- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penterjemah: Amir Zayyanid
Dalam sejarah Amerika,
nama Lima Suku Peribumi digunakan bagi mewakili lima suku asli di Amerika
Tenggara – iaitu Cherokee, Choctaw, Chickasaw, Creek, dan Seminole. Ketika awal
kedatangan penja-jah dari benua Eropah, suku-suku asli ini menyambut mereka
dengan penen-tangan keras. Namun lama-kelamaan, mereka terpaksa tunduk dan akur
berasimilasi dengan pengaruh asing.
Semuanya demi secebis
harapan bahawa mereka bakal diberi peluang untuk terus menetap di tanah tumpah
darah mereka. Namun sudah menjadi resmi penja-jah; datangnya tidak diundang,
mukimnya sibuk menerajang. Kalau mengaut laba, tak lain mesti dengan siku.
Kesudahannya, Lima Suku
Peribumi diusir, wilayah mereka diram-pas, dan mereka sendiri, dipaksa
berpindah ke barat (kini Oklahoma).
Jalur perjalanan yang ditempuhi mereka ini dikenang oleh sejarah sebagai ‘Jejak
Air Mata’. Ia menyaksikan ribuan manusia terkor-ban akibat kebu-luran,
kesejukan, dan sera-ngan penyakit.
![]() |
| Lima suku peribumi yang dipaksa berpindah |
Titik hitam dalam
sejarah awal Amerika ini terjadi sekitar tahun 1830an, tidak lama selepas
Presiden Andrew Jackson menandatangani Akta Pengusiran Suku India Amerika.
Tiga kurun interaksi
dengan pendatang asing dari Eropah ternyata berakhir dengan tragedi. Carolina
Utara, Georgia, Florida, Alabama, dan Tennessee yang selama ini menjadi kampung
halaman suku-suku asli tersebut habis dikuasai oleh kerajaan Amerika.
Tragedi yang turut
melibatkan suku-suku lain seperti Sioux dan Ho Chunk ini berlaku dalam pola
yang hampir serupa – Berinteraksi dengan pendatang dari Eropah; penyusutan
populasi secara drastik akibat pepe-rangan, kebu-luran, perham-baan dan se-rangan
penyakit; dan akhirnya dipaksa berpindah ke barat (Oklahoma); tempat untuk
suku-suku asli yang tidak bertamadun dan tidak ada peradaban – dakwa penja-jah.
![]() |
| Laluan-laluan yang ditempuhi dalam proses perpindahan |
Pada mulanya, mereka
dituntut menjalani proses asimilasi supaya dapat diacu mengikut tatanan hidup
yang sesuai dengan gaya Eropah-Amerika. Gagasan ‘mentamadunkan suku asli’ ini
bertujuan menamatkan sengketa antara pendatang dan peribumi. Ia didokong oleh
presiden pertama Amerika, George Washington
(1752-1758) dan beberapa pemimpin awal lain.
Satu abad kemudian,
Andrew Jackson mempelopori usaha pengusiran suku asli Amerika sebelum beliau
menjadi presiden Amerika yang ketujuh (1829-1837). Sepanjang tahun 1814
sehingga 1824, Jackson berperanan besar dalam menjayakan 9 dari 11 rundingan
yang bertujuan mengusir suku-suku asli di timur dan memindahkan mereka ke
barat.
Suku-suku asli tersebut
akur terhadap rundingan ini dengan harapan dapat mengekalkan sebahagian kecil
kampung halaman mereka, di samping mahu menghindari nasib yang lebih buruk jika
menunjukkan penen-tangan.
![]() |
| Pengusiran suku-suku asli dari kampung halaman mereka secara paksa semakin giat selepas Akta Pengusiran Suku Asli India ditandatangani |
Namun, persetujuan
terhadap rundingan ini membolehkan Amerika Syarikat menguasai tiga perempat
Alabama dan Florida, serta sebahagian Georgia, Tennessee, Mississippi, dan
Carolina Utara yang sejak sekian lama dihuni oleh masyarakat peribumi.
Gelombang perpindahan pertama ini bagaimanapun bersifat sukarela, justeru hanya
sejumlah kecil sahaja dari warga Creek, Cherokee, dan Choctaw yang berpindah ke
wilayah baru.
Selepas dilantik
menjadi presiden Amerika Syarikat yang ketujuh, Andrew Jackson meneruskan
usahanya mengusir suku-suku asli tersebut dengan menandatangani Akta Pengusiran
Suku India Amerika. Akta ini membolehkan pihak kerajaan Amerika Syarikat
menggantikan tanah-tanah yang diambil daripada suku asli di Timur dengan tanah
yang dikhususkan untuk mereka di barat, disebut sebagai Indian Territory
(kini sebahagian besar Oklahoma).
Suku pertama yang
dipaksa berpindah dari wilayah autonomi mereka ialah Choctaw, iaitu pada tahun
1831. Choctaw berasal dari Louisiana, Alabama dan Mississippi. Mississippi juga
merupakan kampung halaman bagi suku Chickasaw, yang kemudiannya bergabung
dengan Choctaw di Oklahoma.
Sementara itu, suku
Seminole sempat memberikan penen-tangan sehingga tahun 1840an, sebelum akhirnya
terpaksa jua meninggalkan Florida. Dalam peristiwa Jejak Air Mata, suku Creek
kehilangan 3,500 dari lebih 15,000 orang yang keluar berpindah. Angka kor-ban
dalam suku Cherokee pula mencecah 4,000 hingga 5,000 orang.
![]() |
| Tugu peringatan peristiwa Jejak Air Mata di New Echota, Georgia, bagi memperingati 5,000 orang Cherokee yang meninggal dunia semasa perpindahan |
TERJEMAHAN
Mark Miller. (19 September 2018). The Tragedies that Befell the Five
Civilized Tribes that were Forced to Trek the Trail of Tears. Ancient
Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/trail-tears-0010725
- Get link
- X
- Other Apps




