahanan di Babylon ke kampung halaman
masing-masing. Dalam inskripsi tersebut, Cyrus disifatkan sebagai penyelamat
Babylonia, pemulih kehidupan warga kota tersebut, dan pemelihara rumah ibadat
di seluruh Mesopotamia. Sebahagian teksnya berbunyi:
“Dengan ini aku isytiharkan bahawa aku akan menghormati kesemua tradisi,
budaya, dan agama yang dianuti oleh rakyat jelata berbilang bangsa yang hidup
dalam empayar aku. Selama aku masih hidup, aku tidak akan membenarkan mana-mana
gabenor dan orang bawahanku meremehkan atau mengeji budaya sesiapapun. Mulai
hari ini, aku tidak akan membiarkan seorang warga men!nd4s warga lain, dan jika
hal sebegitu berlaku, aku akan menggugurkan hak warganegaranya dan menjatuhkan
hvkvman ke atasnya.”
“Sekali-kali aku tidak akan mengizinkan sesiapa pun mer4mp4s harta orang
lain, baik harta alih atau harta tak alih. Selagi hayat dikandung badan, aku
juga akan membanteras kegiatan mengerah bvrvh paksa yang tidak diimbal
sebaiknya. Hari ini, aku isytiharkan bahawa seluruh rakyatku bebas untuk
menganut agama pilihannya. Mereka bebas untuk melata di segenap pelosok empayar
ini dan menceburi sebarang pekerjaan yang tersedia, selama mana mereka tidak
melanggar hak orang lain.”
Bagaimanapun, ada juga sejarahwan yang berpendapat konteks kandungan
pengisytiharan hak kemanusiaan dalam Silinder Cyrus lebih mengutamakan
pandangan dewa-dewa sembahan beliau dan bukannya bertujuan untuk memelihara
kebajikan rakyat jelata itu sendiri. Misalnya, dalam silinder tersebut
tertulis:
“Dewa-dewa Sumer dan Akkad yang telah dilarikan (patung-patungnya) oleh
Nabonidus – kemvrk4an dewa ke atasnya – ke Shuanna, telah aku pulangkan ke
rumah suci mereka tanpa diapa-apakan, atas perintah raja dewa Marduk, supaya
mereka dapat tenteram dan tidak murka.”
Sebagai imbalan, Cyrus mengharapkan dewa-dewa tersebut memberinya limpah
kurnia:
“Moga kesemua dewa yang telah aku pulangkan (patung-patungnya) ke rumah
suci masing-masing, memanjatkan permohonan setiap hari kepada Bel dan Nabu
supaya usiaku dipanjangkan, amal baktiku disebut-sebutkan, dan merintih-rayu
kepada Marduk, dewaku, dengan doa, “Moga-moga Cyrus, raja yang takutkan dikau,
dan juga Cambyses puteranya, diperkenan menjadi pemelihara rumah-rumah suci
kami sehingga akhir waktu, dan moga-moga seluruh warga Babylon mendoakan
kesejahteraan ke atas dirinya dan pemerintahannya memandangkan dia telah
mengaman-harmonikan seluruh pemerintahannya.”
Dakwa kelompok sejarahwan yang kedua ini lagi, memandangkan silinder
tersebut ditemui di kuil Esagila, maka besar kemungkinan isi kandungan silinder
tersebut ditujukan kepada dewa-dewa sembahannya (seperti doa bertulis) dan
bukannya kepada rakyat jelata.
Walau apapun jua pendapat yang diambil, Silinder Cyrus tanpa dapat
dinafikan mempunyai signifikasi yang tersendiri memandangkan ia mengandungi
proklamasi daripada seorang pen4klvk unggul di zamannya; pen4klvk yang
sebahagian sejarahwan Islam menamakannya sebagai salah seorang dari dua
pen4klvk agung yang dikaitkan dengan sosok peribadi Zulqarnain.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (10 November 2014). The Cyrus Cylinder and the ancient
proclamation of human rights. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/artifacts-ancient-writings/cyrus-cylinder-and-ancient-proclamation-human-rights-002311
- Get link
- X
- Other Apps