- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Masyarakat moden pada
hari ini mempunyai banyak pilihan bagi mencegah kehamilan dalam usaha merancang
keluarga, walaupun rata-ratanya disalahgunakan ke jalan yang tidak sepatutnya. Sebahagian
daripadanya merupakan hasil inovasi terkini, namun ada juga yang sudah pun
diamalkan sejak zaman purba lagi. Dalam artikel kali ini, kami cuba bawakan
secara ringkas kaedah mencegah kehamilan yang diamalkan pada zaman silam.
PENGGUNAAN SARUNG PISANG
Salah satu alat
pencegah kehamilan paling tua yang digunakan oleh manusia ialah penggunaan sarung
pisang. Menurut sebahagian sejarahwan, gambaran terawal sarung pisang boleh
dijumpai pada sebuah lukisan dinding gua di Grotte des Combarrelles, Perancis,
yang berusia 13,000 tahun. Bagaimanapun, dakwaan tersebut hanya berdasarkan
andaian semata-mata.
![]() |
| Lukisan dinding gua yang dimaksudkan. Perhatikan ada benda yang berdiri tegak, tapi bukan bendera |
Sarung pisang terawal
hakikatnya hanya hadir pada zaman yang lebih terkemudian, antaranya dari
tamadun Mesir. Dalam makam Firaun Tutankhamun misalnya, dijumpai sarung pisang
yang diperbuat daripada kain linen yang halus, Entah atas tujuan apa, ia turut
dijadikan sebagai salah sebuah barang persemadiannya.
![]() |
| Sarung pisang yang dipercayai milik Tutankhamun |
PENGGUNAAN UBAT PESARI
Penggunaan sarung pisang
di Mesir Purba tidaklah semata-mata bertujuan mencegah kehamilan. Akan tetapi,
fungsinya yang lebih utama adalah untuk mengelak dari jangkitan penyakit-penyakit
tropika dan adakalanya, ia mempunyai tujuan-tujuan keagamaan. Apapun, amalan
pencegahan kehamilan sememangnya wujud dalam tamadun Mesir Purba.
Contohnya, Papirus
Perubatan Kahun yang ditulis sekitar tahun 1825 SM menyebutkan tentang penghasilan
ubat paseri. Antara bahan yang digunakan adalah najis buaya. Campuran tersebut
kemudian diproses sehingga menjadi ubat paseri, lalu dimasukkan ke dalam
mahkota wanita. Di India dan Timur Tengah, penggunaan najis buaya digantikan
dengan najis gajah.
![]() |
| Masyarakat Mesir Purba menggunakan najis buaya sebagai salah satu bahan dalam ubat pencegah kehamilan |
Namun, penghasilan ubat
pesari tidaklah mesti menggunakan bahan-bahan yang menjijikkan itu. Ada juga
yang hanya menggunakan secebis kapas atau serat tumbuhan yang direndam di dalam
pes buah akasia, madu, dan kurma. Tamadun-tamadun di sekitar laut Mediterranean
pula sering menggunakan rendaman jus silfium. Silfium adalah sejenis tumbuhan
yang tumbuh di pantai Cyrenaica (Libya moden). Cuma akibat penggunaan secara
berlebihan, pokok silfium pupus.
![]() |
| Syiling perak yang menggambarkan pokok Silfium |
MEMINUM CECAIR MERKURI
Walaupun pengambilan
ubat pesari kurang, jarang, dan adakalanya langsung tidak meninggalkan sebarang
kesan sampingan yang buruk, sebahagian masyarakat purba tetap juga memilih
kaedah yang membahayakan. Tiada beban batu digalas, sarang tebuan sengaja
dipulas.
Dalam tamadun China
umpamanya, kaum wanita mereka ada yang sanggup menelan cecair merkuri bagi
mengelakkan benih tumbuh di dalam rahim. Pengambilan cecair tersebut
sememangnya efektif dalam menggugurkan kandungan, cuma ia mampu merosakkan
organ-organ dalaman, menggagalkan fungsi jantung dan buah pinggang, merosakkan
otak, dan yang paling membimbangkan, menyebabkan kema-tian.
![]() |
| Gambar hiasan: Wanita China ada yang sanggup meminum cecair merkuri bagi menggugurkan kandungan |
KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN
ANEH
Terdapat juga
kaedah-kaedah pencegahan kehamilan yang melibatkan kepercayaan aneh. Masyarakat
Eropah pada Zaman Pertengahan misalnya, meyakini bahawa kehamilan boleh diusir
dengan penggunaan tangkal. Tangkal-tangkal ini kebiasaannya diperbuat daripada
kantung benih cerpelai yang dipakaikan pada peha wanita. Kalau bukan kantung,
mereka akan memakai kaki cerpelai di leher. Bagi masyarakat di Amerika Utara
pula, mereka mengeringkan kantung benih memerang lalu merendamnya dalam a-rak.
A-rak tersebut kemudiannya diminum.
![]() |
| Di Eropah, kantung benih haiwan ini dijadikan tangkal bagi mencegah kehamilan |
Di Yunani pula sedikit berbeza.
Mereka mencegah kehamilan hanya dengan membuang benih pasangan selepas
berhubungan. Caranya, jika menurut Soranus (tabib Yunani), adalah dengan bersin
sekuat hati, selain melompat ke belakang sebanyak tujuh kali. Walaupun
kaedah-kaedah yang dianjurkannya mungkin dilihat tidak berasas dan tidak mampu
mendatangkan sebarang kesan, Soranus merupakan seorang tabib yang dihormati
pada zamannya.
![]() |
| Soranus |
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (28 November 2017). Ancient Methods of Contraception – Even
Tutankhamun Wore Protection. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/ancient-methods-contraception-even-tutankhamun-wore-protection-009205
RUJUKAN
Anon., The Kahun
Medical Papyrus.
[Quirke, S., (trans.), 2002. The Kahun Medical Papyrus ].
http://www.ucl.ac.uk/museums-static/digitalegypt/med/birthpapyrus.html
Cheung, I., 2010. 10
Ancient Methods of Birth Control.
https://listverse.com/2010/11/14/10-ancient-methods-of-birth-control/
Donnelly, T., 2014.
History’s 10 worst forms of birth control.
https://nypost.com/2014/04/29/historys-10-worst-forms-of-birth-control/
Escobar, S., 2013. The
Condom Timeline: A Detailed History Of Wrapping It Up.
http://www.yourtango.com/2013189729/condom-timeline-detailed-history-wrapping-it
Feldblum, P. J. &
Rosenberg, M. J., 1989. A Historical Perspective on Condoms.
http://pdf.usaid.gov/pdf_docs/PNABG085.pdf
Marshall, S. &
Magnes, M., 2012. Hideous Birth Control Methods Through The Ages.
https://www.theawl.com/2012/08/hideous-birth-control-methods-through-the-ages/
Raga, S., 2016. 9 Forms
of Birth Control Used in the Ancient World.
http://mentalfloss.com/article/83685/9-forms-birth-control-used-ancient-world
The Daily Mail, 2017.
When crocodile dung was contraception.
http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-12540/When-crocodile-dung-contraception.html
- Get link
- X
- Other Apps







