- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah:
Amir Zayyanid
Moscow Kremlin, atau
panggilan pendeknya, Kremlin, merupakan kompleks berkubu yang dibina pada kurun
ke-14 Masehi dan berperanan sebagai pusat pentadbiran dan keagamaan Russia. Di
samping menempatkan banyak bangunan gereja dan katedral, Kremlin juga dijadikan
sebagai kediaman Patriarch (juga disebut Metropolitan) Moscow, ketua Gereja
Ortodoks Russia. Ia boleh dikatakan sebagai salah sebuah monumen paling ikonik
di bandar tersebut. Pada hari ini, Kremlin tersohor sebagai lokasi mesti
dikunjungi bagi sesiapa yang menziarahi ibu negara Russia.
KREMLIN SEBAGAI KUBU
PERTAHANAN
Pada asalnya, perkataan
‘kremlin’ digunakan bagi merujuk mana-mana citadel atau kubu yang terdapat di
Russia. Bagaimanapun pada hari ini, Kremlin merupakan nama khas bagi merujuk
kremlin yang berdiri di Moscow. Asal-usul (etimologi) perkataan tersebut masih
diperdebatkan, dan diandaikan ia berasal sama ada dari bahasa Tatar, Yunani,
ataupun Russia itu sendiri.
Kremlin terletak
betul-betul di tengah bandar Moscow. Di bahagian selatannya, mengalir Sungai
Moskva. Di bahagian timurnya pula berdiri megah Katedral Saint Basil dan
Dataran Merah. Sementara itu, pemandangan di bahagian baratnya dihalwa oleh
Taman-Taman Alexander.
Kurun demi kurun
menyaksikan banyak binaan didirikan (dan juga dimus-nahkan) di Kremlin.
Antaranya seperti istana, gereja, dan bangunan-bangunan megah. Sebagai sebuah
citadel, tidak hairan bagi Kremlin untuk dikelilingi tembok dan menara-menara
pertahanan.
Walaupun hayat Kremlin
bermula pada kurun ke-14 Masehi, sejarahnya merentang ke masa yang jauh lebih
tua. Sebutan terawal tentang kota tersebut boleh dijumpai dalam Hikayat-Hikayat
Russia. Dalam catatan tersebut, diceritakan bahawa pada tanggal 4 April
1147, Yury Vladimirovich Dolgoruky si Putera Suzdal mengadakan jamuan di bandar
Moscow bagi meraikan rakan sekutunya, Putera Novgorod-Seversky.
![]() |
Pemandangan di Bukit Borovitsky yang menempatkan Kremlin |
Sembilan tahun kemudian
(1156 M), Dolgoruky membangunkan binaan berkubu pertama di bandar tersebut,
tepatnya di Bukit Borovitsky yang diapit oleh Sungai Moskva dan Sungai
Neglinnaya. Ia merangkumi tembok tanah yang dipuncaki tembok kayu dan
rumah-rumah bata, berdiri sebagai pendahulu kompleks Kremlin yang kita kenali
pada hari ini. Bagaimanapun, kubu yang dibangunkan oleh Dolgoruky itu tidaklah
disebut sebagai kremlin. Akan tetapi, ia dikenali sebagai grad (petempatan
berkubu).
Semasa Rus menjadi
mangsa amu-kan pasukan Monggol pimpinan Batu Khan yang berpanjangan dari tahun
1236 hingga 1240 Masehi, bandar Moscow dija-rah dan dibumihanguskan. Ia sekali
lagi menerima pe-taka serupa dari Monggol pada tahun 1293. Tiga tahun kemudian, grad
tersebut diperkukuh dengan pagar kayu dan juga tembok tanah yang baru.
Kompleks tersebut mula
dipanggil sebagai kremlin pada tahun 1331 M dan sekitar masa itu jugalah
bangunan-bangunan batu terawal Kremlin (yang berdiri sehingga kini) didirikan.
Pengubahsuaian ini dilakukan bersesuaian dengan perubahan besar yang berlaku dalam
sejarah Moscow, di mana lima tahun sebelumnya, bandar tersebut buat pertama
kali didiami oleh ketua agama Kristian di Russia, yang ketika itu ialah Saint
Peter.
KREMLIN SEBAGAI PUSAT KEAGAMAAN
Sebelum kehadiran Peter
di Moscow, pusat Gereja Ortodoks Russia bertempat di Kiev. Sebaik sahaja beliau
menyandang kedudukan ketua agama Kristian di Russia, Peter memindahkan
kediamannya dari Kiev ke Vladimir, dan kemudian ke Moscow atas permintaan Grand
Duke of Moscow ketika itu yang bernama Ivan Kalita.
Sepertimana yang
dijangka, perpindahan Peter ke Moscow secara langsung mengubah bandar tersebut
menjadi pusat keagamaan Russia. Perubahan sedemikian diabadikan menerusi
pembinaan gereja dan untuk tujuan itu, Ivan pun membangunkan Cathedral of the
Archangle yang didedikasikan kepada Michael (malaikat Mikail bagi kita penganut
agama Islam). Dalam katedral inilah kemudiannya disemadikan jasad
pemerintah-pemerintah Moscow, bermula dari Ivan Kalita hinggalah Ivan V.
![]() |
Cathedral of the Assumption, salah sebuah katedral yang terdapat di Kremlin |
Di samping itu, atas
cadangan Peter, Cathedral of the Assumption turut didirikan. Katedral ini
seterusnya dijadikan sebagai gereja utama Moscow dan tempat di mana tsar-tsar
Russia dimahkotakan.
Kedua-dua katedral
tersebut dipercayai dibangunkan di tapak gereja lama. Cuma malangnya, struktur
asalnya yang berusia dari kurun ke-14 Masehi tidak dapat berdiri dan diwarisi
sehingga ke hari ini.
MEMPERKUKUH PERTAHANAN KREMLIN
Pada tempoh 1366 hingga
1368 Masehi, tembok kayu oak pada kompleks Kremlin digantikan dengan tembok
batu kapur. Projek pengubahsuaian tersebut dijalankan oleh Dmitri II (Dmitri
Donskoi), Grand Prince of Moscow, dalam cubaannya mencabar kekuasaan Monggol.
Selain memperkukuhkan benteng pertahanan Kremlin, Dmitri turut memperkuat
kedudukannya dengan menundukkan raja-raja Russia yang lain.
Bagi menghindarkan
kon-flik awal dengan Monggol, Dmitri mengambil pendekatan berbaik-baik dan
meneruskan pembayaran ufti tahunan kepada mereka. Namun sebaik sahaja Monggol
dihadapkan dengan perge-lutan dalaman, Dmitri langsung sahaja mere-but kesempatan
dan melakukan penen-tangan. Pembayaran ufti dihentikan dan raja-raja Russia lain
digalang untuk turut serta bersamanya.
Pada tahun 1389 Masehi,
Dmitri mene-waskan Mamai si pemerintah Orda Putih (terletak di bahagian barat
Orda Emas) dalam Pertem-puran Kulikovo yang berlangsung di Sungai Don (justeru
meraihkannya nama timangan Donskoi). Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak
dapat dinikmati lama kerana dua tahun kemudian, Tokhtamysh yang menggu-lingkan
Mamai dan menyatukan Orda Emas bertindak mena-wan Moscow dan meram-pas
harta-bendanya. Keadaan ini memaksa Dmitri tunduk akur terhadap Tokhtamysh dan
membayar ufti tahunan kepadanya.
![]() |
Tokhtamysh di hadapan benteng Kremlin sebelum beliau menak-luknya |
Mujur buat Dmitri,
kesatuan Orda Emas di tangan Tokhtamysh tidak berlangsung lama. Menjelang
penghujung kurun ke-14, Orda Emas berpecah menjadi khanate-khanate kecil yang
secara perlahan-lah hilang dari peta dunia. Di saat Monggol mengalami perpecahan,
raja-raja Russia disatukan oleh Ivan III (Ivan Agung), cicit Dmitri II. Beliau
bukan sahaja menyandang gelaran Grand Prince of Moscow, akan tetapi turut
memperkenalkan satu gelaran lain, iaitu Grand Prince of Rus, bagi tujuan
memperagakan kekuasaannya ke atas seluruh Russia.
Gelaran baru tersebut
dimasyhurkan menerusi pembinaan semula Kremlin dan bagi melaksanakan tujuan
itu, Ivan menjemput masuk jurutera-jurutera mahir dari Itali yang sedang
mengalami Renaissance. Antaranya seperti Pietro Antonio Solari dan Marco Ruffo.
Pada zaman pemerintahan Ivan ini jugalah tembok dan menara batu Kremlin
dibangunkan (pada asalnya berjumlah 18 buah menara, dan kemudian ditambah
menjadi 20 buah pada kurun ke-17). Kurun demi kurun menyaksikan tembok-tembok
tersebut run-tuh, ro-sak, dan kemudian dibaiki. Apapun, sebahagian binaan dari
kurun ke-15 masih berdiri sehingga hari ini.
![]() |
Dataran Merah, Moscow |
PEMBINAAN BARU PADA
ZAMAN IVAN AGUNG
Di samping tembok dan
menara, Ivan turut membina sejumlah bangunan di Kremlin. Antaranya termasuklah
tiga buah katedral, iaitu Cathedral of the Assumption (pembinaan semula,
dilakukan pada 1475-1479), Cathedral of Annunciation (siap pada 1489), dan
Cathedral of the Archangel (pembinaan semula, dilakukan pada 1505-1508).
Tidak ketinggalan juga
antara yang turut dibina ialah Gereja Penanggalan Jubah yang berfungsi sebagai
kediaman buat Metropolitan (atau Patriarch) Moscow sehingga kurun ke-17, Dewan
Facet yang berperanan sebagai dewan penghadapan, dan Menara Loceng Ivan Agung.
Walaupun menara loceng
tersebut didirikan pada 1505-1508, ia hanya mencapai ketinggian seperti hari
ini pada beberapa tahun kemudian. Penambahan ini dilakukan oleh Boris Godunov,
yang turut bertanggungjawab memperindahkannya dengan kubah bersepuh di bahagian
puncak menara. Dengan ketinggian 265.7 kaki (81 meter), Menara Loceng Ivan
Agung berdiri sebagai bangunan tertinggi di Moscow.
![]() |
Kubah pada Menara Loceng di Kremlin |
KREMLIN PADA
KURUN-KURUN TERKINI
Selepas pembinaan
semula Kremlin selesai dijalankan, pihak pemerintah berusaha mengasingkan
citadel dengan kawasan lain. Di samping larangan membina bangunan di kawasan
berhampiran Kremlin, mereka turut menggali parit selebar 30 meter di sekeliling
citadel bagi memisahkannya dari pekan Kitay-Gorod.
Bangunan-bangunan baru
di dalam Kremlin juga terus ditambah oleh pemerintah-pemerintah Moscow yang
berikutnya. Misalnya pada kurun ke-17 selepas dinasti Romanov menduduki kuasa,
Gerbang Armorial, Istana Terem, dan Istana Hiburan dibina. Pada hari ini,
Gerbang Armorial tidak lagi wujud. Istana Terem pula dijadikan sebagai kediaman
tsar-tsar sementara Istana Hiburan diperuntukkan buat Ilya Miloslavsky, mertua
kepada Alexei si tsar kedua Dinasti Romanov.
![]() |
Pemandangan parit yang digali di sekeliling Kremlin |
Alexei mempunyai
seorang putera bernama Peter (Peter Agung) yang membesar sebagai pemerintah
tunggal Russia pada tahun 1696. Nama Peter tersohor menerusi modenisasi yang
dilakukan terhadap Russia dan antara pencapaian besar yang dikecapinya adalah
pembinaan pelabuhan di Laut Baltik. Pelabuhan ini membolehkan Russia mengadakan
hubungan perdagangan dengan Dunia Barat.
Seiring perubahan
tersebut, pada tahun 1703 semasa kelangsungan Pe-rang Besar Utara 1700-1721, bandar
St. Petersburg didirikan. Mulanya, ia hanya wujud sebagai kubu pertahanan di
kawasan paya Pulau Zayachy, terletak berhampiran mulut Sungai Neva. Namun
menjelang 1713, istana Peter dipindahkan ke sana. Dua kurun berikutnya, St.
Petersburg dijadikan sebagai ibu negara Russia menggantikan Moscow dan Moscow
hanya kembali menyandang status tersebut pada tahun 1917 sewaktu Dinasti
Bolshevik berkuasa.
Pemindahan ibu negara
ini memberi kesan langsung kepada kemaslahatan Kremlin. Ia sedikit-sebanyak
dikesampingkan, namun signifikasinya secara simbolik terus berkekalan
memandangkan Kremlin masih dijadikan tempat pemahkotaan maharaja-maharaja
Russia. Projek-projek pembinaan juga terus dilaksanakan di Kremlin dari semasa
ke semasa.
![]() |
Bangunan Senat Kremlin |
Misalnya, Senat Kremlin
dibangunkan sewaktu pemerintahan Catherine Agung. Begitu juga dengan Istana
Besar Kremlin yang didirikan pada kurun ke-19, sewaktu pemerintahan Nicholas I.
Bagaimanapun, zaman tersebut turut
menyaksikan beberapa buah bangunan lama dimus-nahkan dan digantikan
dengan bangunan-bangunan baru.
Contohnya, Istana Besar Kremlin itu sendiri dibangunkan setelah istana dan
Gereja Saint John the Precursor yang
terletak berhampiran diro-bohkan. Kremlin
juga pernah mengalami kero-sakan teruk sewaktu Perancis berundur dari Moscow.
Sejurus berlakunya
Revo-lusi Russia pada tahun 1917, institusi monarki dibubarkan. Empayar Russia
dile-nyapkan dan digantikan dengan Soviet Russia. Setahun kemudian, pentadbiran
Soviet mengembalikan ibu negara ke Moscow sekali gus menyuntik nafas baru
kepada Kremlin. Sepanjang berada di bawah pentadbiran Soviet, terdapat beberapa
buah bangunan baharu yang dibina di Kremlin.
Lenin menjadikan Senat
Kremlin sebagai kediamannya dan bilik peribadi beliau dipelihara rapi sehingga
menjadi muzium. Stalin yang menggantikannya juga mempunyai kamar peribadi di
Kremlin. Ketika itu, banyak simbol pemerintahan lama digantikan dengan simbol
Soviet : simbol helang pada menara ditukar dengan simbol bintang. Nama Kremlin
kian sinonim dengan Soviet Union sehinggalah rejim itu tumbang pada tahun 1991.
![]() |
Muzium Kremlin, Moscow |
Namun, Kremlin terus
berdiri teguh sebagai pusat pentadbiran negara Russia dan ikon pelancongannya. Sebahagian
bangunannya bahkan diubah menjadi muzium. Antaranya, Gudang Sen-jata Kremlin
pada hari ini menempatkan banyak artifak dari dalam mahupun luar negara,
termasuklah Mahkota Diraja Russia, singgahsana Ivan the Terrible yang diperbuat
daripada gading, dan kelengkapan pe-rang
dari Parsi.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (22 April 2020). The Moscow Kremlin – Iconic Fortress of Russia.
Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/kremlin-0013603
RUJUKAN
Janos, S. 2001. Sainted
Peter, Metropolitan of Moscow.
https://www.holytrinityorthodox.com/calendar/los/December/21-02.htm
Moscow.Info. 2019. The
Palaces and Buildings of the Kremlin.
http://www.moscow.info/kremlin/palaces/
National Geographic
Staff. 2018. Discover Moscow's Colorful Cathedrals and Striking Palaces.
https://www.nationalgeographic.com/travel/world-heritage/kremlin-red-square/
New World Encyclopedia.
2018. Kremlin, Moscow.
https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Kremlin,_Moscow
New World Encyclopedia.
2016. Mongol invasion of Rus'.
https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Mongol_invasion_of_Rus%2
Russia Beyond. 2017.
Everything you ever wanted to know about Moscow’s Kremlin.
https://www.rbth.com/history/326582-everything-about-moscow-kremlin
russiapedia.rt.com.
2020. Prominent Russians: Yury Dolgoruky.
https://russiapedia.rt.com/prominent-russians/history-and-mythology/yury-dolgoruky/
The Editors of Encyclopaedia
Britannica. 2019. Dmitry (II) Donskoy.
https://www.britannica.com/biography/Dmitry-II-Donskoy
The Editors of
Encyclopaedia Britannica. 2019. Moscow, History.
https://www.britannica.com/place/Moscow/History
The Editors of
Encyclopaedia Britannica. 2019. Peter.
https://www.britannica.com/biography/Peter-Russian-Orthodox-metropolitan
The Editors of
Encyclopaedia Britannica. 2019. The Kremlin.
https://www.britannica.com/place/Moscow/The-Kremlin
The Moscow Kremlin
State Historical and Cultural Museum and Heritage Site. 2020. Buildings in the
Kremlin.
https://kremlin-architectural-ensemble.kreml.ru/en-Us/architecture/view/zdaniya-na-territorii-kremlya/
The Moscow Times. 2018.
A Short History of St. Petersburg.
https://www.themoscowtimes.com/2018/06/01/a-short-history-of-st-petersburg-a61807
UNESCO. 2020. Kremlin
and Red Square, Moscow.
https://whc.unesco.org/en/list/545/
- Get link
- X
- Other Apps