- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Istana Kolossi adalah
sebuah istana zaman pertengahan yang terletak di Pulau Cyprus. Bangunan asalnya
dibina pada kurun ke-13 Masehi, tidak lama selepas pulau tersebut ditak-luki
oleh ten-tera Salib. Walaupun dahulunya ia merupakan pangkalan ten-tera
yang penting, fungsi keten-teraannya kian lama kian luput dan Istana Kolossi
lebih mapan dengan statusnya sebagai pusat ekonomi yang terkenal berkat
kehadiran tanah-tanah pertanian yang subur di sekelilingnya. Antara kawasan perladangan yang paling masyhur di sana ialah Commandaria; ladang anggur dan
kilang a-rak yang dianggap paling tua di dunia.
ISTANA KOLOSSI DIREBUT
OLEH RICHARD
Sejarah Istana Kolossi
boleh dijejak kembali pada penghujung kurun ke-12, sewaktu Cyprus ditak-luki
oleh ten-tera Salib. Pada tahun 1191, Richard the Lionheart si raja
Inggeris berangkat bersama pasukannya dari Sicily menuju ke Jerusalem bagi
melibatkan diri dalam Pe-rang Salib Ketiga.
![]() |
| Laluan masuk ke perkarangan istana |
Mulanya, Richard sama
sekali tidak terlintas mahu berlabuh di Cyprus. Namun, ribut taufan membadai
kapal-kapal beliau dan membuatkan tiga daripadanya terbengkalai di pantai
Cyprus. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, anak-anak kapal yang baru sahaja selesai
menghadapi petaka alam itu kemudiannya diambil sebagai tahanan oleh penduduk
tempatan. Sementara itu, terdapat sebuah lagi kapal lain yang mengangkut adik
perempuan Richard, Joan of England, dan tunangnya, Berengaria of Navarre.
Walaupun kapal yang satu ini tidak karam, kerosakan yang dialaminya cukup teruk
sehingga ia tidak lagi dapat berlayar menongkah lautan. Rata-rata penumpang
kapal tersebut merupakan golongan bangsawan. Namun, apalah gunanya darjat dan
pangkat, posesi dan posisi, di mata Isaac Komnenos, raja Cyprus ketika itu.
![]() |
| Runtuhan Istana Kolossi |
Richard hanya tiba di
pulau tersebut bersama beberapa buah kapal lain setelah berlalu beberapa
tempoh. Dek kerana berang dengan tindakan Isaac, beliau pun melancarkan
se-rangan ke atas Cyprus dan menumpukan kekuatannya di pelabuhan Limassol
sehingga bandar tersebut tumbang. Isaac sempat meloloskan diri, namun tidak
lama masa yang diambil untuk beliau mengadakan satu lagi pertem-puran dengan
Richard. Kali ini, medan pertem-purannya dipercayai terletak di Kolossi.
Memandangkan Isaac tidak meraih sokongan populasi tempatan, pasukan beliau
dengan mudah ditewaskan. Dengan demikian, Cyprus pun tumbang ke tangan Richard
dan pada tanggal 12 Mei, raja Inggeris itu mengadakan majlis perkahwinan dengan
Berengaria di Limassol.
CYPRUS DIJUAL OLEH
RICHARD BUKAN SEKALI, TETAPI DUA KALI
Bagaimanapun, Richard
tidak memiliki Cyprus untuk tempoh masa yang lama memandangkan beliau
menjualnya kepada Kesatria-Kesatria Templar sebelum berangkat meneruskan
perjalanan ke Jerusalem pada tanggal 4 Jun. Umpama berkongsi suwey yang
sama, Kesatria-Kesatria Templar juga hanya sempat memiliki Cyprus buat tempoh
yang singkat. Hanya enam bulan kemudian, berlaku pemberon-takan dalam kalangan
penduduk tempatan sehingga memaksa mereka memulangkan pulau tersebut kepada
Richard. Richard sekali lagi cuba menjual Cyprus, kali ini kepada Guy de
Lusignan, bekas raja Jerusalem.
![]() |
| Bilik bawah tanah di Istana Kolossi |
ISTANA KOLOSSI MENJADI
PANGKALAN PERGERAKAN KESATRIA-KESATRIA HOSPITALLER
Pada tahun 1210, Hugh I
si raja Cyprus yang ketiga menyerahkan Kolossi kepada Kesatria-Kesatria
Hospitaller. Mereka kemudian membina sebuah kubu istana di sana untuk dijadikan
sebagai markas ten-tera. Pada tahun 1291, pasukan Salib kehilangan kubu kuat
terakhir mereka di Levant memandangkan kota Acre berjaya direbut oleh umat
Islam. Oleh kerana itu, Kesatria-Kesatria Hospitaller pun memindahkan pangkalan
pergerakan mereka ke Istana Kolossi.
![]() |
| Dewan besar di tingkat kedua Istana Kolossi |
HAK PEMILIKAN ISTANA
KOLOSSI SEKALI LAGI BERTUKAR TANGAN
Memasuki tahun 1306,
pemilik Istana Kolossi berganti tangan dari Kesatria Hospitaller kepada
Kesatria Templar. Namun sesudah Kesatria Templar dibubarkan pada tahun 1313,
Istana Kolossi kembali dimiliki oleh Kesatria Hospitaller. Pada kurun ke-15
Masehi, bangunan istana baru didirikan tepat di kawasan runtuhan istana lama.
Dipercayai, individu yang bertanggungjawab atas pembinaan istana baru ini ialah
Louis de Magnac, Komander Hospitaller di Kolossi ketika itu. Dakwaan tersebut
disandarkan pada bukti kehadiran lambang peribadinya pada tembok istana.
![]() |
| Lambang Lusignan of Cyprus yang terdiri dari jata Jerusalem, jata lama Lusignan, jata Cyprus, dan jata Armenia |
VENICE MENGAMBIL ALIH
Riwayat Kerajaan Cyprus
tamat pada tahun 1489 apabila ia menjadi negara bawahan Venice. Kerajaan Venice
banyak meraih keuntungan daripada hasil-mahsul ladang-ladang di Kolossi.
Puing-puing runtuhan kilang gula yang terdapat di Limassol (Cyprus) menjadi
bukti betapa kekayaan pulau tersebut dinikmati oleh penguasa-penguasa Venetia
dan seluruh warganya. Sepanjang kepenguasaan Venice ke atas Cyprus (yang
bertahan sehingga tahun 1571), pulau tersebut menerima se-rangan daripada
Uthmaniyah dan walaupun Istana Kolossi sudah pun diperkukuhkan ciri
pertahanannya, ia tetap juga rebah menyembah bumi. Sisa tinggalannya yang dapat
disaksikan pada hari ini hanyalah bangunan istananya yang setinggi tiga tingkat
dan juga runtuhan tembok luarnya.
PENINGGALAN YANG MASIH
BERKEKALAN
Bagaimanapun, nama
Istana Kolossi tidak hanya hidup dalam lembaran sejarah sebagai sebuah kubu
keten-teraan dari zaman pertengahan. Runtuhan bangunannya mungkin hanya tinggal
secebis, tetapi Istana Kolossi masih lagi masyhur dengan ladang anggur dan
kilang a-raknya, Commandaria, yang dianggap sebagai salah sebuah kilang a-rak
tertua di dunia. Ar4k-ar4k yang dihasilkan di sana pernah dijamu dalam majlis
perkahwinan Richard dan Berengaria, dan legenda mencatatkan bahawa raja
Inggeris itu pernah menyifatkan a-rak hasilan Commandaria sebagai ‘a-rak buat
golongan diraja dan raja bagi segala a-rak’.
![]() |
| Pemandangan runtuhan Istana Kolossi dari udara |
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (18 Disember 2018). The Incredible History of Kolossi Castle –
Won by Richard the Lionheart, Home to the Knights Templar, and Birthplace of
the King of W***s. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/kolossi-castle-0011186
RUJUKAN
- Cyprus highlights, 2011. Kolossi castle.
- Cyprus Inform, 2018. Kolossi Castle – Heritage of Knights.
- Cyprus Land, 2018. Kolossi Castle.
- Markiandolo. 2018. Kolossi Castle.
- Schrader, H. P., 2018. The Conquest of Cyprus: The Last Crusader Kingdom.
- Cyprus Island. 2018. Kolossi Castle.
- Get link
- X
- Other Apps






