- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Dalam bahasa Sanskrit, Thuggee
bermaksud ‘persembunyian’. Dalam lembaran sejarah pula, ia merupakan panggilan
bagi sebuah kumpulan pembvnvh profesional yang bergiat aktif di India pada
kurun ke-13 hingga ke-19 Masehi. Kumpulan tersebut kadangkala disifatkan
sebagai m4fi4 pertama di dunia. Perkataan thvg, yang merujuk kepada ahli
thuggee kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris sewaktu penj4j4han
British di India.
Modus operandi utama thuggee
kebiasaannya adalah menemani mana-mana musafir untuk tempoh yang lama sehingga berjaya
memperoleh kepercayaan mereka. Kemudian pada waktu malam, mereka akan menj3rvt
mangsa dengan sapu tangan atau tali j3rvt – satu kaedah pembvnvhan yang pantas,
senyap, dan tidak meninggalkan sebarang kesan. Setelah mangsa dibvnvh, hartanya
akan dir0mp4k dan jasadnya pula dikuburkan dengan berhati-hati.
Umumnya, jenayah
pembvnuvan mereka melibatkan kerjasama yang efisien, baik sewaktu menghampiri
mahupun menyerang mangsa. Setiap pembvnvhan tidak dijalankan secara sendirian,
sebaliknya dilakukan secara berkumpulan. Ada yang ditugaskan untuk ‘mencairkan
hati’ mangsa dengan kata-kata lunak, ada yang berperanan memantau keadaan
sekeliling, dan tentunya, ada yang bertindak selaku pembvnvh.
Menurut Guinness
Book of Records, kumpulan-kumpulan thuggee bertanggungjawab atas
pembvnvhan kira-kira 2 juta individu. Bagaimanapun, anggaran bilangan tersebut
lazimnya berbeza-beza memandangkan tiada sumber yang dapat memastikan sejak
bilakah kumpulan tersebut bergiat aktif.
![]() |
Thuggee biasanya menjerut mangsa pada waktu malam. Lukisan berjudul ‘Confessions of a Thug’ (1839) oleh Taylor, Philip Meadows |
Catatan pertama yang menyifatkan thuggee sebagai sebuah kumpulan pembvnvh tersusun yang sama sekali berbeza dengan kumpulan bandit biasa adalah karya Ẓiyāʾ-ud-Dīn Baranī berjudul Sejarah Fīrūz Shāh, dikarang sekitar tahun 1356 Masehi.
Walaupun
ahli-ahli thuggee sering dikaitkan dengan tujuh suku India-Muslim yang
identitinya sudah pun luput dari sejarah, kumpulan tersebut hakikatnya lebih
sinonim dengan agama Hindu. Lebih-lebih lagi, ahli-ahli thuggee yang
beragama Hindu berkongsi satu persamaan utama, iaitu menyembah Dewi Kali, dewi
keh4ncvran dan pembaharuan. Bagi mereka, pembvnvhan yang dilakukan adalah
bertujuan membantu dewi tersebut mengekalkan keseimbangan di dunia – antara
baik dan jahat, hitam dan putih.
Walau apa pun perbezaan
yang dimiliki oleh setiap anggota thuggee, mereka disatukan oleh satu ritual
yang sama – ritual yang membuatkan kumpulan tersebut dilabel sebagai sebuah
kultus atau aliran keagamaan. Mereka mempunyai satu slogan yang tersendiri,
iaitu Ramasi, di samping beberapa tanda isyarat yang hanya diketahui oleh
mereka. Ahli-ahli thuggee juga diikat oleh beberapa peraturan, seperti
larangan mencuri harta orang lain tanpa membvnvh mereka terlebih dahulu. Mereka
juga dilarang dari membvnvh golongan Brahman kerana kedudukan mereka yang suci.
Memandangkan setiap pembvnvhan dianggap sebagai suatu persembahan buat Dewi
Kali, maka membvnvh orang yang sakit sama sekali tidak digalakkan. Kaum wanita
juga tidak dibenarkan untuk dibvnvh, kerana mereka dihormati sebagai jelmaan
Kali.
![]() |
Dewi Kali |
Keahlian thuggee
biasanya diwarisi daripada seorang ayah kepada anak. Ada juga ahli thuggee
yang dilatih oleh seorang guru (umpama mentor dan protégé). Dalam sesetengah
keadaan, anak kepada mangsa thuggee diambil dan dididik menjadi
pembvnvh, lebih-lebih lagi kehadirannya di sisi mereka akan menggugurkan sebarang
syak wasangka pihak berkuasa sekali gus melepaskan mereka dari sebarang tuduhan
jen4y4h.
![]() |
Lukisan menggambarkan dua orang thug mengalihkan perhatian mangsa sambil seorang yang lain mengendap dari belakang untuk menjerutnya |
Kegiatan thuggee
akhirnya dibanteras oleh pihak penjajah British pada 1830-an, selepas
penggubalan Akta Pembanterasan Thuggee dan Dacoity. Dalam akta berkenaan
dinyatakan, “Dengan ini, diwartakan bahawa sesiapa sahaja yang terbukti
menganggotai, sama ada sebelum atau sesudah akta ini dikeluarkan, mana-mana
kumpulan Thug, sama ada di dalam atau di luar wilayah kekuasaan Syarikat Hindia
Timur, akan dihukum penjara seumur hidup.”
Bagi menambahkan lagi
kadar keberhasilan akta tersebut, beberapa dasar turut dilaksanakan. Antaranya
termasuklah pemberian insentif kepada ahli thuggee yang mendedahkan nama
rakan-rakan subahat mereka, di samping kempen kesedaran tentang modus operandi
kumpulan pembvnvh berkenaan.
Setelah menebarkan
kekacauan dan ketakutan di seluruh India setidak-tidaknya selama enam kurun,
kegiatan thuggee akhirnya berjaya dibanteras secara tuntas.
Bagaimanapun, reputasi mereka masih hidup sehingga hari ini dan nama mereka
digunakan secara meluas (dalam bahasa Inggeris) sebagai label kepada mana-mana
penj3n4yah g4n4s.
TERJEMAHAN
April Holloway. (2 Oktober 2014). Thuggees – the Cult Assassins of India.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/thuggees-cult-assassins-india-002145
RUJUKAN
Encyclopaedia
Britannica. Thug.
https://www.britannica.com/topic/thug
Scribol – Anthology and
History. India’s Infamous Thuggee Cult.
https://scribol.com/anthropology-and-history/cultures/indias-infamous-thuggee-cult/5/?as=799&asv=1
Encyclopedia of the
Unusual and Unexplained. The Thuggee.
http://www.unexplainedstuff.com/Secret-Societies/The-Thuggee.html
Alex Perry atapur. (22
Julai 2002). Killing for ‘Mother’ Kali. Time Magazine.
http://content.time.com/time/magazine/article/0,9171,501020729-322673,00.html
- Get link
- X
- Other Apps