- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Sepertimana yang umum
maklum, Pe-rang Salib merupakan kempen-kempen ket3nt3raan yang dilancarkan oleh
negara-negara Eropah Barat dengan restu daripada Gereja Katolik Rom, dengan
matlamat mahu merebut kembali Jerusalem dari tangan umat Islam. Bagaimanapun,
terdapat juga beberapa kempen lain yang turut diisytiharkan oleh pihak paus
seperti Reconquista Sepanyol, Pe-rang Salib Albigensia, dan Pe-rang-Pe-rang Salib
Utara. Dalam kempen yang terakhir itu, berlaku satu episod menyayat hati dalam
sejarah Lithuania – melibatkan peristiwa pembu-nuhan diri paling besar dalam
sejarah.
![]() |
| Kubu bukit di Punia yang terpahat nama Margiris: Salah sebuah tempat yang dicadangkan sebagai lokasi kubu Pilėnai |
Pe-rang-Pe-rang Salib
Utara (atau turut disebut sebagai Pe-rang-Pe-rang Salib Baltik) berlangsung pada
kurun ke-11 hingga ke-15 Masehi. Konflik bers3nj4ta ini disertai oleh
kuasa-kuasa besar Kristian seperti Denmark, Poland, Sweden, Livonian
Brothers of the Sword, dan Teutonik Order sambil di pihak lain pula
dianggotai oleh masyarakat pagan di Eropah Utara, merangkumi Livonia, Estonia,
Wend, Lithuania, dan Samogitia.
Menjelang kurun ke-13
Masehi, pasukan Salib di Jerusalem tewas di tangan umat Islam. Justeru,
Teutonik Order Jerman mengundurkan pasukannya dan memindahkannya ke Eropah
Utara bagi meme-rangi masyarakat pagan di sana. Pada tahun 1230, mereka
menak-luki Prussia Lama lalu menubuhkan Negara Teutonik Order.
Kemudian pada 1309,
pangkalan utama Teutonik Order dipindahkan dari Venice ke istana Marienburg di
Poland. Istana ini dijadikan sebagai pusat pergerakan bagi menak-luki
masyarakat-masyarakat pagan di kawasan sekeliling. Pada tahun 1336, Teutonik
Order menumpukan serang-annya ke atas kubu Pilėnai yang terletak di Lithuania
moden, lalu mengepungnya pada tanggal 25 Februari.
![]() |
| Peta tebaran pengaruh Teutonik Order pada 1300 |
Ketika itu, barisan
pertahanan di kubu Pilėnai dipimpin oleh Margiris si Duke of Samogitia. Selepas
menyedari bilangan mereka jauh lebih kecil berbanding mu-suh, kesemua warga
Pilėnai bertindak memba-kar segala harta benda, rumah pusaka, dan kubu
pertahanan mereka supaya tidak jatuh ke tangan mu-suh. Kemudian, masing-masing
mengucapkan selamat tinggal pada dunia dan menamatkan riwayat hidup sendiri –
tidak terkecuali kaum wanita dan kanak-kanak. Dengan demikian, pasukan Teutonik
tidak berhasil memperoleh sebarang keuntungan; tiada rampasan mahupun tawanan
pe-rang yang dapat diambil.
Menurut sumber-sumber
sejarah, jumlah keseluruhan penghuni kubu Pilėnai ketika itu adalah seramai
4000 orang. Jika catatan tersebut sahih, maka ia merupakan peristiwa pembu-nuhan
diri yang melibatkan angka korban paling besar dalam sejarah – jauh melebihi
peristiwa pembu-nuhan diri 960 orang Yahudi di Masada pada tahun 73 Masehi dan
1000 orang penghuni Demmin, Jerman sewaktu tamatnya Pe-rang Dunia Kedua pada
tahun 1945.
Bagi warga Lithuania,
peristiwa tersebut dilihat sebagai lambang keberanian dan ia bahkan diromantiskan
ke dalam budaya popular, seperti puisi oleh Wladyslaw Syrokomla dan persembahan
opera oleh Vytautas Klova berjudul Pilėnai. Pun begitu, tiada siapa mengetahui
di manakah lokasi sebenar kubu Pilėnai. Sejarahwan cuba menamakan beberapa
tempat, namun tiada yang benar-benar tepat. Mungkin hanya menerusi dapatan
kajian arkeologi, barulah persoalan tentang lokasi kubu tersebut dapat
dirungkai.
Apapun, selepas
berlakunya peristiwa di Pilėnai, pasukan Teutonic Order meneruskan kempen
keten-teraan mereka di Lithuania. Walaupun masyarakat pagan di negara itu sudah
pun memeluk agama Kristian pada tahun 1387 di bawah pengaruh Grand Duke
Jogaila, Teutonic Order masih tetap memangsakan mereka. Lithuania hanya dapat
menikmati keamanan setelah terjalinnya persekutuan antara negara tersebut dan
Poland, di samping tewasnya Kesatria-Kesatria Teutonik di tangan Lithuania,
Russia, Poland, Tatar, dan Czech dalam Pertem-puran Zalgiris 1410.
![]() |
| Batu yang terpahat nama Margiris di Punia, Lithuania |
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (3 April 2015). Mass su*c*de at Pilenai: Lithuanian Defenders
Choose De-ath over Enslave-ment. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history/mass-su*c*de-pilenai-lithuanian-defenders-choose-d*ath-over-ensl*v*ment-002855
RUJUKAN
Williamson, R., 2015.
The Baltic Crusade.
http://www.conflicts.rem33.com/images/deut/drang.htm
Woodhouse, F. C., 2015.
Teutonic Knights: Their Organization And History.
http://history-world.org/teutonic_knights.htm
World Heritage
Encyclopedia, 2015. Mass Suicide.
http://self.gutenberg.org/articles/Mass_suicide
Lietuva. 2015. About
Lithuania: History.
https://www.lietuva.lt/en/about_lithuania/history
Zarzeczny, D., 2015.
February 25, 1336: Largest Mass Suicide in Human History (Pilénai).
http://www.historyandheadlines.com/largest-mass-suicide-in-human-history-pilenai/
Žemaitis, A., 2015.
History of Lithuania: Introduction.
http://www.truelithuania.com/topics/history-and-politics-of-lithuania/history-of-lithuania
- Get link
- X
- Other Apps



