- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Lembaran sejarah tidak
pernah lekang dengan kisah tentang tokoh-tokoh unggul yang membentuk dunia.
Riwayat hidup dan ketokohan mereka dituangkan ke dalam tinta untuk ditatap dan diteladani
oleh generasi-generasi menyusul sampailah kepada kita pada hari ini.
Bagaimanapun, adakalanya watak penting dalam naskhah sejarah tidaklah
didominasi oleh nama manusia sahaja, akan tetapi turut terselit bersama nama
anjing peliharaan yang hidup dan berjuang di samping tuan mereka. Dalam artikel kali
ini, kami kongsikan tujuh ekor anjing masyhur yang diabadikan namanya dalam
sejarah.
SOTER, YUNANI
Kota Corinth pada tahun
456 SM mempunyai sepasukan anjing pengawal yang diberikan latihan khusus untuk
mengesan mu-suh dan memberi amaran jika berlaku se-rangan. Pasukan ini dianggotai
oleh 50 ekor anjing. Sewaktu Parsi cuba menak-luki Corinth, kesemua anjing
pengawal tersebut terlebih dahulu dibu-nuh dan hanya seekor sahaja tersisa,
iaitu Soter.
Soter sempat lari
menyelamatkan diri dari ten-tera Parsi dan bergegas kembali ke kota untuk
menyalakkan amaran tentang se-rangan yang bakal datang. Dengan demikian, kesemua
pera-jurit Corinth pun bingkas bangun dari tidur dan segera mempertahankan kota
dari gem-puran pasukan Parsi.
Keberanian Soter itu
dihargai oleh penduduk kota sehingga mereka menghadiahkannya sebentuk kolar
perak yang diukirkan tulisan, “Untuk Soter, pelindung dan penyelamat Corinth.”
Mereka turut mendirikan sebuah tugu bagi memperingati jasa Soter dan 49 ekor
anjing yang terkor-ban pada malam serangan itu.

Tugu anjing di tanah perkuburan Keramikos, Athens, Greece
DONNCHADH, SCOTLAND
Tidak banyak anjing
yang terlibat dalam percaturan sejarah antara dua buah negara dan Donnchadh,
anjing peliharaan Robert the Bruce si raja Scotland, bertuah kerana dapat
melakukannya. Pada tahun 1306, ten-tera Inggeris menang-kap Donnchadh dan
menggunakan anjing tersebut untuk mencari lokasi persembunyian Robert.
Perancangan tersebut sememangnya berjalan lancar dan pihak Inggeris memperoleh
apa yang mereka mahukan; lokasi Robert.
Cuma tiada siapa yang
menjangka Donnchadh akan bertindak berani dan mempertahankan tuannya –
menyalak, mener-kam dan memba-ham t3nt3ra-t3nt3ra Inggeris yang cuba menghampiri
Robert. Berkat keberanian Donnchadh, nyawa Robert the Bruce dapat diselamatkan
dan beliau terus menduduki takhta Scotland.
Empat kurun kemudian,
keturunan Robert mengadun sejarah. Pemerintahan Raja George III (raja Great
Britain dan Ireland pada 1760-1820) mencetuskan ketegangan
antara British dan koloni-koloninya di Amerika, sekali gus membawa kepada
pembentukan Amerika Syarikat. Sejarahwan mendakwa, kalau bukan kerana tindakan
berani Donnchadh menyelamatkan Robert the Bruce, raja Scotland itu mungkin
tidak akan dapat hidup lama, George III pula tidak berpeluang lahir ke dunia,
dan Amerika Syarikat mungkin tidak akan wujud sepertimana yang kita ketahui
pada hari ini.
BARRY, SWITZERLAND
Sejarah tidak pernah melupakan jasa Barry, anjing penyelamat yang banyak menyelamatkan manusia di Great St. Bernard Pass, laluan pergunungan setinggi 2,400 meter yang terletak antara Switzerland dan Itali. Barry direkodkan telah menyelamatkan nyawa lebih 40 orang manusia sepanjang tempoh 1800-1812.
Rata-rata individu yang diselamatkannya
adalah pengembara yang dibadai ribut salji ketika cuba menikmati keindahan
pemandangan di pergunungan Switzerland itu. Barry tidak hanya mengeluarkan
mangsa dari timbunan salji dan menghangatkan tubuh mereka. Ia juga adakalanya
berlari ke biara berhampiran untuk memaklumkan kepada rahib-rahib yang tinggal
di sana supaya keluar menghulurkan bantuan.
Setelah umurnya
meningkat tua, Barry dihantar ke Bern, Switzerland, untuk menghabiskan sisa
hidupnya dengan tenteram dan ia men!ngg4l dunia pada usia 14 tahun. Kisah Barry
diabadikan di Muzium Sejarah Alam di Bern, Switzerland.

Replika anjing Barry yang dipamerkan di Muzium Sejarah Alam, Bern
SAURR, NORWAY
Memang menjadi satu
kebiasaan untuk mana-mana haiwan peliharaan, termasuklah anjing, minta dilayan
seperti tuan besar. Namun bagi Saurr, ia memang seekor raja. Sejarah
mencatatkan pada kurun ke-11 Masehi, King Eystein of Drontheim menakluki kota
Trondheim dan pemerintahan kota tersebut diserahkan kepada puteranya,
Onund. Beberapa tempoh kemudian, Onund m4t! dibu-nuh.
Dek kerana berang
dengan kejadian tersebut, King Eystein memerintahkan rakyatnya untuk memilih
satu dari dua pilihan; menabalkan hambanya, Thorer Fax, sebagai raja baru, atau
mengangkat Saurr, anjing peliharaannya, sebagai raja. Rakyat Trondheim memilih
Saurr kerana menurut perhitungan mereka, pilihan tersebut pastinya akan dapat
mengembalikan kuasa di tangan mereka sendiri.
Entah benar ataupun tidak,
legenda Scandinavia menceritakan betapa anjing tersebut dikurniakan
kebijaksanaan dan kecerdasan akal yang setanding dengan tiga orang manusia. Ia
juga mampu bertutur dalam bahasa manusia. Saurr memerintah Trondheim selama
tiga tahun dan sepanjang tempoh tersebut, ia diberi layanan yang selayaknya
bagi raja – diberi makanan lazat dan dipakaikan kolar emas atau perak
yang bertatahkan batu permata. Cuma, kemewahannya itu berakhir apabila ia
terkor-ban ketika melindungi haiwan-haiwan ternakan rakyatnya dari se-rangan
segerombolan serigala.
PERITAS, GREECE
Alexander Agung
(356-323 SM) tanpa perlu diperkenalkan lagi, merupakan seorang komander ulung dalam sejarah yang bertanggungjawab menubuhkan salah sebuah empayar paling
besar pernah disaksikan dunia. Cuma, apa yang kurang diceritakan adalah perihal
anjing peliharaannya, Peritas, yang
sentiasa menemaninya di sisi.
Legenda mendendangkan betapa Peritas turut berkongsi kegagahan tuannya, di mana ia pernah menyelamatkan Alexander Agung semasa beliau terperangkap dalam kepungan mu-suh; cukup untuk membeli sedikit waktu sehingga pasukan ten-tera Alexander tiba di medan dan membereskan kesemua musuh tersebut. Namun malangnya, luka yang dialami oleh Peritas semasa kejadian tersebut mengor-bankan nyawanya.
Nama
Peritas diabadikan oleh Alexander pada sebuah kota di India yang dinamakan
bersempena anjing peliharaannya itu. Di sana juga masih dapat disaksikan tugu
Peritas yang berdiri betul-betul di hadapan gerbang kota.

Peritas yang sentiasa menemani Alexander Agung
GUINEFORT, PERANCIS
Perancis kurun ke-13
Masehi meninggalkan kita dengan satu kisah meruntun hati, yang cukup untuk
membuktikan sifat setia yang dimiliki haiwan bernama anjing. Kisah dimulakan
dengan seorang bangsawan Perancis keluar meninggalkan anak kecilnya dalam
jagaan anjing peliharaannya, Guinefort. Sekembalinya ke rumah, beliau mendapati
bilik anaknya berkeadaan tunggang-langgang. Katilnya pula terbalik sambil wajah
Guinefort berlumuran da-rah.
Tanpa berfikir panjang,
bangsawan Perancis itu pun membu-nuh Guinefort kerana menyangka anaknya telah
diba-ham anjing tersebut. Hanya kemudian, baru beliau menyedari anaknya
berkeadaan selamat dan setelah meninjau dengan teliti keadaan di dalam rumah,
rupa-rupanya da-rah yang berlumuran pada wajah Guinefort adalah akibat
pergelutannya dengan seekor ular berbisa yang cuba membahayakan nyawa anak
kecil itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna.
Dengan hati yang dirundung
kekesalan, bangsawan tersebut menyemadikan Guinefort di dalam sebuah perigi. Di
atas perigi itu pula didirikan sebuah tugu bagi memperingati jasanya. Khabar
keberanian Guinefort dengan pantas terbesar ke pengetahuan penduduk sekeliling
dan masing-masing pun menziarahi kubur tersebut pada setiap hari.
Lama-kelamaan, rutin tersebut melahirkan satu kultus pemujaan – mereka memohon
perlindungan dan kesembuhan buat anak yang jatuh sakit di hadapan perigi
tersebut.

Guinefort, atau lebih dikenali sebagai Saint Guinefort
BALTO, ALASKA
Pada tahun 1295, pekan
Nome, Alaska ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak cukup dengan penularan
wabak difteria, ia turut menghadapi ribut salji yang kencang dan cuaca sejuk yang mencecah
-65 darjah Celsius. Satu-satunya talian hayat yang dimiliki oleh penduduk pekan
Nome adalah 20 buah kereta luncur salji, pengendalinya, dan anjing-anjing yang
menariknya.
Pasukan ini mempunyai
satu misi; dapatkan vaksin di bandar dan bawanya pulang ke pekan. Perjalanan
penuh mencabar itu dikenali dalam sejarah sebagai ‘Great Race of Mercy’.
Pasukan ini berlari secara berganti-ganti, dengan Balto yang ketika itu baru
berusia tiga tahun merupakan salah seekor anjing penarik bagi pasukan terakhir.
Dengan segala cabaran
yang terpaksa dihadapi – jarak perjalanan, salji tebal, dan suhu yang sejuk
beku – pasukan ini mengambil masa selama lima hari untuk menjayakan misi
tersebut dan menyelamatkan nyawa penduduk pekan. Semenjak itu, peristiwa Great Race of Mercy dihidupkan kembali
pada setiap bulan Mac dengan pasukan-pasukan peluncur salji dari serata dunia
akan berhimpun dan mengharungi laluan sama yang ditempuhi oleh Balto dan
rakan-rakan anjingnya yang lain.

Balto bersama Gunnar Kaasen, pengendali kereta luncur (musher) yang ditarik olehnya
TERJEMAHAN
Mike Powell. (24 Disember 2020). Famous Dogs in History, from Ancient Greece
until Today. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/famous-dogs-0014713
RUJUKAN
Coren, S. 2002. The
Pawprints of History: Dogs in the Course of Human Events. Simon and Schuster.
Kelly, D. 2019. “Saur
-- The Scandinavian Dog King” Dogs. Bella Online.
https://www.bellaonline.com/articles/art20132.asp
Medievalists.net. 2020,
June 30. “Oh My Dog! St Guinefort and St Christopher”.
https://www.medievalists.net/2020/06/dog-guinefort-christopher/
Meier, A. N.d.. “Balto
the Sled Dog” in Atlas Obscura.
https://www.atlasobscura.com/places/balto-the-sled-dog
No name. N.d. “Peritas
Alexander the Great’s Dog...” at Find a Grave.
https://www.findagrave.com/memorial/43734477/peritas-alexander_the_great
Reed, M. N.d.
“Donnchadh Defends the King of Scotland” in Dog Breeds Center.
https://dogsbreedscenter.com/dog-news/10-of-the-most-incredible-dog-stories-from-history/attachment/donnchadh-defends-the-king-of-scotland/
Stephens, Thomas. July
14, 2014. “Barry the St Bernard: from farm dog to national hero” in SWI
swissinfo.ch.
https://www.swissinfo.ch/eng/four-legged-legend_barry-the-st-bernard--from-farm-dog-to-national-hero/40487994
- Get link
- X
- Other Apps


